Ketika laman website eCommerce Lazada baru hendak mula popular di Malaysia suatu ketika dahulu, ianya mempunyai beberapa masalah. Salah satunya adalah tentang kepercayaan dari pembeli. Ada yang kata ditipulah, ada yang barang tidak sampailah, ada dapat barang yang tidak samalah dan pelbagai lagi. Tetapi seiring dengan masa, banyak perubahan dilakukan untuk memberikan pengalaman shopping di Lazada dengan lebih selamat dan pantas diberikan. Hasilnya, laman web ini menjadi laman web no 1 paling popular di Malaysia ketika ini dengan jumlah pengunjung harian paling ramai dicatatkan setiap hari.
Namun sehingga kini, masih ramai lagi sebenarnya rakyat Malaysia yang membuat carian berkenaan pengalaman orang lain untuk ketahui samada lazada ini penipu ataupun tidak. Tetapi saya percaya, lebih banyak review positif diberikan sehingga ke saat ini. Jangan kata orang lain, saya sendiri dulu dulu pun banyak membaca pengalaman shopping di Lazada dari perkongsian orang lain juga. Tetapi saya bersikap positif sahaja. Ini kerana kes kes tersebut adalah kecil. Malah saya sendiri telah mencuba beberapa kali untuk membeli belah di Lazada untuk membeli barang yang saya mahukan. Pengalaman saya? 100% positif.
Saya Shopping Di Lazada Beli Barang Apa?
Salah satu kaedah untuk membeli barang dengan lebih baik di Lazada adalah dengan melihat review dan komen pembeli. Dari situ kita akan dapat lihat apakah barang produk tersebut bagus atau tidak. Komen komen seperti dapat barang lambat sampai, barang masih belum diposkan selalunya saya akan abaikan. Kebanyakkan komen sebegitu dari pendapat peribadi saya adalah dari pembeli yang tidak sabar dan tidak faham akan prosedur proses penghantaran barang jika membeli barang melalui internet. Ada “MASA” yang perlu diberikan untuk produk barang tersebut sampai kepada kita. Jadi tidak perlu tergopoh gopoh sebenarnya.
Produk Barang Yang Saya Beli Di Lazada
- Wallet/Dompet – ini adalah produk pertama saya beli di Lazada
- Seluar Jeans – sudah lebih 5 helai seluar jeans saya beli di Lazada
- Bantal – semasa hendak kahwin, saya beli bantal di Lazada
- Tilam Murah – saya beli tilam murah di Lazada
- Dapur Gas Memasak – saya beli dapur memasak jenis gas di Lazada
- Dining Table – saya beli meja makan kecil di Lazada
- Wifi Adapter – saya beli wifi adapter jenis usb di Lazada
Di atas ini adalah senarai produk dan barangan yang saya pernah beli di website Lazada. Ada juga barang barang lain yang saya pernah beli di Lazada. Banyak juga kan barang yang saya shopping di Lazada ini. Barang yang paling mahal dan “kelakar” yang saya pernah beli di website Lazada adalah Tilam. Bakal isteri saya (sekarang sudah menjadi isteri saya) tanya saya beli di mana tilam untuk rumah berdua kami nanti selepas kahwin. Saya katakan saya beli tilam tidur di Lazada, hehehe. Buat apa susah susah membuang masa ke sana ke mari untuk melakukan survey. Terus sahaja survey barang di Lazada kan mudah. Bayar dan barang terus di hantar ke rumah. Mudah bukan. Saya harap anda suka dengan pengalaman shopping barang di web Lazada ini. Selamat mencuba.