Pada bulan Ogos 2014 ini (kemungkinan) bakal diadakan peperiksaan bertulis Pegawai Tadbir dan Diplomatik untuk Gred M41. Dan seperti kita semua maklum calon yang bakal mendudukki peperiksaan ini nanti antara kumpulan perjawatan yang sangat besar dan ramai. Hingga ribuan calon yang bakal mendudukki dan menjawab kertas peperiksaan bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik itu nanti. Dan kepada yang membuat persediaan awal bakal membuka peluang kepada diri sendiri untuk mudah lulus cemerlang didalam keputusan nanti.
Apakah tugas jawatan dan peranan Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Mengikut laman Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), deskripsi tugas yang dikenakan adalah Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.
Panduan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik PTD
Syarat lantikan jawatan bagi Pegawai Tadbir dan Diplomatik adalah memerlukan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf. Ianya dari kumpulan pengurusan dan profesional dari Jabatan Perkhidmatan Awam. Lihat gambar dibawah untuk melihat skim gaji yang diterima sekiranya anda berjaya ditempatkan didalam jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik ini iaitu minina RM2,253 sebagai gaji asas permulaan. Maklumat lengkap berkenaan jawatan PTD ini boleh anda lihat di sini. [ SPA PTD ]
Didalam proses pengambilan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) ini, calon di mestikan untuk lulus didalam peperiksaan bertulis. Soalan-soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan tersebut meliputi pelbagai bidang pengetahuan, berbentuk objektif dan subjektif serta terbahagi kepada lima bahagian seperti berikut:
Seksyen A – Pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling.
Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.
Seksyen C – Pengertian dan kefahaman terhadap esei-esei.
Seksyen D – Menulis esei Bahasa Melayu.
Seksyen E – Menulis esei Bahasa Inggeris.
Rujukan Kertas Soalan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41
Adakah anda tahu, bahawa pihak kami (infokerjaya) ada menyediakan contoh soalan kertas peperiksaan bagi jawatan kerajaan (jawatan kerajaan tertentu). Berita gembira. Kami juga ada menyediakan contoh kertas soalan bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 bagi membantu calon membuat persiapan bagi menghadapi peperiksaan nanti. Format soalan adalah sama. Anda boleh dapatkannya untuk membuat ulangkaji. Adalah rugi anda tidak mendapatkannya apabila jika anda gagal didalam peperiksaan kerana anda tidak membuat persedia awal.
Jika anda berminat mendapatkan panduan peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 ini. Diminta untuk anda memasukkan alamat email anda dibawah dan “subscribe”. Dan apabila pihak kami (infokerjaya) membuka jualan panduan peperiksaan ini nanti, kami akan memaklumkan kepada anda 1 minggu sebelum peperiksaan bermula melalui email anda.
15 Comments
Aku pun bercadang nak jadi PTD nanti lepas grad..
meh dapatkan rujukan skrg.. 🙂
semoga sukses calon-calon PTD dan mudahan panduan ni boleh membantu.
aminnn
Good luck kepada sesiapa yang bakal ambil..
Bulan ogos, lepas raya tue…
selamat berjaya kepada calon
salam
artikel yang cukup manarik
calon-calon PTD jangan lepaskan peluang untuk dapatkan contoh kertas soalan
jom jom mai cepat
terima kasih tuan
rezeki Allah kita mesti usaha dan berdoa betul tak?
betul tuh, aminnn