Apabila menjalankan bisnes secara online yang melibatkan pengeposan barang. Kos pengeposan barang perlu di ambil kira dalam harga jualan. Dan salah satu cara untuk mengurangkan kos dan meningkatkan keuntungan adalah dengan mendapatkan harga pos barang yang lebih murah dari mana mana syarikat kurier yang ada di Malaysia ini. Setiap pengendali kurier barangan/parcel di Malaysia ini mempunyai kadar harga kos pos barang yang tidak sama dan kualiti servis perkhidmatan mereka juga sedikit berbeza. Terpulang kepada anda mahukan servis kurier dari syarikat yang mana.
Faktor fakfor untuk mendapatkan khidmat pengeposan barang dari syarikat kurier ada beberapa sebab. Salah satunya adalah faktor jarak syarikat kurier dengan tempat tinggal anda. Anda pasti hanya berminat mahu gunakan mana mana syarikat kurier yang berdekatan dengan tempat anda. Kalau harga pos barang mereka murah tetapi lokasi syarikat kurier tersebut jauh juga tidak berbaloi untuk anda. Anda pasti hanya membazir minyak petrol anda sahaja untuk pengurangan kos yang minima.
Perbezaan Harga Pos Barang Di Malaysia
Faktor kedua pula adalah berkenaan rate harga harga pos barang. Kalau anda katakan rate harga yang sedikit mahal bakal memberikan servis yang lebih baik itu adalah kurang tepat. Hal hal berkaitan servis khidmat dari “manusia” ini sangat bergantung kepada kecekapan manusia dalam menguruskan dan memberikan khidmat terbaik. Kalau syarikat terbaik, terkenal dan popular dan mahal harganya tetapi pengurusannya lambat, ianya tetap akan memberikan khdmat yang kurang memuaskan juga. Jadi ianya agak subjektif bagi saya.
Katakan tempat anda ada beberapa syarikat kurier servis seperti Pos Laju, Skynet, Gdex, Nationwide Express dan sebagainya yang berdekatan. Anda pasti tidak tahu berapakah cas kos atau rate harga pos barang yang mereka bakal kenakan kepada anda. Hendak check satu persatu juga susah. Sebenarnya ada cara yang paling mudah untuk anda lihat perbandingan terus harga kos pos barang setiap syarikat kurier. Anda berminat?
Di internet, ada satu wesite yang menawarkan servis untuk membuat carian dan perbandingan rate harga pos barang setiap syarikat kurier yang berdekatan dengan tempat anda jalankan bisnes. Malah mereka juga menyediakan servis untuk mengambil barang yang anda mahu pos terus dari rumah atau lokasi syarikat anda dan mereka akan tolong poskan barang tersebut untuk anda. Mudah dan menarik bukan? Berminat hendak cuba servis sebegini? Mari daftar sekarang dengan klik link di bawah ini.
apa yang membezakan selain harga ialah servis.
betultuh Raihanah