Saya sebelum ini kerap melakukan medical check up kesihatan atas alasan untuk permohonan kerja, Maksudnya, setiap kali saya dipanggil temuduga kerja dan dapat pekerjaan tersebut, maka syarat kelayakkan lain adalah mesti sihat tubuh badan. Dan ianya memerlukan saya untuk membuat medical check-up. Cumanya, setiap kali melakukan check-up, tekanan darah saya memang tinggi. Bila sudah 4-5 kali pun doktor lain cakap tekanan darah kita tinggi, maka fahamlah kita yang saya berkemungkinan besar memang ada darah tinggi. Maka doktor sarankan saya untuk membuat pemeriksaan kolesterol dalam darah sebagai salah satu cara mencari sumber penyebabnya.
Apakah yang dimaksudkan dengan “darah tinggi”. Dari apa yang doktor sampaikan kepada saya, secara normalnya, seseorang itu dianggap sebagai mempunyai tekanan darah yang normal yang stabil pada angka 120/80. Apa apa bacaan yang nilainya lebih tinggi dari itu akan dianggap sebagai mempunyai tekanan darah tinggi. Maka doktor akan cuba mencari puncanya. Adakah kerana masalah kegemukkan, berat badan berlebihan, faktor keturunan, kolesterol dalam darah yang tinggi atau masalah jantung yang membengkak.
Ujian Kolesterol Dalam Darah
Kata doktor, seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi dalam tempoh yang lama seperti bertahun tahun tanpa apa apa rawatan bagi menanganinya, maka kebiasaannya jantung manusia akan membengkak tanpa kita sedarinya. Jika jantung bengkak, maka tunggulah masanya untuk jantung tiba tiba berhenti berdenyut atau dalam bahasa mudah ianya berhenti. Kenapa berhenti? Jantung yang sudah membengkak menunjukkan ianya sudah bekerja sangat kuat dan sudah terlalu penat. Bila bila masa sahaja boleh terhenti.
Doktor terus membuat pemeriksaan jantung menggunakan alat tertentu dan alhamdulillah keputusan menunjukkan jantung saya masih sihat. Aminnn. Oleh kerana jantung masih sihat, maka doktor mencari punca yang lain. Dan kali ini doktor menyarankan saya untuk melalui ujian ambil darah. Tujuan utama adalah untuk membuat semakan dan pemeriksaan kolesterol dalam darah. Ini kerana kalau kolesterol di dapati tinggi di dalam darah, maka anda perlu ambil ubat untuk kurangkan kolestrol dan mengamalkan diet sihat.
Pentingkah ketahui paras kolesterol dalam darah? Ini yang anda perlu tahu. Kolesterol dalam darah yang tinggi secara mudah faham untuk anda adalah, ianya dapat mengakibatkan penyumbatkan saluran darah ke jantung. Bayangkan saluran darah sempit dan semestinya akan membuatkan anda menerima darah tinggi kerana tekanan tinggi. Dan saluran darah yang menyempit atau sumbat kerana kolestrol akan membuatkan anda terkena serangan jantung atau stroke.
Jadi sudah tentu ianya penting untuk anda ketahui akan kadar kolesterol dalam darah anda. Sebab itu tidak hairanlah kalau doktor menyarankan saya untuk menjalankan ujian pemeriksaan darah untuk check paras kolesterol dalam darah saya. Dari ujian darah juga dapat kita ketahui akan paras kadar kolestrol, kadar gula dalam darah dan juga keadaan buah pinggang. Ujian darah ini bagus sebenarnya. Kita boleh periksa banyak benda dalam satu keputusan.
Result Bacaan Kolesterol mmol/l
Dan semalam saya telah ke klinik sekali lagi untuk temujanji bertemu dengan doktor. Temujanji ini adalah untuk melihat result keputusan kolesterol dalam darah yang saya lakukan seminggu yang lalu. Hasil ujian? Alhamdulillah. Paras kolesterol dalam darah adalah normal. Iaitu pada 4.8 pada range bacaan 1.6 – 5.2 sebagai ukuran normal. Paras gula dalam darah juga adalah normal. Dan keadaan buah pinggang saya juga baik. Kalau semuanya ok, apakah masalah darah tinggi yang saya alami ini?
Saya mempunyai berat badan 95KG (11 Dec 2018) dan tinggi 170CM. Doktor terus menyarankan saya untuk teruskan pengambilan ubat darah tinggi selama 1 minggu lagi. Kalau selepas seminggu tidak ada perubahan kena tukar ubat yang lain. Selain itu, doktor mencadangkan saya untuk mengikuti program diet untuk mendapatkan berat badan yang ideal yang kalau boleh mencapai sasaran BMI yang betul. Insyaallah, biasanya kalau BMI betul, maka darah tinggi pun akan turun. Kalau selepas itu pun darah masih tinggi, kemungkinan besar memang berkait dengan keturunan. Mungkinlah. Doakan saya untuk berjaya dengan program diet saya. Bye.