Menu
×
  • Home
  • About Me
  • Contact Me
  • Privacy Policy

MyRujukan

Rujukan, Panduan, Kerjaya, Bisnes, Buat Duit Online Dan Review

  • Home
  • About Me
  • Contact Me
  • Privacy Policy
Home › Info › Periuk Nasi Kecil Mini Dari Tefal

Periuk Nasi Kecil Mini Dari Tefal

Review By admin / 7 months ago — Info, Produk, Produk Rumah

Pernah tidak anda memasak nasi dan mendapati yang nasi anda mudah berkerak di bahagian bawah periuk nasi anda? Kalau anda jenis makan seorang atau berdua sahaja di rumah, memang anda akan masak nasi sedikit sahaja. Cumanya yang menjadi masalah, bila masak nasi sedikit, mulalah jadi nasi berkerak di bahagian bawah. Lagi lagi kalau anda jenis yang suka untuk memanaskan (reheat) semula nasi anda setiap kali ingin makan nasi. Untuk masalah ini, anda sudah sepatutnya beli dan guna sahaja periuk nasi kecil. Kenapa?

Salah satu faktor utama kenapa nasi yang kita masak menggunakan periuk nasi elektrik mudah berkerak adalah kerana nasi yang kita masak terlalu sedikit. Dengan kata lain nasi dimasak dan menjadi rendah di dalam periuk nasi. Biasanya kalau anda masak nasi sedikit banyak, maka kerak akan kurang berlaku. Tetapi tidak mungkinlah hendak menyuruh anda untuk tanak nasi dengan kuantiti yang banyak. Sudah tentu kita akan tanak nasi mengikut keperluan berapa orang di dalam rumah betul?

Periuk nasi kecil dari Tefal

Periuk nasi kecil dari Tefal

Periuk Nasi Kecil Untuk Nasi Tidak Berkerak

Jadi untuk menyelesaikan nasi berkerak ini, maka saya cadangkan anda untuk mendapatkan periuk nasi jenis mini iaitu kecil. Kalau periuk nasi kecil, nasi yang dimasak di dalam periuk nasi akan menjadi sedikit tinggi dan kebarangkalian untuk berlaku nasi berkerak adalah rendah. Malah anda sendiri akan berasa seronok apabila mendapati nasi yang anda masak nampak seperti kurang membazir kerana mudah dihabiskan dan nasi tidak berkerak.

Masak nasi guna periuk nasi elektrik mini Tefal

Masak nasi guna periuk nasi elektrik mini Tefal

Saya sendiri sudah bertahun menggunakan periuk nasi jenis besar. Sedangkan yang mahu makan nasi di rumah cuma 2 orang. Kalau masak nasi cuma 2 pot, nasi mesti akan jadi tipis rendah dan berkerak. Konon konon hendak diet dan makan nasi sedikit. Bila lama lama baru sedar yang periuk nasi besar itulah yang tidak praktikal untuk digunakan. Akhirnya isteri mencadangkan untuk kami beli sahaja periuk nasi baru yang lebih kecil. Saya setuju sahaja kerana berpendapat ianya agak munasabah untuk teori nasi tidak akan berkerak kalau masak sedikit.

Kami pilih dan beli periuk nasi kecil dari brand jenama Tefal. Ianya berkapasiti 0.7 liter. Kalau masak nasi menggunakan beras sebanyak 4 cawan pot pun sudah penuh. Jadi memang sesuailah kami beli periuk nasi mini seperti ini. Kami sudah masak nasi menggunakan 1 1/2 pot beras dan ianya nampak tinggi cantik di dalam bekas periuk nasi dan memang tidak ada kerak langsung. Malah terasa nasi yang kami makan menggunakan periuk nasi Tefal jenis mini kecil ini habis di makan ke semuanya tanpa membazir. Sudahlah masak sedikit, habis semua pula. Terbaik.

Nasi tidak melekat dan berkerak dengan rice cooker Tefal

Nasi tidak melekat dan berkerak dengan rice cooker Tefal

Website Beli Rice Cooker Online

  • Shopee – anda boleh membeli pelbagai jenis periuk nasi di sini
  • Lazada – anda boleh membeli pelbagai jenis rice cooker di sini

Periuk nasi elektrik mini dari Tefal ini berharga RM280. Dan ya ianya agak mahal bagi sebuah periuk nasi yang bersaiz kecil. Ianya mahal kerana ada fungsi pintar seperti boleh memasak nasi, bubur, sup, stim dan juga ada fungsi reheat. Lagi pula jenama Tefal memang sudah sedia terkenal dengan ketahanan dan fungsinya. Saya sendiri pernah membeli kuali Tefal yang tidak melekat dan saya berpuas hati sepanjang menggunakannya.

Jangan risau, sebenarnya di kedai kedai yang menjual barangan elektrik ada sangat banyak pilihan periuk nasi kecil. Cuma nasihat saya cuma satu, kalau boleh sila dapatkan periuk nasi mini kecil dari brand jenama yang elok sedikit. Jangan kerana murah kita terus beli. Takut cepat rosak dan lebih banyak duit pula terpaksa keluar kerana mahu baiki atau terpaksa beli periuk nasik yang baru. Saya sudah semak harga periuk nasi kecil di Lazada dan Shopee, ada banyak sahaja periuk nasi jenis kecil yang dijual dengan harga bawah RM100 dan ianya masih berjenama. Cubalah. BYE!!!.

Related posts:

Saya beli periuk kuali Tefal murah di Rantau Panjang KelantanPengalaman Beli Kuali Tefal Di Rantau Panjang Sebelum dan selepas masak nasi guna cawanCara Masak Nasi Guna Cawan Dalam Rice Cooker Pengalaman masak nasi daging dengan periuk tekanan tinggi NoxxaPeriuk Noxxa Pressure Cooker Model Terbaru

beli periuk nasi kecil guna periuk nasi kecil harga periuk nasi kecil periuk nasi kecil periuk nasi kecil Lazada periuk nasi kecil Shopee periuk nasi kecil Tefal periuk nasi mini periuk nasi mini Tefal review periuk nasi kecil

admin

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • Pinterest
  • LinkedIn
  • YouTube

Blog MyRujukan Dot Com ini adalah sebuah blog ke-2 selepas blog (wanwidget.com). Penulisan saya kini memberi tumpuan sepenuhnya 100% di MyRujukan.com sahaja. Blog ini berkongsi tentang rujukan, panduan, kerjaya, cara buat duit melalui blog dan juga bisnes online. Banyak juga tips berblogging yang saya kongsikan di sini. Pengalaman berblogging hampir 5 tahun. Sila email segala pertanyaan di "moham29577@yahoo.com". Sekian

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2023 · Reviewer Theme by SomoThemes · WordPress · Log in