Piala Thomas 2014 – Di Malaysia, kesukanan Badminton memang telah lama bertapak di negara kita. Umumnya bagi masyarakat melayu badminton ini telah dikenali dan sangat sinonim dengan keluarga Sidek. Hinggakan ada pihak dari syarikat animasi yang sudi untuk membuat cerita kartun yang diberi nama Anak Anak Sidek. Kenangan menonton rancangan kartun dari animasi anak anak sidek memang menyeronokkan. Keseronokkan ketika itu tidak boleh digambarkan pada zaman kini kerana pada ketika itu keseronokkan lebih kepada rancangan TV dan juga aktiviti yang bersifat fizikal.
Lebih bertambah seronok apabila rancangan kartun di TV diangkat masuk pula kepada bahan bacaan. Telah dijadikan pula Komik Anak Anak Sidek. Seperti yang diketahui ramai ketika itu, majalah dan buku komik memang menjadi trend dan mempunyai permintaan tinggi. Maka sudah tentulah komik kartun seperti Anak Anak Sidek ini menjadi idaman. Seronok membaca ketika itu. Apa yang saya nak sampaikan adalah, pada setiap “zaman” itu ada keseronokkan nya yang tersendiri.
Jepun Juara Piala Thomas 2014 Dengan 3-2
Teringat pula akan antara aktiviti fizikal waktu itu diwaktu petang adalah bermain badminton. Lawan sesama rakan sebaya. Tidak perlu raket badminton yang mahal mahal. Hanya perlu beli dikedai biasa yang berharga RM10 pun sudah memadai untuk berhibur ketika itu. Perkataan Piala, Piala Thomas, Badminton dan Malaysia memang sudah kedengaran dari dulu. Itulah dia kaitan antara “Badminton” dan “Malaysia”. Satu sukan yang tidak asing dikalangan kita.
Kini sukan badminton di Malaysia sudah berubah. Anak anak Sidek hanya menjadi siulan sejarah dan mempunyai lagenda yang tersendiri. Mereka sudah tidak lagi bermain badminton. Kebanyakkan dari mereka kini menjadi jurulatih bagi pemain badminton kebangsaan negara kita iaitu Malaysia. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi bukan? Maka ilmu dan pengalaman dicurahkan pula pada anak bangsa.
Piala Thomas kembali lagi untuk tahun ini 2014. Malaysia bertemu dengan Jepun untuk perlawanan final. Dan semalam sudah diketahui akan keputusan dengan wakil dari Jepun diangkat menjadi Juara Piala Thomas dengan jumlah mata sebanyak 3-2. Walaupun Malaysia sekadar menjadi naib juara, tetapi itu sudah cukup membanggakan kerana kita telah berjaya menempatkan diri untuk bertanding diperingkat final. Tahniah pasukan badminton Malaysia.
Video Dato Lee Chong Wei Final Moment At Thomas Cup 2014
Antara yang menjadi tarikan untuk menonton pertandingan badminton Piala Thomas dari pasukan Malaysia sudah tentu pemain perseorangan kebangsaan kita iaitu Dato Lee Chong Wei. Beliau lah harapan kita sejak bertahun tahun lamanya. Dan tahniah kepada Dato Lee Chong Wei kerana berjaya menang dan menewaskan pasukan dari Jepun dan berjaya memberikan mata pertama untuk pasukan Malaysia. Apa apa pun tahniah buat pasukan Badminton Malaysia. Ternyata sukan memang mampu untuk menyatukan rakyat.
6 Comments
Ingatkan kemarau selama 22 tahun berakhir baru-baru ni tapi… Ermmm.. sedih.. Malaysia kalah
x mengapa bro, janji LCW memang
sedih Malaysia kalah. Tapi pemain sudah cuba yang terbaik!.
yep mereka sudah buat yang terbaik
Ok..puas hati dapat tengok LCW main..tak apalah…nanti 2016 cuba lagi..hehe
beliau masa itu mungkin dah berumur dah