Adakah anda suka makan pizza? Walaupun ianya bukan makanan utama orang asia atau Malaysia, ianya tetap menjadi makanan yang popular di dunia ini. Rasanya kalau kita tanya pasal pizza, semua orang pasti kenal betul? Dulu dulu saya memang tidak pernah makan PizzaHut kerana menyangka ianya tempat untuk orang ada duit dan “ada ada” sahaja. Rupanya baru tahu, restoran Pizza Hut juga ada menjual Pizza Hut yang murah harganya di bawah RM10 sahaja. Bagi saya, makan seorang pun sudah kenyang dan puas.
Setakat ini, hanya Domino Pizza sahaja yang saya pernah beli dan order secara online. Pizza Hut belum pernah cuba lagi. Jika tanya saya apakah rasa perbezaan kedua duanya. Bagi saya ianya lebih kurang sama sahaja. Masing masing ada menu mereka yang tersendiri yang menjadi kegilaan dan pilihan ramai. Cuma dari apa yang saya nampak, mungkin Pizza Hut sedikit lebih mahal berbanding Domino Pizza. Tetapi macam saya katakan tadi, ada juga Pizza Hut yang kecil dan berharga kurang dari RM10.
Makan Pizza Hut Original Yang Murah
Tadi saya bersiar siar dengan isteri di pasaraya. Kemudian masa dalam perjalanan balik, kami membuat keputusan untuk membeli Pizza Hut yang kecil dengan dua rasa. Kenapa beli Pizza Hut yang kecil. Yang bersaiz kecil biasanya akan dipotong kepada 4. Ini bermakna, akan ada 4 keping (slices) pizza yang kecil kecil. Kenapa 2 rasa? Kami membeli Pizza Hut murah sebanyak 2 jenis pizaa untuk mendapatkan 2 rasa. Rasa yang pertama adalah Chicken Aloha dan yang kedua pula adalah Beef Pepperoni.
Untuk kami berdua makan sudah lebih dari cukup. Malah terlalu kenyang pun. Kalau dua pizza kecil, itu bermakna ada 8 potongan keping pizza. Seorang makan 4 keping pizza dengan 2 rasa. Sudah kenyang dan tidak payah makan tengah hari. Nasib baik tidak beli Pizza Hut yang bersaiz sederhana atau besar, siapalah yang hendak menghabiskan pizza tersebut.
Bagaimana hendak pesan (order) Pizza Hut di kedai dan bawa balik (take away)? Senang sahaja. Datang ke kedai restoran Pizza Hut. Kemudian datang ke kaunter pesanan dan katakan mahu order beli untuk bawa balik. Kemudian lihat menu yang disediakan dan pilih mahu Pizza Hut yang macam mana dan bagaimana. Kemudian bayar. Kemudian tunggu sebenar sementara Pizza Hut siap dimasak. Selepas siap, ambil dan bawa balik. Itu sahaja.
Berapa harga sebenar bagi Pizza Hut yang bersaiz kecil (small)? Oleh kerana saya jarang membeli Pizza Hut, maka saya kurang tahu samada harga tersebut sementara untuk promosi atau harga kekal. Cuma harga bagi satu pizza kecil saya hanya bayar sebanyak RM7.90. Jadi untuk 2 jenis pizza kecil yang berlainan rasa, harganya cuma RM15.80 sahaja.
Saya order dan beli Pizza Hut di kedai restoran Pizza Hut Jalan Baru Pulau Pinang. Semasa saya pergi memang tidak ramai orang. Boeh terus order dan menunggu pesanan dengan cepat. Sempatlah saya merakam dan menangkap gambar menu makanan untuk tatapan anda tentang menu pizza yang ada termasuk harganya. Saya sudah rasa kedua duanya. Nampaknya lidah saya lebih menyukai pizza Aloha Chicken berbanding Beef Pepperoni. Bagaimana dengan anda?