Saya bekerja di sebuah sektor perkilangan di Penang. Dan saya selalu nampak syarikat kurier seperti DHL datang ke kilang dan ambil barang. Apa yang kita faham tentang situasi ini? Ianya sebuah servis yang ditawarkan oleh kurier DHL mengambil barang dari pelanggan mereka dan mereka tolong hantarkan barangan tersebut ke alamat pelanggan tadi. Ini bermaknya, kilang tempat saya bekerja tidak bersusah payah menghantar barang ke DHL. Dan pihak DHL sendirilah yang datang mengambilnya. Ianya memudahkan urusan bisnes yang dilakukan.
Bagaimana jika anda seorang peniaga online? Kalau jumlah pembeli barangan anda kecil, bolehlah anda menulis alamat satu persatu dan kemudian pergi ke pos laju untuk hantar barang. Tetapi bagaimana keadaannya jika dalam seharipun sudah mendapat banyak tempahan pembelian barang. Anda sudah pasti berasa penat untuk menulis alamat, isi borang, pergi pos laju, beratur panjang dan sebagainya. Hendak lakukan tugasan begitu hari hari? Saya pasti anda berasa penat dan tidak larat.
Kadar Rate Cas Harga Pos Laju Ambil Barang Dari Rumah/Pejabat/Kedai
Jadi apakah ada servis seperti kisah DHL yang saya sebutkan di atas tadi? Apakah pihak pos laju juga ada menyediakan servis ambil barang dari rumah atau pejabat kedai anda dan tolong poskan barang parcel untuk anda? Jawapannya YA ADA! Untuk pengetahuan anda, bukan sahaja pos laju, semua servis kurier di Malaysia sebenarnya ada servis sebegini seperti dari DHL, Ta-Q-Bin, GDex, Skynet, City-Link Express dan sebagainya.
Apabila anda menjalankan bisnes melalui internet, rasanya sebagai peniaga anda pasti mahu gunakan servis dari syarikat kurier yang menawarkan cas kos penghantaran yang murah betul? Lagi murah lagi bagus. Kalau pos laju murah, anda akan pilih pakej dari pos laju. Kalau Skynet murah, anda pasti akan memilih skynet. Betul? Jadi bagaimana hendak tahu dengan cara mudah pakej kurier manakah yang menawarkan servis ambil barang dan hantar barang yang murah?
Oleh sebab itu, anda perlu gunakan servis dari website EasyParcel Malaysia ini. Website ini sudah menjalankan kerjasama dengan pelbagai syarikat pos kurier di Malaysia. Mereka menjadi orang tengah. Yang perlu anda buat adalah daftar dengan mereka. Dan kemudian buat carian perbandingan harga dari lokasi anda ke alamat pelanggan anda. Ianya akan memaparkan kadar rate cas harga yang dikenakan oleh setiap syarikat kurier yang berdekatan dengan tempat anda. Mudah bukan. Dan selepas anda pilih dan “book”, syarikat kurier pilihan akan ke lokasi anda untuk mengambil barang anda. Mudah bukan? Berminat gunakan servis ini? Daftar sekarang dengan klik link di bawah ini. Bye
4 Comments
yang selalu guna pos laju, memang suka la.
belum meroket pesanan sehingga ke tahap ambil servis kurier pick up dari rumah.
doakan lah ya satu ahri nanti macam tu
Takpe2. Mula-mula kita pi Poslaju hantar barang. Moga esok2 order byk ya amat, depa hantar van besar tiap2 hari khas buat parcel kita je.
kalau dah sampai tahap tu memang senyum jer laaa