Saya pernah buat pertama kali claim insurans kilang ketika masuk wad dan melakukan pembedahan telinga 2 tahun lalu. Dan baru baru ini saya melalui operasi pembedahan telinga kali kedua. Dan ya, saya buat tuntutan insurans juga dan alhamdulillah saya juga menerima tuntutan insurans tersebut tanpa masalah. Jadi kali ini saya ingin berkongsi sedikit pendapat dan pandangan saya kenapa kalau anda kerja di dalam sektor swasta, anda kena pastikan tempat kerja anda ada membuat potongan insurans perubatan untuk diri dan keluarga anda. Nanti saya ceritakan sebab dan kenapa.
Kisah 1 – Kawan saya pernah ambil insurans berbentuk medical card di luar yang kena bayar mahal iaitu dari syarikat ABC. Beliau kemalangan dan pihak insurans membayar kos rawatan beliau yang bernilai ribuan ringgit. Hendak dijadikan cerita, beliau kemalangan lagi kali kedua dan pihak insurans juga menanggung kos beliau duduk di wad dan menerima rawatan di hospital swasta. Walaupun mahal kena bayar bulan bulan, paling tidak beliau dapat tinggal di dalam wad yang lebih selesa. Tidak mengapa. Itu pilihan beliau.

Kenapa Insurans Perubatan Perlu Untuk Pekerja Swasta
Kisah 2 – Anak kawan saya yang lain kena penyakit angin pasang yang menyebabkan anak beliau terpaksa melakukan pembedahan kecil dan tinggal di dalam wad untuk beberapa hari. Oleh kerana beliau ada insurans perubatan pekerja yang beliau ambil dari kilang tempat beliau kerja, jadi kos rawatan di hospital swasta ditanggung oleh insurans dan bayaran potongan gaji bulanan untuk melanggan insurans tempat kerja adalah tersangat sangat murah berbanding kalau ambil medical card di luar yang bukan under company.
Apa beza antara insurans yang anda ambil di luar berbanding anda ambil dan buat dengan syarikat tempat anda kerja? Sebenarnya insurans luar dan tempat kerja anda adalah sama sahaja. Syarikat yang menyediakan servis perkhidmatan insurans adalah seperti AIA, PRUDENTIAL dan sebagainya. Yang membezakan kalau anda langgan insuran terus dari syarikat insurans atau melalui majikan tempat kerja anda adalah dari segi kos bayaran bulanan yang anda kena bayar. Itu sahaja.

Contoh. Saya ada ambil medical card dari AIA yang memberi perlindungan kepada saya dan juga isteri. Bayaran bulanan yang saya kena bayar adalah RM278. Itu tidak termasuk perlindungan kepada anak saya. Tetapi saya juga ada membuat potongan insurans perubatan melalui company tempat saya kerja yang memberi perlindungan kepada saya, isteri dan juga anak. Bayaran bulanan yang saya kena tolak gaji setiap bulan adalah sebanyak RM50 SAHAJA!!!. Anda nampak perbezaan ketara dari segi jumlah bayaran bulanan yang anda kena keluarkan untuk insurans setiap bulan?
Mesti akan ada yang bertanya, kenapa perlu ambil insurans perubatan di luar atau melalui majikan tempat kerja kalau hospital kerajaan percuma atau murah. Buat apa perlu bazir duit. Jawapan anda adalah betul tetapi kurang tepat. Mari saya kongsikan kenapa.
Saya telah melalui dua kali pembedahan telinga dan dua dua hospital tersebut adalah hospital kerajaan ya. Saya tidak duduk di dalam wad atau lakukan operasi pembedahan di hospital swasta walaupun saya ada medical card yang saya bayar mahal setiap bulan. Ini kerana saya berpendapat, selagi wad dan perkhidmatan di hospital kerajaan masih selesa, saya guna sahaja servis kerajaan. Dan company tempat saya kerja pun saya boleh untuk dapatkan servis di hospital swasta. Oleh kerana awal awal lagi saya gunakan servis hospital kerajaan, jadi saya teruskan sahaja rawatan saya di sana. Jadi tiada isu di sini bagi saya.
Dan saya lebih prefer untuk menggunakan insurans kilang tempat saya kerja berbanding medical card saya sendiri. Ada sebab. Kenapa? Biasanya kita akan ditanggung oleh insurans tempat majikan kita bekerja selagi kita masih bekerja di sana. Dan saya tidak akan dapat kelebihan benefit tersebut jika saya sudah tidak lagi bekerja di sana. Kalau saya ada apa apa masalah kesihatan yang lain yang memerlukan saya menerima rawatan di kemudian hari, saya akan ke hopsital swasta pula. Tetapi masih tetap akan gunakan kelebihan dari insuran perubatan pekerja di tempat kerja saya. Jelas ya.

Kenapa saya ada dua insurans perubatan? Bukankah saya katakan yang kita akan ditanggung perbelanjaan perubatan bil bil hospital selagi kita bekerja di kilang tersebut? Kalau lah berlaku keadaan dimana saya berhenti kerja sebab sakit, atau diberhentikan kerja kerana faktor ekonomi dan sebagainya, insurans kilang tidak lagi sah untuk digunakan. Ketika inilah medical card yang saya ambil sebelum ini akan berguna jika saya perlukan apa apa rawatan di hospital swasta nanti. Namun ianya berbalik kepada keperluan dan kemampuan semasa dan akan datang kita nanti.
Nasihat saya kepada anda. Sila ambil tahu samada company tempat kerja anda ada atau tidak menyediakan perkhidmatan untuk anda potong gaji setiap bulan untuk melanggan insurans perubatan. Jika ada, sila ambil. Jika anda sudah berkeluarga, sila ambil untuk diri anda, isteri anda dan juga anak anda. Insyaallah bayaran bulanan tidaklah setinggi mana.
Bukan apa, kadang kala berlaku keadaan di mana kita hendak dapatkan rawatan seperti pembedahan. Ada banyak keadaan hospital kerajaan tidak boleh berikan perkhidmatan untuk pembedahan dalam tempoh yang segera. Anda diberikan tarikh berbulan lamanya untuk anda menerima operasi bedah. Kalau anda ada insurans perubatan dari tempat kerja, anda boleh pergi sahaja ke hospital swasta untuk mendapatkan rawatan yang lebih segera dan lebih selesa. Malah kadang kala anda boleh dapat duit harian pula. Itulah yang terjadi pada saya. Harap maklum ya. BYE.