Ramai orang yang berniaga secara online dari rumah dan ada yang menjalankan bisnes online menggunakan Lazada, Shopee dan lain lain. Walau apa pun platform yang mereka gunakan, majoriti akan menggunakan kurier servis seperti Pos Laju, GDex, SkyNet, Ninja Van dan lain lain. Dan majoriti peniaga iaitu seller akan menghantar sendiri barang yang mereka jual di kaunter pejabat kurier servis untuk diposkan kepada pembeli iaitu buyer. Tahukah anda yang anda boleh memudahkan proses tersebut dengan membeli printer dan sampul Easyparcel. Pernah dengar?
Tahukah anda yang anda boleh meminta pihak Pos Laju, GDex, SkyNet, Ninja Van misalnya untuk mengambil sendiri (pickup) barang yang anda ingin pos di rumah anda. Jadi anda tidak perlu lagi untuk ke pejabat pos tersebut. Kalau anda memang aktif menjual dan menghantar barang ke pejabat pos, maka adalah terbaik baik kalau anda gunakan khidmat servis ambil barang di rumah anda. Jadi anda dapat jimat kos postage, masa dan juga tenaga. Malah anda tidak perlu berpenat penat. Akan tetapi untuk gunakan servis ini anda memerlukan wang deposit yang besar. Di sinilah peranan Easyparcel.

Pita pengukur dan penimbang berat digital Easyparcel
Printer Dan Sampul Easyparcel Telah Sampai Ke Rumah
Apa itu EasyParcel? Easyparcel adalah pihak seperti orang ketiga. Mereka menghimpunkan ke semua servis perkhidmatan hantar dan ambil barang seperti Pos Laju, GDex, SkyNet, Ninja Van dan lain lain ini dibawah kendalian mereka. Apa yang mereka buat? Anda hanya perlu REGISTER dengan Easyparcel, dan anda sudah boleh gunakan mana mana servis pickup barang dari rumah anda oleh kurier servis ini dengan PERCUMA. Maksud percuma bukan pos barang percuma. Tetapi servis ambil barang dari rumah ini tidak dikenakan deposit. Itulah percuma.
Dengan menggunakan website Easyparcel, anda boleh terus buat kiraan berapa kos postage dari tempat anda ke rumah pembeli, isikan alamat pembeli dan terus bayar kos pos melalui website Easyparcel sahaja. Mudah cerita, kalau anda hendak pos laju ambil barang di rumah anda, anda tidak perlu ke pos laju. Cukup hanya gunakan servis pickup barang melalui website Easyparcel dan pihak Pos Laju akan ke rumah anda untuk ambil barang dan poskan untuk anda. Jelas?

Sampul jenis transparent Easyparcel
Jadi apa kaitan servis pickup barang Easyparcel ini dengan keperluan untuk membeli printer dan sampul dari Easyparcel ini? Terpulang. Anda boleh beli printer lain yang biasa biasa di luar. Dan terpulang anda boleh gunakan kotak atau sampul sendiri. Terpulang!!!. Cumanya apa yang ingin saya sampaikan adalah pihak Easyparcel telah memudahkan urusan tersebut dengan menyediakan printer dan sampul Easyparcel yang dijual oleh pihak mereka sendiri. Website mereka ada paparkan produk untuk menyiapkan pakaging barang dari A sampai Z. Lengkap.
Kisahnya saya sendiri telah membeli printer dan sampul Easyparcel. Pembelian ini adalah persediaan saya untuk memulakan langkah pertama saya untuk berniaga secara online di Shopee. Dan saya mahukan pihak kurier servis untuk pick-up ambil barang dari rumah saya. Ini kerana saya masih ada kerja tetap dan sukar untuk saya mempunyai masa untuk ke pejabat pos untuk hantar barang pelanggan. Alangkah mudahnya kalau ada orang yang boleh datang ke rumah untuk ambil barang untuk diposkan. Sebab itulah saya membeli ke semua peralatan persediaan ini.

printer dan sampul Easyparcel
Bungkusan sampul dari Easyparcel ini adalah kosong. Kita masukkan produk barangan yang kita jual ke dalam sampul. Jadi kita perlukan printer Easyparcel ini untuk mencetak sticker alamat sender dan alamat buyer dan juga slip invoice barang. Dan selepas cetak dan lekatkan slip pos barang ke sampul Easyparcel ini, barulah pihak kurier servis akan ambil barang untuk diposkan kepada pelanggan kita. Jelas? Bila semua barang dan peralatan sudah ada, maka mudahkan untuk saya menjalankan bisnes online dari rumah dengan mudah.
Ingat ya, seperti yang saya katakan tadi. Anda boleh guna barang dan peralatan anda sendiri dan selepas itu gunakan servis Easyparcel untuk servis pickup barang mereka. Boleh ja. Cumanya kenapa saya membeli printer dan sampul Easyparcel hanyalah untuk memudahkan urusan saya sahaja. Kalau habis kertas print, plastik bubble, sampul dan sebagainya mudahlah untuk saya membeli lagi kerana semua barang tersebut ada di jual di website Easyparcel. Itu sahaja. Berminat? Daftar sekarang.
Leave a Reply