Sejak berblogging ini, kita akan nampak yang sebenarnya ramai betul orang mencari cara untuk buat duit samada secara online mahupun offline. Tetapi amat menyedihkan apabila ada di antara kita yang terlibat dalam program sistem pelaburan haram. Ada yang tahu itu haram tetapi tidak kisah. Dan ada yang tidak sedar benda itu haram lagi parah. Mereka cuma berniat untuk membuat duit dan ternyata mereka betul betul dapat duit. Di sebabkan terlalu gembira, mereka mengajak pula orang lain atas niat untuk membantu dan berkongsi kejayaan kepada orang lain.
Semalam saya terlihat ada satu iklan untuk menjana pendapatan secara online. Biasalah, benda seperti ini ramai yang mahu tahu termasuk saya sendiri. Tetapi cukup dengan 2 benda ini sahaja saya terus tahu ini adalah sistem pelaburan haram iaitu program berbentuk “money games”. Apakah 2 perkara yang terus membuat saya mengelak dari menyertainya? 2 perkara itu adalah anda menerima RM10 tanpa henti masuk akaun bank dan tiada produk langsung iaitu anda tidak perlu menjual.
Dapat Duit RM10 Tanpa Henti Dengan Sistem Pelaburan Haram
Kepada anda yang terlibat dengan program sebegini yang memberi tahu anda yang anda TIDAK PERLU MENJUAL atau TIADA PRODUK, maka seharusnya anda berhati hati dengan perkara sebegini. Bagaimana anda boleh dapat duit kalau tiada produk yang perlu dijual? Sudah itu pula, pelaburan anda hanya RM10 SAHAJA dan selepas itu anda mendapat duit RM10 berkali kali sampai bila bila. Apakah sistem ini? Inilah dia sistem pelaburan haram yang patut anda elakkan.
Sepatutnya benda pelaburan yang sebegini tidak perlu anda pandai agama dengan tinggi tinggi. Saya pun bukan pandai agama sangat. Tetapi apabila jelas ianya program yang memanipulasi duit, maka kenapa perlu join? Mudah cerita begini, anda labur RM10 sahaja atau tidak kira berapa yang anda laburkan dan selepas itu anda mendapat lebih dari apa yang anda laburkan. Ini salah.
Sistem pelaburan yang betul adalah, anda labur duit dan duit itu digunakan untuk dilaburkan dalam apa apa perniagaan. Dan hasil keuntungan itu nanti pula akan dikembalikan semula bersama wang pelaburan asal anda. Yang ini adalah halal malah bersih. Jika anda labur RM30 dan anda di minta memasukkan RM10 kepada 3 akaun bank berbeza dan orang lain pun berbuat begitu kepada anda dan anda mendapat lebih dari RM30 wang labur anda malah sehingga ratusan ringgit. Maka ini jelas sistem pelaburan haram. Saya bukan hendak menyekat rezeki anda. Saya takut anda tidak tahu beza mana satu haram dan mana satu halal dan betul. Malah anda tidak tahu itu haram dan anda ajak pula orang lain. Ini bahaya. Anda faham bukan? Selamat berhati hati..
4 Comments
money game yang aku nampak banyak.
pelaburan ni nampak muncul balik ala-ala malaysia tahun lepas dan tahun ini..
banyak yang haram terus dihalalkan atas nama pelaburan.
yang lagi masalah, apabila x tahu yang benda tu haram, malah siap ajak kawan kawan lagi
Nak tnye komuniti duit belanja tu haram ke?
xda produk, MONEY GAMES jelas, bagi saya x boleh atau haram