Ramai orang suka beli barang secara online di Lazada. Salah satu faktor terbesar kerana penawaran harga yang lebih murah dari tempat lain. Malah jangan hairan, saya sendiri kalau hendak beli barang rumah di mana mana kedai, saya akan membuat perbandingan harga terhadap Lazada. Kalau kedai lebih murah atau lebih kurang sama sahaja harganya, saya akan beli di kedai. Kalau kedai lebih mahal, saya akan pergi ke kedai yang lain atau beli sahaja di Lazada. Itu adalah apa yang saya biasa lakukan. Tahukah anda, anda boleh lebih jimat membeli di Lazada kalau anda beli barang ketika promosi besar besaran Lazada dijalankan. Berminat hendak tahu?
Pada bulan ini, pihak Lazada baru sahaja menyertai kempen MyCyberSale iaitu acara jualan online terbesar tahunan Malaysia yang menarik pelbagai merchant untuk menjual produk mereka melalui internet dalam tempoh tertentu. Pada ketika ini kita dapat melihat pelbagai penjual online yang menawarkan perlbagai promosi kepada bakal pembeli. Satu acara tahunan yang sangat menarik dan memang patut diteruskan. Apakah itu kempen promosi terbesar dari Lazada Malaysia? Sudah tentu tidak.
Online Revolution Lazada Adalah Promosi Super Murah Dan Super Jimat
Tahukah anda, yang Lazada Malaysia juga mempunyai kempen event promosi terbesar mereka yang mereka namakan sebagai LAZADA ONLINE REVOLUTION. Dan ianya dijalankan pada 11 November sehingga 12 December. Acara ini adalah acara tahunan. Ini bermakna setiap tahun anda akan berpeluang untuk membeli belah secara online dengan mendapatkan lebih diskaun, lebih jimat dan lebih murah. Biasanya kempen ini juga selalu disebut sebagai 11.11 – 12.12 dan ianya dijalankan serentak dengan kempen jualan online terbesar oleh Alibaba.com.
Senarai Website Online Shopping Popular Malaysia
- Lazada – website online shopping paling popular di Malaysia
- 11Street – website online shopping no-2 popular di Malaysia
- Shopee – website online shopping no-3 popular di Malaysia
- Zalora – website yang fokus kepada fesyen pakaian wanita/lelaki
Jadi anda kena tahu yang website eCommerce online shopping di negara kita ada menjalankan beberapa kempen beli barang dengan harga murah seperti MyCyberSale, Online Revolution, Year End Sale dan sebagainya. Kalau anda mahu menjadi pembeli yang bijak dengan harga murah, anda mestilah kena tahu bilakah hari atau tarikh dijalankan promosi besar besaran online seperti ini. Inilah peluang untuk peniaga online meraih pendapatan dengan besar dan ini jugalah peluang buat pembeli untuk mencari produk barangan yang mereka mahukan dengan harga diskaun terbesar. Selamat membeli belah online.
2 Comments
Saya dan suami pun dah terjebak beli barang kat Lazada ni. Murah juga compared to kedai fizikal
memang murah pun, hhhe