Semalam saya baru sahaja menemani rakan untuk pergi ambil kereta baharu yang baru dibeli oleh beliau. Beliau telah membeli sebuah mpv kompak dari jenama Proton iaitu Proton Ertiga. Ini adalah kali pertama saya melihat sendiri secara berdepan dan mencuba menaiki ruang dalaman kabin Ertiga ini. Saya akan berkongsikan review ringkas dan pengalaman saya terhadap model mpv kompak dari Proton ini iaitu Ertiga. Tetapi kena ingat, ini adalah review ringkas sahaja. Ianya bukan kereta saya tetapi kereta rakan yang sempat saya membelek sana sini. Jom baca.
Untuk pengetahuan anda, model Proton Ertiga ini sebenarnya adalah model rebadge dari Suzuki Ertiga. Mudah cerita, model Ertiga ini sebenarnya adalah sebuah mpv kompak kecil dari Suzuki. Pihak Proton dan Suzuki telah menandatangani perjanjian yang membolehkan Proton untuk menjual model Ertiga ini di bawah jenama Proton di Malaysia. Proton mahu menutup kekurangan barisan mpv keluaran mereka. Sebab itulah Suzuki Ertiga diperlukan maka terhasillah Proton Ertiga. Bahasa paling mudah, bawa masuk Suzuki Ertiga ke Malaysia, tukar nama dan tukar logo.

Kereta Proton Ertiga sedang dipasang tinted cermin untuk kelihatan lebih sporty
Pakai Proton Ertiga Selepas Anak Sudah Masuk 2 Orang
Apa maksud “menutup kekurangan” barisan Proton MPV? Proton buat masa ini hanya ada satu model mpv sahaja iaitu Proton Exora. Proton Exora adalah model mpv yang besar dan luas. Proton belum ada model mpv yang lebih kecil dan kompak. Pembeli terbahagi kepada dua. Ada yang mahukan mpv besar dan luas. Dan ada yang lebih selesa dengan mpv kecil dan kompak. Jika pelanggan mahukan mpv yang lebih kecil, maka Proton tidak dapat memenuhi keperluan pasaran dan Proton kehilangan bakal pelanggan yang berpotensi. Sebab itulah Proton Ertiga sangat diperlukan.

Papan pemuka iaitu dashboard panel untuk mpv Proton Ertiga
Beberapa hari lepas, rakan saya dari pulau telah membeli Proton Exora. Alasan yang diberikan adalah benar dalam keadaan semasa beliau iaitu beliau mahukan sebuah kereta mpv, berharga tidak terlalu mahal dan mempunyai ruang dalaman kabin yang luas. Oleh kerana beliau berbadan sedikit besar, sudah tentulah pilihan beliau ketika itu adalah Proton Exora. Berbanding rakan saya dari seberang pula yang bertubuh kecil, maka pilihan beliau yang beliau rasakan lebih praktikal adalah Proton Ertiga.

Sistem lampu Proton Ertiga sedang dicuba untuk memastikan ianya berfungsi
Rupa benda luaran Proton Ertiga adalah cantik. Bagi saya faktor design adalah faktor subjektif. Ada yang kata suka dan ada yang tidak. Secara kasar saya sukakan design dan rekaan kereta ini. Kalau anda mahu tahu ianya boleh menjadi lebih lawa atau tidak, sila buat carian di internet kereta ini selepas di “make-over” dengan skirting dan sebagainya. Terbaik

Keadaan ruang engin untuk Proton Ertiga aka Suzuki Ertiga
Paparan dashboard adalah kategori sederhana. Panel skrin boleh memainkan lagu, gps, internet, radio dan lain lain yang standard. Saya sukakan corong blower aircond. Ada blower angin untuk tempat duduk penumpang dikawasan tengah dan belakang. Memang terasa sejuknya. Jadi kita boleh anggap yang kereta akan mudah menjadi sejuk kerana faktor ini. Ruang tengah pun ada tempat untuk pasang soket elektrik dan bagus untuk digunakan untuk memasang pemalam soket usb untuk mengecas smartphone anda.

Staff Proton sedang menerangkan fungsi fungsi yang ada dalam kereta mpv Proton Ertiga
Dulu dulu kalau ada orang pakai kereta mpv, ianya melambangkan kekayaan. Namun pada zaman sekarang, kereta mpv sudah menjadi keperluan. Kalau anak sudah 2 orang dan akan masuk 3 orang, kereta sedan biasa pun akan menjadi penuh dan tidak muat untuk perjalanan jauh atau balik kampung. Sebab itulah rakan saya mahu menukar atau membeli kereta baharu iaitu kereta mpv. Pemilihan Proton Ertiga adalah untuk jangka panjang yang lebih kearah ekonomikal dan juga kemudahan jika keluarga menjadi lebih besar.
Kenapa saya katakan pilihan beliau untuk Proton Ertiga ini kerana faktor penjimatan minyak? Untuk maklumat anda, Proton Ertiga adalah kereta mpv kompak pertama dari Malaysia yang telah mendapat pengiktirafan EEV iaitu Energy Efficient Vehicles. Pengiktirafan ini menunjukkan yang Proton Ertiga adalah termasuk dalam kategori kenderaan jimat minyak dan cekap tenaga. Kalau ini adalah keutamaan anda, maka tidak salahlah anda kalau memilih Proton Ertiga. Anda berminat? Jom ke Proton showroom untuk booking kereta Ertiga sekarang juga. Bye.
Leave a Reply