Antara model kereta proton yang saya suka sejak dulu adalah Proton Persona. Dan selepas keluar model proton persona yang baru, saya jadi kurang suka atas fakfor design reka bentuk. Tetapi bila bercakap tentang design reka bentuk, ianya adalah perkara yang subjektif. Ramai jer yang suka. Sebab itulah model persona terbaru antara yang menjadi pilihan. Lagi lagi ianya berada di dalam segmen B yang bersaing rapat dengan Toyota Vios dengan Honda City. Kita sekarang bukan bercakap tentang kereta baru. Kita bercakap tentang Proton Persona terpakai adakah berbaloi untuk dibeli dan digunakan.
Bila kita bercakap tentang hendak beli kereta second hand, maka kita kena posisikan diri kita sebagai pembeli kereta terpakai. Adakah pembelian anda itu berbaloi atau tidak. Pertama sekali berbaloi dari harga pembelian. Murah atau mahal. Rasanya semua orang tahu yang kereta proton jatuh harga sedikit lebih banyak berbanding kereta perodua, toyota dan juga honda. Adakah ini berita baik atau buruk? Sudah tentulah ianya berita baik. Kita sebagai pembeli kereta terpakai dapat membeli kereta dengan harga lebih murah berbanding jenama lain.
Beli Proton Persona Terpakai
Saya adalah pengguna proton saga terpakai. Teknologi enjin pada proton persona adalah dari VVT. Dan transmisi kotak gearbox pula adalah menggunakan CVT. Sama seperti new saga. Gabungan kedua dua teknologi ini juga ada pada model kereta jenama Toyota dan juga Honda. Dengan kata lain, penggunaan minyak petrol (fuel consumption) adalah hampir sama sahaja. Proton Persona gunakan minyak sebanyak 6.1L untuk 100KM dan Honda City pula gunakan sebanyak 5.6L untuk 100KM jarak perjalanan. Ada beza ker? Sedikit sahaja perbezaan.
Spesfikasi Kereta Proton Persona
- Enjin : 1.6L VVT (108HP/150Nm)
- Gearbox : CVT
- Segmen : Segmen-B
- Jarak Roda : 2555mm
- Panjang : 4366mm
- Lebar : 1722mm
- Tinggi : 1554mm
- Luas Bonet : 510L
- Airbag : 6 Beg Udara
- Safety Features : ABS, EBD, BA, TCS, ESC, HHA
- Berat : 1175KG
- Tangki Minyak : 40L
Kelebihan Proton Persona
- Saiz besar. Segmen B yang murah dipasaran
- Selesa di dalam kabin
- Bonet luas. Boleh letak banyak barang
- Kereta berat dan rasa kukuh ketika bawa laju di highway
Kekurangan Proton Persona
- Bagi sesetengah orang enjin rasa kurang berkuasa apabila pemanduan di jalan bandar lagi lagi apabila membawa lebih muatan
Pengalaman Dengan Persona
Rakan sekerja saya pernah menggunakan Proton Persona. Dari maklum balas beliau adalah kereta persona adalah bagus dan baik. Itu sahaja komen beliau. Kelebihan persona adalah ketika memandu jauh. Ruang kabin yang luas termasuk bonet. Kereta senyap dan stabil ketika bawa laju di lebuhraya. Cuma satu sahaja kelemahan menurut beliau iaitu enjin kurang pickup atau lambat ketika jalan di bandar dalam keadaan ada 3 dewasa di dalam kereta. Itu sahaja.
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta terpakai dan submit dokumen untuk loan bank
Kalau anda sedang mencari kereta terpakai yang mampu milik. Gaji anda bawah RM2500? Dan anda tidak ada cukup duit wang muka downpayment? Sila hubungi saya untuk saya bantu memudahkan urusan mencari dan membeli kereta idaman anda untuk mudah lulus loan. Berminat? Jika ya! Sila hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Owh sebelum terlupa. Saya adalah ejen bagi kedai kereta terpakai yang terletak di Selangor ya. Ke semua urusan pembelian kereta boleh dilakukan secara online. Jom!!!.