Saya tidak pasti samada anda tahu ataupun tidak bahawa salah satu genre video yang paling ramai ditonton oleh pengguna YouTube adalah rakaman video orang main games. Mereka akan rakam permainan yang mereka mainkan di komputer, laptop, tablet mahupun di smartphone. Rasanya sudah ramai yang tahu bagaimana dan software apakah yang patut digunakan untuk merakam skrin komputer/laptop. Bagaimana dengan telefon pintar. Adakah anda tahu cara untuk rakam android games di smartphone anda. Saya pasti anda berasa kecewa dengan sesetengah aplikasi rakam skrin betul?
Kepada yang mengikuti penulisan di blog ini, anda pasti perasan yang saya pernah menulis dan menceritakan saya sedang mula mahu mengambil peluang buat duit dengan video di YouTube. Dan saya berjaya menjana pendapatan melalui YouTube sebanyak USD20 sebulan. Dan semangat saya berkobar kobar mahu serius dengan YouTube. Saya perlu mengupload sebanyak mungkin video yang menarik di YouTube. Jika tiada video yang baharu, saya menjadi buntu. Saya lihat ramai orang suka share video rakaman di smartphone mereka. Jadi saya pun berminat.

Fungsi Rakam Android Games Yang Terdapat Pada Xiaomi Redmi Note 3 Pro
Rakam Android Games Mudah Dengan Telefon Pintar Xiaomi
Macam saya katakan di atas tadi, ramai orang yang suka tonton rakaman bermain games samada di PC atau di smartphone. Dunia gaming memang mempunyai peminatnya tersendiri. Jadi tidak hairan kalau rata rata video tentang permainan android misalnya mendapat jumlah tontonan yang agak tinggi. Kalau saya berminat mahu buat duit dengan YouTube dengan menguload rakaman video android games, saya perlu tahu cara untuk rakam android games melalui smartphone saya.
Untuk pengetahuan anda, saya pasti anda pun sudah melalui pengalaman seperti saya iaitu memuat turun pelbagai aplikasi “screen recorder”. Dan kebanyakkan tidak memberikan fungsi yang penuh. Anda perlu membuat bayaran untuk membeli dan menggunakan kesemua fungsi tanpa had. Oleh kerana kebanyakkan dari kita memang tidak mahu membayar, maka anda memang akan buntu macam mana hendak menyelesaikan masalah tersebut.
Saya tidak tahu apakah model smartphone anda. Untuk maklumat anda, baru baru ini saya telah meng-update versi android terkini pada smartphone Xiaomi Redmi Note 3 Pro saya ini. Melalui software upgrade terkini yang dibekalkan oleh Xiaomi, nampaknya mereka memberikan satu aplikasi baru tambahan iaitu SCREEN RECORDER. Saya terus tersenyum gembira. Ini kerana telefon pintar saya kini mempunyai aplikasi untuk saya rakam android games dengan mudah secara full version. Saya tidak perlu bayar dan sememangnya aplikasi ini hebat. Lepas ini bolehlah saya merakam banyak aktiviti yang saya lakukan melalui smartphone ini. Bye
Leave a Reply