Alhamdulillah. Syarikat Quantum Metal Sdn Bhd telah pun bergerak kehadapan dengan termeterai kerjasama dengan syarikat telekomunikasi RedONE. Hasil kerjasama tersebut telah menghasilkan pelan telco khas iaitu Redone QM Mobile. Jadi apa kelebihan dengan menjadi pengguna kepada simkad Quantum Metal? Jawapannya adalah sudah tentulah “EMAS” yang akan menjadi daya tarikkannya. Macam mana boleh dapat emas? Mudah sahaja. Setiap kali anda bayar bil telco anda, setiap kali itulah anda akan dapat emas. Mudah je kan.
Kenapa saya hendak kongsikan tentang simkad Quantum Metal dari Redone ini? Sebenarnya di pasaran Malaysia sekarang ada 2 simkad yang menawarkan kelebihan emas iaitu Simkad Emas BeMobile dan Simkad Emas Quantum Metal. Simkad BeMobile menggunakan rangkaian terus dari CelcomDigi. Sedangkan simkad Redone Quantum Metal Mobile menggunakan rangkaian dari telco RedOne yang mana Redone juga menggunakan rangkaian dari Celcom dan juga Digi. Jadi kalau tanya saya, kedua dua pun ada kelebihan yang sama sebenarnya.
Simkad Emas Quantum Metal
Untuk maklumat anda, awal awal penubuhan syarikat Quantum Metal dahulu hanya menjalankan perniagaan jual beli jongkong emas sahaja. Kemudian program pelaburan emas digital Quantum Metal hanya dibuka pada tahun 2019. Kemudian di kembangkan lagi perniagaan dengan melancarkan QM Pharmacy. Outlet pertama ada di Pulau Pinang. Kemudian QM buka kedai emas pertama iaitu QM Jewellery yang juga terletak di Penang. Dan selepas itu QM tawarkan QM Visa Card. Anda nampak tidak perkembangan yang dilakukan oleh Quantum Metal?
Dengan kerjasama syarikat telco RedOne, maka terhasillah plan telco RedOne terbaru iaitu RedOne QM Mobile. Jadi apa kelebihan simkad ini?
Pakej Plan RedOne QM Mobile
- Unlimited call
- Quota data at 130GB
- High speed internet at 6mbps data
- Hotspot 30Gb
- Gold Reward GAE20X
Untuk pengetahun anda, pakej plan RedOne ini adalah untuk simkad pascabayar postpaid ya. Dengan kata lain, simkad RedOne QM Mobile ini adalah sebuah kad sim postpaid dan ada 5G. Harap maklum.
Kelebihan RedOne QM Mobile
- Modal RM60 sebulan
- Buat GCA dengan modal RM60 dan dapat emas 0.18 gram
- Buat GCA dan dapat bayaran balik tunai RM50
- Gunakan RM50 untuk bayar bil Redone QM Mobile
- Dapat rewards RM10
- Rewards RM10 akan digunakan ke dalam pakej GAE20X yang bersamaan dengan RM200
Bil langganan simkad RedOne QM Mobile ini hanyalah RM50 sahaja sebulan. Untuk menggunakan simkad ini, sudah tentulah anda wajib menjadi ahli Quantum Metal terlebih dahulu. Anda boleh daftar melalui link di bawah ini ya jika belum.
Register Quantum Metal
- [ QuantumMetal ] – sila klik link ini untuk mendaftar.
- [ WhatsappQuantumMetal ] – jom masuk Whatsapp group kendalian kami di sini jika ada apa apa yang kurang faham berkenaan proses pendaftaran dan apa apa tentang melabur emas dalam Quantum Metal ya.
Anda perlu membuat GCA Quantum Metal terlebih dahulu dengan modal RM60. Ketika anda buat GCA dengan modal RM60, anda telah membeli emas dengan harga RM60 dengan berat 0.18 gram emas mengikut harga emas semasa. Anda akan dapat semula wang tunai sebanyak RM50. Wang sebanyak RM50 ini anda gunakan pula untuk membayar bil langganan RedOne QM Mobile anda sebanyak RM50. Ketika anda membayar bil RedOne anda, anda akan diberikan reward bernilai RM10. Tetapi nilai reward ini terus ditukarkan dan digunakan untuk anda menyertai pakej pelaburan GAE Quantum Metal iaitu GAEX20 yang menyebabkan modal RM10 anda ini digandakan menjadi RM200. Jelas? Faham?
Sebenarnya program simkad postpaid RedOne Quantum Metal ini sama persis dengan program membeli emas perhiasan di kedai emas QM Jewellery. Mula mula kena buat GCA terlebih dahulu. Tujuan untuk menggalakkan pembelian emas digital. Kemudian duit cash yang dapat selepas buat pajak GCA digunakan untuk membeli emas fizikal perhiasan. Hasil pembelian emas akan dapat rebat ganjaran iaitu berbentuk gold reward yang digunakan terus untuk melabur di dalam pakej GAEX20. Jelas? Faham? Anda rasa berbaloi atau tidak simkad RedOne QM Mobile? Berbaloi baloi!!!.