Menu
×
  • Home
  • About Me
  • Contact Me
  • Privacy Policy

MyRujukan

Rujukan, Panduan, Kerjaya, Bisnes, Buat Duit Online Dan Review

  • Home
  • About Me
  • Contact Me
  • Privacy Policy
Home › Info › Cara Renew Kad Debit Maybank Secara Online

Cara Renew Kad Debit Maybank Secara Online

Review By admin / 3 weeks ago — Info, Kewangan, Panduan, Rujukan, Tips

Ketika saya ingin mengeluarkan duit melalui mesin atm Maybank dan ianya gagal berkali kali. Ingatkan chip pada kat debit tersebut rosak. Kemudian saya dapat notis peringatan melalui email/sms yang menyatakan yang kad debit saya sudah tamat tempoh (expired) dan perlu diperbaharui. Dan beberapa kali juga saya ingin ke kaunter Maybank dan tidak berkesempatan untuk ke sana. Bila buat carian di internet rupa rupanya kita boleh sahaja untuk tukar kad debit Maybank yang baru secara online melalui akaun online banking Maybank2u.

Mungkin ada yang kurang jelas mengenai kad debit yang EXPIRED ini. Sebenarnya setiap kad bank samada kad debit atau kad kredit ada dituliskan tarikh. Anda boleh lihat contoh gambar pertama di bawah ini. Tarikh berkenaan adalah untuk bulan/tahun (month/year). Tarikh berkenaan adalah tarikh di mana kad bank anda itu akan tamat tempoh. Dengan kata lain anda tidak boleh menggunakan kad berkenaan untuk apa juga urusan termasuk ketika ingin mengeluarkan withdraw duit melalui mesin atm. Jelas ya.

Tarikh bulan dan tahun kad debit kredit Maybank expired

Tarikh bulan dan tahun kad debit kredit Maybank expired

Tukar/Replace/Renew Dan Aktifkan Kad Debit Maybank Melalui Maybank2U

Jadi kena buat apa? Ya anda kena perbaharui tarikh pada kad bank anda itu dengan mendapatkan kad bank yang baru!. Anda tidak lagi boleh menggunakan kad debit/kredit yang lama tersebut. Cara biasa adalah anda pergi sahaja ke bank yang berkenaan dan nyatakan yang kad debit anda sudah expired. Nanti tahulah pihak bank untuk membantu anda untuk membuat, mendapatkan dan memberikan kepada anda kad debit yang baru.

Dalam kes saya, saya masih ada lagi kad debit yang lain iaitu dari CIMB bank. Jadi duit dalam akaun Maybank transfer ke akaun bank CIMB secara online. Dan kemudian baru saya withdraw keluar duit saya melalui mesin atm CIMB. Jadi saya terus menunda nunda keperluan untuk pergi ke bank untuk membuat dan menukar kad debit Maybank yang baru kerana belum ada keperluan yang mendesak.

Selepas buat carian di internet, rupa rupanya kita boleh tukar iaitu renew kad debit Maybank yang baru secara online melalui Maybank2U sahaja. Selepas saya login akaun online banking Maybank2u dan klik pada menu “CARDS”, ianya terus memaparkan kad debit simpanan semasa saya telah tamat tempoh iaitu expired dan ada butang untuk saya perbaharui kad tersebut dengan menekan butang “RENEW”. Jadi memang betullah kita boleh buat dan renew kad debit Maybank kita secara online. Mari saya kongsikan bagaimana caranya.

Kad debit Maybank Visa Platinum baru

Kad debit Maybank Visa Platinum baru

Cara Tukar Kad Debit/Kredit Maybank

  1. [ Maybank2U ] – sila buka dan login akaun online banking Maybank terlebih dahulu.
  2. Sila klik pada menu “CARDS” dan anda akan nampak kad bank anda telah EXPIRED.
  3. Sila klik pada “RENEW” untuk buat dan memperbaharui kad debit anda.
  4. Sila ke menu dan klik pada Debit Cards – Replace, Activate & Block.
  5. Sila tekan titik tiga dan pilih “Replace Card”.
  6. Sila isi alamat, poskod berserta negeri untuk penghantaran kad debit. Click di T&C untuk setuju dan tekan Replace Card.
  7. Teruskan proses seperti biasa sms TAC dan sebagainya sampai siap.
  8. Done.

Ingat ya, proses di atas adalah untuk membuat permohon kad debit Maybank yang baru ya. Ianya akan mengambil masa selama 9 hari bekerja untuk diposkan ke rumah anda. Apabila kad debit sampai, anda perlu mengaktifkan kad tersebut untuk membolehkan anda untuk menggunakannya samada melalui mesin ATM atau secara online di Maybank2U dalam tempoh 90 hari. Kalau anda lambat aktifkan kad debit tersebut dalam tempoh tersebut, anda kena buat permohonan semula dan dikenakan cas. Faham ya.

Cara aktif kad debit Maybank melalui Maybank2U

Cara aktif kad debit Maybank melalui Maybank2U

Untuk mengaktifkan kad debit Maybank secara online melalui Maybank2U mudah sahaja. Sila login akaun online banking Maybank2U seperti biasa dan klik pada SETTING > CARD > ACTIVATE. Selepas ini barulah kad anda boleh digunakan seperti biasa.

Saya juga kongsikan dengan anda video bagaimana cara saya tukar iaitu replace dan renew kad debit Maybank saya yang telah expired melalui Maybank2u. Prosesnya mudah sahaja. Bagi saya zaman zaman pandemik ini memang sesuailah kalau segala urusan di bank yang boleh dilakukan secara online di rumah, lebih baik buat secara online sahaja. Cumanya kelebihan kalau anda mahukan kad debit dengan segera, maka lebih baik buat melalui kaunter di bank kerana anda boleh dapat kad debit secara terus pada hari yang sama. Terpulang. BYE!!!.

Related posts:

Kad Debit Maybank TerbaruKad Debit Maybank Hilang dan Buat Kad Debit Baru Buat Kad Debit CIMB, Maybank, RHBCara Buat Kad Debit CIMB, Maybank, RHB Paparan Maybank ewallet MAECara Daftar Dan Aktifkan Maybank E-Wallet

aktif kad debit Maybank ganti kad debit Maybank Kad Debit Maybank renew kad debit Maybank replace kad debit Maybank tukar kad debit Maybank

admin

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • Pinterest
  • LinkedIn
  • YouTube

Blog MyRujukan Dot Com ini adalah sebuah blog ke-2 selepas blog (wanwidget.com). Penulisan saya kini memberi tumpuan sepenuhnya 100% di MyRujukan.com sahaja. Blog ini berkongsi tentang rujukan, panduan, kerjaya, cara buat duit melalui blog dan juga bisnes online. Banyak juga tips berblogging yang saya kongsikan di sini. Pengalaman berblogging hampir 5 tahun. Sila email segala pertanyaan di "moham29577@yahoo.com". Sekian

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2023 · Reviewer Theme by SomoThemes · WordPress · Log in