Semua orang mungkin pernah mengalami ataupun sekurang-kurangnya pernah dengar tentang penyakit resdung kan? Resdung ni sejenis penyakit yang buat kita alah kepada sesuatu perkara atau pun benda. Hampir semua orang menghidap penyakit ini cuma yang membezakannya adalah tahap kronik setiap individu itu. Sebagai contohnya, penghidap penyakit ni biasanya alah kepada persekitaran yang berhabuk atau senang cakap yang tak bersihlah. Tapi ada juga yang mengalami alahan terhadap makanan yang berasaskan makanan laut contohnya udang, sotong, ketam, ikan kering dan lain-lain. Pernah dengar atau makan belacan tak? Rakyat Malaysia khasnya kaum Melayu memang terkenal dengan sambal belacan. Bagi penghidap resdung kronik, mereka perlu berpantang makan terutama sekali belacan serta sentiasa menjaga kebersihan bagi mengelakkan penyakit ini semakin berlarutan.
Antara gejala atau tanda-tanda seorang itu menghidap penyakit resdung adalah:
- Mengalami kulit muka berjerawat.(Namun tak semua penghidap resdung mengalami masalah ini)
- Ruam atau bintik merah di belakang badan
- Mengalami gatal mata(mata merah)
- Bersin pada waktu pagi
- Selsema sekiranya terdedah dengan persekitaran yang kotor atau berhabuk
- Sakit kepala yang berlarutan(tapi bukan migrain)
Rawat Resdung Dengan Kaedah Tradisional
Terdapat pelbagai ubat – ubatan resdung moden dan teknik rawatan yang di perkenalkan oleh individu tertentu yang mengusahakan perniagaan berkaitan kesihatan namun saya nak kongsikan cara-cara kaedah dengan menggunakan kaedah rawatan tradisional dengan menggunakan bahan semulajadi yang semestinya tidak menggunakan bahan kimia yang terlarang atau pun berbahaya. Yang paling penting, bahan yang di gunakan adalah murah dan mudah di dapati. Penyediaannya juga lebih mudah dan tidak rumit namun ada syarat dan aturannya agar anda mendapat kesan yang positif.
Cara-cara merawat resdung dengan kaedah tradisional:
Bahan-bahan:
- 8 biji limau nipis
- 10 helai daun pandan
Cara-cara:
- Bersihkan bahan-bahan tadi terlebih dahulu
- Mayang atau hiris halus-halus semua daun pandan tadi(macam nak buat bunga rampai)
- Buah limau nipis tadi di golek di tapak tangan atau di tekan terlebih dulu ke permukaan keras(untuk menghasilkan air limau yang banyak)
- Hiris ke semua limau itu dan perahkan airnya saja tanpa biji ke dalam piring atau mangkuk
- Masukkan semua daun pandan yang telah di mayang atau di hiris halus tadi ke dalam air perahan limau tadi
- Ramas beberapa minit sehingga betul-betul sebati dan air berubah menjadi kehijau-hijauan
- Tapiskan sehingga hanya tinggal airnya saja.
- Basuh atau cuci muka anda terlebih dahulu
- Sapukan air tadi ke wajah anda,elakkan terkena mata atau bibir(anda mungkin merasa sedikit pedih di sebabkan asid yang terkandung dalam buah limau itu)
- Tunggu hingga wajah anda kering dan sapukan lagi berulang kali
- Sebaiknya lakukan dalam masa 3 jam kerana hasilnya lebih positif
- Setelah selesai,cuci muka anda dengan air biasa
*AMARAN!
- Elakkan atau jauhkan daripada kanak-kanak
- Kesan pedih yang maksimum namun terkawal
- Kesan mungkin berbeza setiap individu dan tahap kronik anda
- Sila rujuk pakar terlebih dulu sekiranya anda ragu-ragu
Website Untuk Membeli Ubat Resdung
- Lazada – anda boleh mencari pelbagai jenis ubat resdung di sini
- Shopee – anda boleh mencari pelbagai jenis ubat resdung di sini
Saya dah cuba dan hasilnya dapat bertahan sehingga 1-2 minggu. Tiada lagi bersin pada waktu pagi atau pun ketika terdedah dengan persekitaran yang berhabuk
17 Comments
Haaa..sama cam saya buat..memang bez buat ni..tapi ras pedih ar sikit..huhuhu..nak buat lagi tapi daun pandan dah habis..kikikk
terbaiklah
Terima kasih. Boleh saya cuba.
http://lobam.my
cuba jgn x cuba
pedih memang pedih..tapi berkesan..huhu
… 🙂
TQ for sharing.sy n husband mmg ada masalah resdung.dh mcm2 sy buat rawatan tradisonal.wat facial.semua tu kejep je.dulu selalu mkn ubat klinik.tp tau je la kan ubat klinik ni lau kerap amik bahaya tuk kesihata. jd sekrg sy makan suplemen 100% semulajadi.alhamdulillah selesai masalah resdung sy.
tahniah puan liza
selamat mencuba, insyaAllah boleh bantu bagi yang ada resdung.
aminnn
Hehe..terima kasih bro..nanti leh cuba ni..saya salah sorang pengidap resdung yang berjaya..hahahaha
berjaya maknanya itu apa bro
satu perkongsian yang baik ni, saya pun ada resdung, huhu
jom amalkan
buleh tahan panjang cara cara nak buat dia..dah mcm nak buat nasi arab..huhuh
tu maknanya lengkap dengan rempah ratus, hehe
Sapu seluruh muka atau sapu pada hidung sahaja?