Bihun Sup Ayam memang salah satu makanan kegemaran Malaysia atau asia yang ringkas dan mudah. Ianya terdiri dari komponen bihun/meehoon sebagai bahan komponen utama dan sup kosong/ayam/daging sebagai kuahnya. Setiap negara atau kaum bangsa rasanya mempunyai menu ini tetapi mungkin sedikit berbeza nama atau cara penyediannya. Ini kerana bihun dan sup yang dimakan sekali memang satu menu biasa tetapi kaedah penyediaan dan juga bahan utama didalam menu ini yang membuatkannya berbeza.
Didalam masyarakat Melayu Malaysia, makanan bihun sup memang biasa terdapat dimana mana. Bukan menjadi suatu yang pelik kerana hampir kebanyakkan atau semua kedai makan menyediakan menu bihun sup ini. Antara yang popular adalah bihun sup ayam, bihun sup daging atau bihun sup biasa yang mencampurkan kedua duanya iaitu daging dan ayam sekali. Tetapi bagi saya, saya lebih tertarik kepada bihun sup ayam kerana setiap kedai makan agak berbeza didalam menyediakan daging yang kadang kala membuat saya kurang “selera” didalam menikmati bihun sup yang menggunakan elemen daging sebagai bahan dan juga ramuan didalam sup mereka. Anda faham kan maksud saya!.
Gambar diatas ini adalah persiapan siap untuk bihun sup ayam yang dibuat semasa merayakan Hari Raya Aidilfitri 2013 baru baru ini. Semua bahan asas penyediakan untuk membuat bihun sup sudah disiapkan. Bihun telah direbus dilembutkan dan sup ayam sudah siap di masak. Kita hanya tinggal mengambil bihun dan diletakkan didalam pinggan/mangkuk/bekas makanan dan dituangkan sup ayam kedalam dan kemudian mencampurkan semua elemen tambahan untuk menyedapkan lagi rasa bihun sup ayam seperti gambar diatas. Ini adalah gaya Johor dan saya kurang pasti dengan penyediaan di negeri yang lain.
Resepi Bihun Sup Ayam Sedap Gaya Johor
Bahan-bahan Penyediaan bihun sup ayam ala-ala johor power: (utk sajian 2-3 org)
Bahan (A) – bawang putih 4 ulas, bawang merah(besar) 1 biji, bawang merah(kecil) 5 biji, halia, lada sulah, limau nipis 1 biji, bunga cengkih, lawang, kayu manis, perencah sup(adabi) 1paket, daun sup, daun bawang, taugeh, bawang goreng, soo hoon, bihun
bahan (b) – 1 ekor ayam (dibahagikan sedikit utk bahan ayam cincang@ayam hiasan) yg selainnya dipotong kecil-kecil, cili api, kicap
Cara membuatnya:
Rebuskan bihun sehingga lembut kemudian toskan (tapis)
Potong bahan A Iaitu bawang kecil halus2..tumiskan bawang kecil tadi sehingga kegaringan…(coklat2) tumbuhkan bawang besar & bawang putih & lada sulah sehingga lumat (hancur) masukkan kedalam tumisan bawang tadi, kacau sehingga garing..
1. Masukkan perencah sup ditambahkan sedikit air..kacau sehingga perencah sup tadi (naik bau), masukkan rempah tumis tadi iaitu bunga cengkih & lawang & kayu manis..kacau selama 1 minit.. masukkan air pada sukatan yang secukupnya..
2. Rebus ayam terlebih dahulu bersama halia (utk menghilangkan bau hanyir ayam) kemudian buangkan sedikit air rebusan ayam tadi sedikit,,asingkan ayam yg hendak digoreng, manakala masukkan ayam selebihnya kedalam sup..kacau sup anda pada suhu api yg perlahan.
3. Masukkan daun sup & daun bawang kedalam sup..masukkan perisa (ajinamoto & garam) secukup rasa. Perahkan sedikit lipau nipis kedalam sup utk menambahkan aroma & selera.
Cara menyediakan (sambal kicap)
Ambil 6 biji cili api dan masukkan kedalam pengisar, campurkan dgn 2 ulas bawang putih, letakkan kicap (JALEN label merah tau) sebab kicap yg lain-lain kurang upmhh rasanya..(tapi terpulang rasa lidah anda) kisar sehingga hancur.. senang & mudah , ingat gula juga dimasukkan kerana kicap tadi sudah manis
TIP: bagi yang tidak mahu cili tadi terlalu pedas, pastikan anda mengorengnya dahulu
Cara Menyediakan (Terakhir)..
Masukkan bihun ke dalam mangkuk ..kemudian masukkan sup yang telah dimasakan..masukkan hirisan ayam yg telah digoreng & dikoyak-koyak, masukkan taugeh..bawang goreng & sedikit sambal kicap..selamat menjamu selara. Anda suka dengan resepi bihun sup ayam Johor ini?…. 🙂
12 Comments
sy ni x minat sgt bihun sup.. tp lepas tgk entry ni.. terus rase slurp! slurp! hehe~
eh bihun sup la sedap, pasal x sedap saya rasa ni mesti ada kaitan dengan sup yg kurang sesuai, betul x
sangat suka mee hon sup lagi – lagi kalau sambal kicap dia guna cili padi kampung memang superb
perghhhh
bihun sup sentiasa naikkan selera walaupun tengah takde selera…
sebab dia makanan yg x memberatkan
bihun sup ke, bihun goreng ke mmg kegemaran saya…
waaahhh… terliur tgk.. rasa nk jadikan menu hidangan raya kat jiran2 je 😉
hidangan raya memang sesuai nih.. 🙂
sedap nie, kalo nak buat sendiri ni krang segan plak buat depan parent.wahaaaa!..diorang lagi expert..
jgn ler malu bro