Sudah lama benar saya tidak menjamu bubur pulut hitam ini. Bila teringat pasal bubur pulut hitam ini terliur dibuatnya. Saya suka makan bubur pulut hitam ini samada ketika ianya panas atau selepas disejukkan. Anda suka yang mana? Aiskrim bubur pulut hitam pun sedap. Selalu juga saya beli. Tetapi yang unik dan mungkin pelik kepada anda, yang saya tidak pernah seumur hidup saya merasai bubur pulut hitam dicampur dengan durian. Jujur tidak pernah. Yang pernah saya makan adalah bubur kacang hijau dicampur durian. Itu sahaja. Pelikkah?
Rasa tidak pelik. Saya pasti ianya sedap walau saya sendiri tidak pernah dan berkesempatan mencuba sendiri apakah rasanya bubur pulut hitam apabila dicampur dengan durian. Oleh kerana saya menyukai bubur pulut hitam dan juga durian, maka saya pasti percampuran ini membuatkan menu ini sedap. Apa bila mendapat resepi ini, ianya membuatkan saya terfikir hendak mencubanya sendiri apabila tiba musim durian kelak. Tidak mahu terlepas lagi.
Cara Penyediaan Bubur Pulut Hitam Campur Durian
Anda suka makan bubur pulut hitam? Suka makan durian? Dan apakah anda pernah merasa hidangan bubur pulut hitam dengan durian? Bagaimanakah rasanya? Sedap. Kepada anda yang mahu mencari resepi bubur pulut hitam campur durian ini bolehlah mengikuti resepi ini dengan melihat resepi cara membuatnya di bawah ini. Dipersilakan.Bahan Bahan
- 1 cawan beras pulut hitam
- Beberapa ulas durian
- 2 cawan santan
- 1 cawan air
- 1 cawan gula
Cara Cara Memasak
- Rendam beras pulut hitam selama 2 jam.
- Cuci dan rebus bersama 1 cawan air.
- Biar hingga pulut betul betul kembang.
- Masukkn gula dan kacau rata.
- Masukkan santan dan durian.
- Kacau hingga mendidih. Siap
Semua jenis bubur saya suka makan termasuk bubur pulut hitam. Sedang menulis artikel ini terasa pula teringin hendak makan bubur ini. Kalau ada dijual malam malam memang saya beli. Teringin sangat hendak mencuba makan bubur pulut hitam di campur durian kalau boleh. Anda suka dengan bubur ini. Jom memasak.