Sehingga ke hari ini, hanya sekali sahaja saya pernah makan dan menikmati hidangan masakan dari menu ikan siakap masak stim lemon. Saya pernah makan masakan ikan siakap goreng, saya pernah makan masakan ikan siakap masak 3 rasa. Ianya sudah agak selalu. Tetapi siakap masak stim hanya pernah sekali sahaja seumur hidup saya. Itupun sebab kawan yang ajak. Saya jenis yang susah untuk mencuba benda baru kecuali ada yang ajak untuk mencuba bersama sama.
Bila bercakap tentang masakan berasaskan stim, saya pernah berkongsikan dengan anda akan resepi kepala siakap masak stim di dalam blog ini. Saya memang kurang gemar makan kepala ikan. Kalau isi ikan saya suka. Sebab itulah ketika mendapatkan resepi ikan siakap masak stim lemon ini, saya teruja untuk melihat resepinya. Kalau ikutkan pengalaman pertama kali makan siakap masak stim ini, saya terus jatuh cinta dengan rasanya yang sedap. Isi daging ikan siakap memang lembut dan sesuai dimasak apa sahaja.
Hidangan Masakan Ikan Siakap Masak Stim Dengan Lemon
Dari perkongsian resepi ikan siakap masak stim dengan lemon yang saya terima ini, proses cara memasaknya tidaklah serumit mana. Ianya mudah dilakukan. Tetapi kenapa kita jarang nampak masakan ini di kedai kedai makan biasa kerana faktor harga ikan siapa yang agak mahal. Tetapi “mahal” yang boleh diterima kerana rasa ikan yang sedap. Kepada anda yang mahu belajar cara memasak ikan siakap masak stim ini, bolel lihat dan ikuti resepi di bawah ini.
Bahan Bahan
- Seekor ikan siakap segar dibersihkan
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 5 tangkai cili padi
- Seinci halia
- Sebatang serai
- Sebiji lemon dipotong
- Beberapa biji tomato ceri
- 3 sudu air lemon
- Serbuk maggi cukup rasa
- Daun ketumbar
Cara Cara Memasak
- Lumurkan ikan dengan serbuk maggi cukup rasa dan ketepikan.
- Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, serai dan cili padi hingga naik bau.
- Masukkan air lemon gaul rata dan matikan api.
- Curahkan bahan tumisan pada ikan tadi dan kukuskan selama 15 minit.
- Buka penutup kukusan dan masukkan tomato ceri dan lemon yang sudah dipotong.
- Kukus lagi 2 minit. Matikan api dan taburkn daun ketumbar. Siap
Saya sendiri pun belum pernah mencuba masak sendiri menu ikan siakap masak stim ini di rumah. Insyaallah kalau berkesempatan mahu mencuba sendiri. Kalau sudah pernah buat dan berjaya, pasti mudah untuk membuatnya lain kali jika berhajat. Kepada pembaca, anda suka makan ikan siakap? Suka dengan hidangan masakan stim? Mari ikuti resepi ini. Selamat mencuba.
1 Comment
lama juga dah tak merasa ikan siakap ni..