Selalu juga saya dengar orang sebut “kek batik” ini. Dan kebiasaannya saya dengar ketika raya. “Raya tahun ni xda buat kek batik ke kak?”. Akak pula jawab “xder buat, tak sempat nak buat, tp hari tu anak ada buat juga!”. Bla bla bla. Terfikir juga, kek apalah itu. Apabila dapat sedikit potongan kek batik, baru tahu rupanya itulah kek tersebut. Sejenis kek yang biskut adalah bahan utamanya. Anda pernah makan? Suka dengan kek ini?
Sebenarnya bila sebut sahaja kek, saya memang suka makan kek. Semua kek saya makan. Kek coklat, cheese kek, kek buahan, kek kukus dan apa apa sahaja jenis kek. Dan kek batik pula adalah kek yang agak jarang saya makan kerana tidak ramai yang membuatnya. Di bawah ini adalah gambar sebenar kek batik yang saya terima. Dan di bawah ini saya berikan anda akan resepi cara membuat kek batik ini dengan sedap.
Bahan Bahan
- 1 pek biskut marie perisa kopi
- 200 gram butter
- Setengah cawan serbuk koko
- Setengah cawan milo
- Setengah cawan kacang tanah
- Setengah cawam kismis
Cara Cara
- Cairkan butter dan masukkan susu
- Kacau rata dan masukkan serbuk koko dan milo
- Kacau hingga larut dan masukkan kacang tanah dan kismis
- Gaul rata dan matikan api
Cara Cara Melapis
- Tuangkan 1 senduk adunan milo ke dalam loyang dan ratakan
- Susun biskut marie dan ulang lapisan hingga habis
- Bekukan dalam freezer 1 malam dan siap
Kalau melihat kepada resepi kek batik yang diberikan, ianya tidaklah terlalu sukar untuk dibuat. Tidak perlu di bakar atau dikukus. Hanya perlu di sejukkan sahaja. Kepada anda yang sukakan kek batik ini, bolehlah mencuba membuatnya di rumah. Saya pasti anak anda akan sukakannya.