Salam kepada pembaca. Kali ini saya menerima resepi kuih lompat tikam untuk di siarkan di dalam blog ini. Pertama kali saya mendengar akan nama kuih ini dan terasa pelik akan nama kuih ini. Dan apabila melihat gambar kuih lompat tikam ini, baru saya perasan yang saya pernah nampak akan kuih ini dijual di sesetengah gerai tetapi saya tidak pasti samada saya pernah makan ataupun tidak kuih ini. Dan yang membuat saya sedikit bingung adalah tentang ianya dimakan sekali dengan cairan gula merah. Jadi bertambah tidak pasti.
Ada satu kuih yang saya tidak ingat akan namanya. Ianya berwarna hijau, diperbuat dari pulut dan ianya juga di makan dengan kuah gula merah. Saya sangat suka akan kuih tersebut. Saya pasti anda tahu akan kuih tersebut bukan? Dan saya juga pasti yang kuih lompat tikam ini juga bakal menjadi satu kuih yang saya sukai kerana ianya dimakan bersama cairan gula merah. Anda pernah makan kuih lompat tikam ini? Bagaimana? Sedap?
Cara Membuat Kuih Lompat Tikam
Maaf saya tidak tahu hendak bercerita apa tentang kuih lompat tikam ini. Ini kerana hanya sedikit atau hampir tiada pengalaman saya dengan kuih ini. Dan kepada anda yang tahu akan kuih ini, suka makan kuih ini dan belum pernah mencuba membuat kuih ini, bolehlah melihat resepi kuih lompat tikam ini di bawah ini. Dipersilakan.
Bahan Bahan Untuk Bancuhan Hijau
- 1 cawan tepung beras
- 2 cawan air
- 2 sudu besar pandan paste
- 1 sudu kecil pewarna hijau
Cara Cara
- Satukan semua bahan dan kacau atas api perlahan hingga bancuhan menjadi likat. Matikan api dan tuangkan dalam bekas / loyang
Bahan Bahan Untuk Bancuhan Putih
- 1 cawan tepung beras
- 1 cawan air
- 1 cawan santan pekat
- Secubit garam
Cara Cara
- Satukan semua bahan dan kacau atas api perlahan hingga bancuhan menjadi likat. Matikan api dan tuang di atas bancuhan hijau tadi.
Bahan Bahan Untuk Air Gula
- 1 cawan gula merah
- Setengah cawan gula kastor
- 2 cawan air
Cara Cara
- Masak semua bahan bahan hingga larut dan sejukkan
- Simpan dalam peti sejuk beberapa jam
- Enak dimakan ketika sejuk
Saya sudah kongsikan anda resepi kuih lompat tikam ini berserta gambar sekali. Kalau anda tidak faham akan langkah langkah cara membuatnya, anda boleh lihat gambar yang saya kongsikan dengan anda di artikel ini. Jadi anda akan faham bagaimanakah cara membuat kuih lompat tikam ini dengan betul dan juga sedap. Saya harap anda dapat mengikutinya dan berjaya membuat kuih ini. Selamat mencuba.
3 Comments
Perghhh.. Memang terbaik kuih ni.. Memang kuih Feveret ni..saya suka..saya suka..
ye ke bro, meh cuba buat sendiri