Setelah mempromosikan pelbagai produk perayaan seperti makanan ringan ketika raya, saya dapati rupanya terdapat beberapa produk yang boleh dibeli dan dicuba oleh keluarga anda bagi menyediakan makanan ringan ketika raya. Makanan ringan yang saya maksudkan adalah kuih raya, biskut raya dan juga maruku raya. Selalunya inilah ketiga tiga benda yang selalu ada pada hari raya. Tidak lengkap hari raya puasa dan juga hari raya haji kalau tiada makanan ini bukan?
Namun, kita faham. Majoriti orang sekarang suka beli sahaja kuih, biskut dan juga maruku ketika tiba musim perayaan. Dan makanan ini nampaknya ianya tidak lebih kepada adat dan juga simbol kepada perayaan. Dan selalunya kalau datang singgah beraya di rumah sanak saudara, majoriti lebih memilih makan makanan yang berat seperti lemang, ketupat, nasi impit, rendang dan sebagainya.

potensi bisnes kuih raya (Gambar Hiasan) – image credit to https://www.flickr.com/photos/abu_shia/7765375272
Panduan Lengkap Kuih Raya, Biskut Raya Dan Maruku Raya
Tetapi saya tahu ada dikalangan anda yang suka masak atau membuat kuih raya sendiri. Malah ada yang lebih berminat untuk buat duit raya dengan berbisnes menjual kuih raya, biskut raya dan maruku raya. Kepada anda ini, saya ingin perkenalkan beberapa produk dalam bentuk ebook panduan untuk anda. Ianya terdapat pelbagai resepi kuih raya dan juga panduan bisnes bagi membantu anda menjana pendapatan melaluinya.
Kalau hendak cari satu persatu kuih, biskut atau maruku untuk dibuat makan atau dijual memang payah. Lagi lagi apabila anda tidak tahu yang mana produk makanan yang popular ketika raya. Bukankah lebih baik ada panduan lengkap yang menghimpun pelbagai resepi untuk anda. Hanya lihat, baca dan buat. Itu sahaja. Sudah tentu memudahkan kerja anda bukan? Anda mahu?
Di bawah ini saya akan perkenalkan sebanyak 4 produk hari raya iaitu kuih raya, biskut raya dan juga maruku untuk anda. Anda boleh pilih mana satu panduan yang anda mahukan. Kalau anda mahu semuanya sekali, silakan. Selalunya panduan ebook/cd video sebegini bertujuan memudahkan kerja anda sahaja. Saya harap anda menyukainya. Selamat hari raya.
Leave a Reply