Rasanya sudah ramai yang mencuba resepi kek pavlova di rumah bukan. Saya sendiri secara peribadi langsung tidak tahu akan asal usul kek pavlova ini. Mungkin ianya dari western ataupun ianya dari Malaysia dengan ke kreatifan rakyat Malaysia di dalam mengubah dan membuat kek. Minta jawapan yer. Saya pernah makan kek pavlova ini dan menurut pandangan saya, mungkin bagi yang kurang gemar dengan kek yang penuh dengan “krim” pasti akan cepat mual. Namum lain orang lain seleranya bukan? Anda mahu mencuba resepi pavlova ini?
Resepi Pavlova Simple
Minggu lepas ada saya kongsikan akan resepi pisang goreng cheese yang dikongsikan oleh pembaca di Facebook. Dan pada kali ini Puan tersebut sudi untuk berkongsi lagi akan resepi yang lain dari tangan beliau sendiri iaitu Resepi Pavlova. Apa kek pavlova ini? Ianya adalah sebuah kek yang menggunakan salutan krim yang diatas krim tersebut diletakkan buah buahan seperti strawberri, buah kiwi dan juga anggur. Saya rasa percampuran buah buahan yang masam ini memang sangat kena dengan krim bagi mengimbangi pemakanan yang sihat.
Bahan Asas Resepi Pavlova
- 4 biji putih telur gred A
- 200Gm gula kastor
- Satu sudu kecik esen vanilla
- Satu sudu kecik cuka masakkan
- Satu sudu makan tepung jagung
Cara Membuat Kek Pavlova
1. Putar putih telur sehingga bertanduk. Masukkan sedikit demi sedikit gula kastor ke dalam putih telur tadi sehingga larut. Untuk ketahui samada gula sudah larut atau belum, sila calit sedikit adunan menggunakan jari telunjuk dan rasa menggunakan ibu jari. Sekiranya ade lagi ketulan gula, sila putar lagi putih telur sehingga gula larut dan putih telur menjadi soft. Tanda adunan menjadi soft (lembut) adalah ketika adunan di terbalikkan dan tidak terjatuh.
2. Selepas itu masukkan tepung jagung, esen vanilla dan cuka masakkan. Putar atau kaup terbalik menggunakan spatula. Pastikan sebelum bakar oven dipanaskan terlebih dahulu. Letakkan adunan di atas kertas minyak yg sudah dilakar bulatan dan ratakan mengikut bentuk. Buat sehingga habis. Bakar pada suhu 160c selama 1jam setengah. Apabila oven sudah bunyi jangan buka oven terus. Buka pintu oven sedikit dan bila sudah sejuk sedikit baru keluarkan dari oven. Untuk hiasan atasnya boleh hias menggunakan fresh cream dan buah-buahan masam seperti dalam gambar.
Sebenarnya saya sendiri tidak menyangka yang bahan bahan untuk membuat kek pavlova ini sangat ringkas. Saya bertanya kembali kepada empunya resepi pavlova ini untuk pengesahan samada betul atau tidak resepi ini. Dan beliau katakan ianya benar dan memang “sekarang” beliau sedang membuat kek pavlova ini untuk tempahan pelanggan. Kepada pembaca, yang sukakan pavlova ini bolehlah mencuba membuatnya dirumah. Selamat berjaya
6 Comments
Memang sedap pavlova nie bila di makan sejuk2..rasa nyaman je masok dalam perut..hehehe..nampak bahan2nye ringkas,tp xsemua pandai buat.. 😉
kena betul betul buat juga kan
sedap tu tuan muda….belanja sikit…
jom jom, nyum nyum nyum
ko dah penah try buat lom?
aku x pernah