Sekarang ini sudah ramai yang mencuba untuk memodenkan makanan biasa menjadi luar biasa. Salah satunya adalah pisang goreng yang dijadikan pisang goreng cheese. Sebenarnya saya sendiri tidak tahu akan kewujudan makanan ini dan tidak pernah merasainya. Tetapi saya tahu yang pisang goreng memang masuk dengan makanan berbentuk panas. Burger pun menggunakan cheese bukan? Resepi pisang goreng cheese ini telah di datangkan dari rakan Facebook yang sudi menyumbang resepi makanan untuk tatapan pembaca blog. Jom ikuti.
Kepada pembaca, maaf saya tidak dapat memaparkan gambar yang lebih jelas dan lebih dari satu gambar untuk gambar pisang goreng cheese ini. Ini kerana pemilik resepi ini pada mulanya tidak berhajat untuk berkongsi dan menangkap gambar. Makanan goreng pisang sedap ini sudah tentu habis di makan oleh ahli keluarga tanpa sempat untuk menangkap gambar yang lebih. Ini menunjukkan ianya disukai dan diminati walaupun makanan telah di “fusion” kan.
Kongsi Resepi Pisang Goreng Cheese Keju
Namun begitu, pemilik gambar goreng pisang sedap rangup ini ingin berkongsi dengan anda semua akan resepi pisang goreng cheese dari beliau sendiri. Kepada suri rumah, apa lagi. Jom cuba resepi ini. Mungkin ahli ke;uarga anda pun menyukainya. Untuk maklumat pembaca, pisang gorang di Malaysia ini kebiasaannya di goreng dengan tepung dan selalunya akan dicicah dengan gula, sos, sambal, sambal kicap, sambal ikan bilis, susu dan lain lain lagi mengikut budaya setiap negeri. Mungkin pisang goreng cheese keyu ini terbaru buat anda. Belum rasa belum tahu bukan? Jom cuba..
Bahan Bahan Untuk Pisang Goreng Chese;
1 biji pisang Tanduk (dipotong mengikut citarasa masing2)
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
sebiji telur
satu sudu butter
secubit garam
perwarna kuning@serbuk kunyit
minyak masak secukupnya untuk
mengoreng
Bahan Bahan Untuk Topping;
Keju cheddar (diparut)
satu sudu kecil susu pekat manis
satu sudu kecil butter
Cara Cara Membuatnya;
1. Tepung gandum dan tepung beras, dicampur dalam satu bekas bubuh air dan telur serta perwarna kuning.
2. Masukkan sesudu butter di dalam bancuhan tepung tadi serta sedikit garam.
3. Masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung, dan goreng seperti biasa, serta toskan (deep fry).
4. Di dalam kuali yang lain bubuh sedikit butter, masukkan sedikit saja keju yang telah diparut, masukkan pisang berserta sedikit susu pekat manis.
5. Siap untuk dihidang dengan ditabur parutan keju di atas pisang goreng
Terima kasih kepada Puan yang berkongsi resepi pisang goreng cheese ini. Kepada anda yang ingin berkongsi resepi dan mahu saya post kan di blog ini boleh lah menghantar email anda kepada “moham29577@yahoo.com“. Penulis sendiri berasa ingin membuat dan mencuba resepi pisang goreng cheese di rumah nanti. Selain dari pisang goreng yang disadur dengan cheese, anda juga boleh mencuba resepi pisang goreng nestum. Cubalah. Tentu sedap. Selamat menjamu selera.
10 Comments
kat area sini pun ada..tak la sesedap pisang goreng cicah sambal kicap..nyum nyum
cicah sambal kicap memang asli bro, hehhee
semakin femes pisang keju ni, buat sendiri mesti puas makan lah
habis kena makan ngan kanak kanak pasti
Huh ini first time aku dengar pasal pisang goreng macam ni
saya pun bro
ishhhh sedapnya, terliur huuu
jom try resepi
nampak memang sedap boleh cuba …….musim hujan memang kena pisang goreng panas2……..horeee