Bila sebut pisang sahaja, saya pasti teringatkan pisang goreng yang dimasak rangup dan makan ketika masih panas memang sedap. Kalau sebelah utara ini, biasa pisang goreng dimakan dengan sos dan kalau di Johor pula, adalah biasa pisang goreng di cicah bersama kicap yang dimasukkan gula dan juga cili padi. Antara yang paling sedap sudah tentulah pisang goreng yang dimasak rangup betul? Kalau di Pulau Pinang ini, biasa ternampak pisang goreng cheese. Bagaimana dengan pisang goreng nestum? Sedap? Pernah cuba?
Adalah satu hal yang biasa kalau anda pernah dengar tentang pisang goreng cheese iaitu pisang goreng yang dibubuh keju. Saya tidak tahu siapa orang pertama yang memperkenalkan resepi sebegitu. Asalkan ianya sedap, orang akan beli juga dan ternyata ramai yang menyukainya. Lagi lagi golongan orang muda. Namun sehingga kini saya belum pernah lagi merasai menu pisang goreng nestum pula.
Cara Membuat Pisang Goreng Nestum Yang Rangup
Saya telah mendapat resepi pisang goreng nestum terlajak rangup untuk dipaparkan di dalam blog ini buat pembaca. Saya memang suka nestum. Tetapi belum pernah terfikir langsung untuk membuat pisang goreng dengan rasa nestum. Idea ini menarik. Kalau sedap memang orang akan buat. Anda pernah buat? Kongsikan pengalaman anda dengan kami di sini. Kalau anda mahu kongsikan gambar pun saya alu alukan. Kalau anda suka resepi ini, sila ikutinya di bawah ini:
Bahan Bahan
- Pisang nipah secukupnya. Di belah dua
- Setengah cawan tepung gandum
- Setengah cawan tepung jagung
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil serbuk Maggie cukup rasa
- Air secukupnya
- Serbuk nestum secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
Cara Cara Memasak
- Bancuh tepung gandum + tepung jagung + soda bikarbonat + Maggie cukup rasa. Jgn terlalu pekat dan terlalu cair. Sedang sedang sahaja.
- Kemudian celup kan pisang satu persatu ke dalam bancuhan tepung tadi.
- Dan golekkan ke dalam serbuk nestum.
- Goreng dengan minyak yang panas hingga garing dan keperangan.
- Angkat dan toskan. Sedap dimakan ketika panas. Tetap rangup walaupun sudah sejuk
Dari perkongsian resepi pisang goreng nestum terlajak rangup ini. Saya dapati ada bahan bahan yang dicampurkan ke dalam tepung gandum yang membuatkan bancuhan tepung tersebut membuatkan pisang goreng anda menjadi rangup. Baru saya tahu itulah bahan bahannya. Dan untuk mendapat rasa nestum, anda perlu mencampur serbuk nestum ke dalam bancuhan tepung. Suka dengan resepi ini? Jom cuba.