Bila sebut ayam, saya memang suka makan ayam. Boleh di katakan apa sahaja menu masakan yang berasaskan ayam saya suka. Tetapi antara masakkan yang berasaskan ayam yang paling saya suka adalah ayam masak kicap, ayam masak kari, ayam masak kurma, ayam masak ungkep dan ayam masak rendang. Dan antara masakan yang saya paling suka yang saya sebutkan tadi, sudah tentu hidangan rendang ayam kampung yang paling saya suka. Masakan rendang bukan ada selalu. Hanya sekali sekali sahaja. Dan paling banyak dibuat ketika raya. Sebab itu saya sukakan ayam masak rendang.
Sebenarnya sehingga ke hari ini saya masih tidak tahu tentang perbezaan antara ayam kampung dan ayam bandar. Yang saya tahu ayam kampung lebih sihat untuk dimakan berbanding ayam bandar. Itu sahaja. Dari segi rasa saya masih tidak dapat mengecam dengan baik perbezaan tersebut. Dan pada kali ini saya telah menerima resepi rendang ayam kampung sedap hasil perkongsian seseorang untuk saya publishkan di blog ini buat pecinta masakan berasaskan ayam.
Hidangan Masakan Rendang Ayam Kampung
Kebiasaannya rendang ayam kampung memang sedap dimakan dengan nasi yang masih panas. Tetapi terlebih sedap kalau dapat makan dengan ketupat palas dan juga pulut kuning. Memang sedap. Kalau hari raya, memang inilah yang saya cari. Tetapi jangan makan banyak banyak. Kalori masakan rendang juga tinggi. Sederhana lebih baik. Kepada anda yang mahu belajar masak rendang, boleh ikuti resepi ini di bawah.
Bahan Bahan
- Seekor ayam kampung dibersihkan
- 1 cawan santan
- 4 sudu kerisik
- Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
- Daun kunyit dicincang halus
- Daun limau purut di ramas ramas
Bahan Bahan Untuk Dikisar
- 10 tangkai cili kering
- 5 tangkai cili merah
- 3 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 2 inci lengkuas
- 2 batang serai
- 1 sudu besar jintan manis
- 1 sudu besar jintan putih
- 1 sudu besar biji ketumbar
Cara Cara Memasak
- Tumiskan bahan bahan yang telah dikisar hingga pecah minyak.
- Masukkan ayam dan gaul rata. Biar hingga ayam separuh masak dan masukkan santan dan kerisik.
- Perasakan dengan garam dan gula. Kacau rata dan biar hingga ayam masak.
- Masukkan daun kunyit dan daun limau purut dan matikan api.
Resepi rendang ayam kampung ini bagi saya salah satu resepi yang memerlukan banyak kerja cara penyediaannya. Tetapi jika pandai dan berjaya masak rendang ayam ini, saya pasti ianya sangat sedap. Anda lihat sahaja gambar yang saya kongsikan di atas ini. Pasti menarik rasa lidah anda bukan? Saya harap anda dapat mengikuti resepi ini dengan baik. Selamat mencuba.