Salam kepada pembaca. Anda suka makan sotong? Menu masakan sotong yang bagaimanakah yang anda suka? Jangan kata sotong goreng tepung pula. Maksud saya masakan sotong yang di makan di rumah anda ketika menikmati hidangan dimakan dengan nasi. Hari ini saya menerima resepi sotong iaitu resepi sotong masak hitam. Dan seingat saya, saya sendiri tidak pernah merasai menu masakan sotong masak hitam ini. Rasanya seperti memang betul saya tidak pernah makan sotong yang dimasak dengan kicap.
Apabila mendapat resepi sotong masak hitam ini. Saya terus melihat resepinya apakah maksud “hitam” tersebut. Dari resepinya itu fahamlah saya yang hitam itu datangnya dari dakwat hitam sotong itu sendiri termasuk kicap. Saya tidak pasti samada dakwat hitam sotong boleh digunakan, dimakan dan dimasak. Kepada anda yang membaca artikel ini sila kongsikan pendapat anda. Saya bukan pakar memasak jadi saya tidak pasti berkenaan hal dakwat hitam sotong dalam masakan.

Memasak sotong masak hitam dengan kicap
Menu Masakan Sotong Masak Hitam Kicap
Sebagai peminat makanan sotong dan juga kicap, saya dapat menggambarkan masakan ini sedap. Makan nasi putih yang masih panas dengan lauk serta kicap pun sudah memadai bagi saya. Dan dari resepi sotong masak hitam yang diberikan ini memang nampak akan bahan bahan penyediaan masakan adalah ringkas. Saya pasti ianya tidak mengeluarkan kos yang tinggi dan sukar di masak. Anda boleh siapkan masakan sotong kicap ini dengan mudah sekali. Cubalah. Lihat gambar di atas ini. Nampak sedap bukan?
Bahan Bahan
- Sotong segar dibersihkan namun jangan dibuang dakwat hitam
- Bawang putih seulas
- Bawang merah sebiji
- Halia seinci
- Cili padi 5 tangkai
- Kicap manis 1 sudu besar
- Minyak untuk menumis
Cara Cara Memasak
- Tumiskan kesemua bahan kecuali sotong dan kicap. Kacau hingga naik bau
- Masukkan sotong dan kacau rata
- Masukkan kicap dan perasa
- Gaul rata hingga sotong masak
- *** Jangan masak sotong terlalu lama kerana sotong akan jadi liat.
Saya sudah kongsikan resepi sotong masak hitam ini dengan anda dan juga gambarnya sekali. Jika anda meminati masakan sotong dan tidak mempunyai idea mahu masak apa, anda bolehlah mencuba resepi mudah ini. Dan kepada anda yang mahu menyumbang resepi original anda sendiri, bolehlah berbuat demikian dan saya akan menyiarkan di dalam blog ini untuk tatapan pembaca. Selamat memasak.
Leave a Reply