Bila lihat balik artikel lama, nampaknya saya sudah pernah berkongsikan beberapa resepi berasaskan udang seperti resepi Udang Masak Singgang, Udang Masak Merah dan Udang Goreng Tempura. Dan pada kali ini pula saya menerima resepi udang masak kari. Sejujurnya boleh dikatakan saya hampir tidak ingat bilakah masa terakhir yang pernah saya makan udang yang di masak kari. Macam tidak pernah pun ada. Sebab itu ketika menerima resepi ini, saya berasakan sedikit pelik.
Saya memang sukakan udang. Keluarga saya memang tidak pernah saya lihat emak masak udang masak kari. Kalau sebut kari, yang biasa dimasak adalah ayam, ikan, telur dan juga daging. Udang masak kari rasanya macam tidak pernah. Dan rasanya di kedai makan pun sangat jarang atau tidak pernah saya lihat ada menjualnya. Mungkin ada. Tetapi saya tidak pernah menemuinya setakat ini. Mungkin kedai mamak ada menjual menu sebegini.
Sebenarnya saya berasa teringin untuk makan udang masak kari ini. Bukan kerana apa. Tetapi kerana hendak tahu bagaimanakah rasanya udang dimasak kari ini samada ianya kena dengan selera saya ataupun tidak. Tetapi saya pasti ada keluarga diluar sana yang suka masak udang dengan kari bukan? Bagaimana rasanya? Kongsikan dengan saya. Kepada yang teringin makan udang masak kari ini, anda boleh ikuti resepi ini di bawah.
Bahan Bahan
- Udang segar di bersihkan
- 1 cawan santan
- Beberapa batang kacang bendi
- 2 biji buah tomato
- Sepeket kecil serbuk kari ikan
Bahan Bahan Untuk Di Tumis
- Bawang besar 5biji
- Bawang putih 3ulas
- Halia seinci
- Kayu manis
- Bunga cengkih
- Bunga lawang
- Buah pelaga
Cara Cara Memasak
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan bahan tumisan. Biar hingga garing dan naik bau.
- Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air.
- Masak hingga pecah minyak dan masukkan kacang bendi. Gaul rata dan masukkan santan.
- Biar hingga mendidih dan masukkan udang dan tomato.
- Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
- Kacau hingga udang masak. Matikan api. Siap
Kalau anda pandai masak kari, rasanya tiada masalah untuk anda mengikuti resepi udang masak kari. Dari gambar yang dikongsikan menunjukkan hidangan ini sangat sedap dan menyelerakan. Kalau dapat makan dengan nasi panas panas memang sedap. Lagi lagi kalau dapat udang segar yang bersaiz besar memang berpuas hati. Bagaimana dengan anda? Mahu mencuba hidangan udang masak kari. Marilah memasak di dapur anda sekarang juga. Bye