Pengarah muda di bawah Skop Production iaitu Syafiq Yusof telah melancarkan filem terbaru beliau iaitu KL Special Force pada 8 March 2018. Sebagai salah seorang penyokong dan sukakan filem filem keluaran syarikat ini, saya sendiri secara peribadi memang tidak sabar untuk menonton filem ini. Lagi lagi genre aksi memang salah satu genre yang saya minati. Dalam filem ini, ada beberapa watak yang dimainkan. Cumanya ada 3 watak utama menurut pandangan saya iaitu Syamsul Yusof, Rosyam Nor dan Fattah Amin. Lain lain watak lebih kepada pelengkap jalan cerita supaya ianya lebih menarik dan difahami. Saya terus mulakan review saya ok.
Syamsul Yusof adalah penjahat dalam cerita ini. Beliau adalah perompak bank. Akan tetapi hanya satu bank sahaja yang beliau rompak iaitu Bank Damofa iaitu pemilik kepada Dato Mior. Dan Rosyam Nor pula adalah seorang anggota polis berpangkat unit tindakkan khas (UTK) yang memang ditugaskan untuk menangkap Syamsul Yusof. Konflik mula timbul apabila anggota polis baru yang masih muda iaitu Fattah Amin ditugaskan untuk membantu Rosyam Nor mula bergaduh sesama sendiri. Konflik antara anggota polis iaitu Rosyam Nor dan juga Fattah Amin timbul kerana perasaan curiga antara mereka.

Filem KL Special Force 2018
Pengalaman Tonton Filem KL Special Force
Ada beberapa kejadian yang berlaku dalam scene Rosyam Nor dan juga Fattah Amin yang menyebabkan mereka curiga antara satu sama lain. Kecurigaan mereka berdua menyebabkan mereka salah sangka antara satu sama lain kerana Syamsul Yusof sentiasa terlepas dari sekatan anggota polis. Konflik berterusan sehingga hampir ke akhir perfileman. Akan ada babak babak yang anda kurang faham dan menjadi tanda tanya seperti kenapa Syamsul Yusof hanya merompak bank Damofa dan kenapa Syamsul Yusof boleh menelefon Rosyam Nor dan sebagainya.
Dua babak utama persoalan inilah nanti yang akan dileraikan di akhir filem ini nanti. Anda akan faham kenapa Syamsul Yusof mahu merompak bank Damofa, kenapa bunuh ramai polis, kenapa beliau berdendam dengan Rosyam Nor dan apa kaitannya dengan Fattah Amin. Konflik dan persoalan akan terjawab pada akhir filem ini nanti. Ada 2 babak suspen akan saya dedahkan di sini. Anak Rosyam Nor ditembak pada kaki kiri oleh Syamsul Yusof dan menjadi cacat. Teman wanita Fattah Amin iaitu anak kenapa pemilik Bank Damofa dibunuh oleh Syamsul Yusof dan Fattah Amin mengalami tekanan jiwa.
Saya hanya dedahkan 2 spoiler sahaja. Untuk faham lebih lanjut, anda sendiri kenalah pergi tonton sendiri filem ini dipawagam. Untuk aksi, saya bagi markah 8/10. Untuk skrip jalan cerita saya berikan 7/10. Untuk babak grafik, saya berikan 6.5/10. Untuk penghayatan watak oleh 3 pelakon utama saya berikan 9/10 kepada Syamsul Yusof dan Rosyam Nor. Fattah Amin pula saya berikan markah 7/10 terhadap penghayatan watak. Untuk keseluruhan filem KL Special Force ini, saya berikan markah sebanyak 7.5/10. Berbaloi untuk ditonton. Dapatkan dan beli tiket wayang sekarang juga. Bye
Huh bila la nak keluar kat Astro cerita KL Special Force ni :p