Rumah Atau Kereta? Ini adalah persoalan bagi seseorang atau individu yang baru mula bekerja. Jika anda bertanya kepada saya akan soalan “Rumah Atau Kereta” kepada diri anda, saya mengucapkan tahniah buat anda kerana berjaya “sedar” akan kepentingan anda menilai sesuatu dahulu sebelum anda membuat keputusan samada ingin membeli kereta ataupun rumah. Perkara ini adalah subjektif. Ianya sangat bergantung kepada keadaan semasa anda dan keperluannya buat anda ketika itu dan juga faktor jangka panjang. Rasanya saya ingin berkongsikan dengan anda pengalaman saya dan juga rakan saya setelah bekerja ini.
Buat pengetahuan anda, saya telahpun berpengalaman bekerja hampir 7 tahun. Semasa 7 tahun dahulu iaitu diawal awal tahun pertama, saya seperti anda ghairah untuk dapat duit yang banyak. Tetapi ketika itu hala tuju untuk simpan duit sangat rendah atau tiada. Terus terang saya beritahu anda ketika itu saya bergaji RM4K sebulan tetapi sampai hujung bulan duit entah kemana. Kehidupan ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kerana apa? Kerana gaji sebulan saya habiskan didalam sebulan. Langsung tiada simpanan dan hala tuju.
Beli Rumah Atau Kereta Dahulu?
Seperti biasa, masa berlalu dan kita akan belajar sesuatu dari masa masa kehidupan kita yang berlalu. Kita mungkin akan belajar sesuatu yang positif ataupun negatif mengikut corak kehidupan dan keadaan sekeliling kita. Alhamdulillah saya menerima sesuatu yang positif. Tatkala saya masih tidak mempunyai apa apa, saya melihat rakan mampu untuk membeli motor baru, ada yang memakai motor yang mahal. Ada pula yang sudah membeli kereta dan sebagainya. Ini membuat saya terfikir ketika itu. Cuba membuat perbandingan diri dengan rakan seusia. Apa yang saya ada? Dan apa yang saya buat selama ini? Saya masih tiada apa apa. Hanya bekerja dan menghabiskan waktu seperti berlalunya bulan demi bulan tanpa merasa apa apa.
Kita sudah bekerja. Kita akan menuju ke alam perkahwinan (hala tuju). Kita akan menuju ke dunia yang memaksa kita untuk menyara diri sendiri. Dengan kata lain kita perlu buat sesuatu untuk diri sendiri mulai dari sekarang. Kita bukan lagi ditanggug oleh ibu bapa. Kita berpijak diatas kaki sendiri dan menentukan hala tuju hidup yang akan datang.
Perkara yang memberi impak buat saya adalah semasa menyewa dan tinggal sementara dirumah rakan lama. Setelah bersembang, saya dapati beliau telahpun mempunyai sebuah motor Yamaha 135LC habis bayar dan ketika itu beliau sudahpun memiliki 2 biji rumah (berhutang dan rumah dibuat sewa), dan ketika itu beliau juga sedang meninjau untuk mendapatkan rumah yang ke-3. Perkara itu buat saya tersedar akan ditahap mana saya ketika itu. Selepas setahun saya dapati rakan saya sudahpun membeli kereta terpakai untuk diri beliau. Jadi boleh saya simpulkan yang beliau sudahpun mempunyai 1 motor, 3 biji rumah dan 1 biji kereta.
Tetapi bukan harta atau aset yang banyak yang ingin saya sampaikan. Akan tetapi moral dari cerita ini adalah bagaimana anda dan saya perlu membuat keputusan bijak dari awal samada anda perlu mendapatkan Rumah Atau Kereta mengikut situasi semasa anda. Sebarang keputusan yang baik bakal membantu memudahkan anda untuk melayari masa masa depan anda nanti. Adakah anda ingin menjadi orang yang rugi atau yang berjaya dengan tindakkannya menentukan hala tuju masa depan.
Alhamdulillah, hasil dari pengalaman bersama rakan rakan, saya juga telah bertindak cepat untuk tidak terus ketinggalan merangka apa yang baik buat diri sendiri. Aset seperti Rumah Atau Kereta memang diperlukan kini. Ianya bukan lagi untuk menunjuk kemewahan tetapi KEPERLUAN yang memang diperlukan.
Persoalannya kini adalah, yang manakah dulu yang perlu anda dapatkan? Jika anda bertanya kepada saya, jika dipaksa membuat pilihan antara Rumah Atau Kereta, saya secara peribadi mencadangkan kepada anda untuk membeli rumah dahulu kemudian barulah kenderaan kereta. Walaupun begitu ianya tetap bergantung kepada kekuatan kewangan anda dan perkara mendesak yang anda perlukan ketika itu. Rancang kewangan anda dengan baik supaya anda tidak terbeban dimasa depan.
Tips dari saya, antara Rumah Atau Kereta, saya suka memikirkan untuk membeli rumah dahulu. Rumah lebih mahal dari bayaran kereta. Kepada yang mempunyai gaji yang tidak begitu tinggi, jika anda mendapatkan rumah dahulu, kemungkinan anda mudah membeli kereta selepas itu masih lagi baik. Tetapi jika anda mendapatkan kereta dahulu, dan selepas itu baru hendak mendapatkan rumah, kebanyakkan situasi yang berlaku adalah loan pinjaman rumah sukar diluluskan kerana polisi yang ketat dan keadaan kewangan anda yang dilihat mempunyai komitment tinggi. Ini pandangan saya sahaja. Pilihan memilih Rumah Atau Kereta tetap ditangan anda. Selamat membuat keputusan yang bijak. Bye
12 Comments
Aku pilih kereta. Untuk bergerak. Takde kenderaan utk jalan jauh..merupakan bala besar bagi aku.lwbih2 lagi waktu emergency. Rumah jadi nombor dua.
maksud aku didalam artikel kalau memilih rumah dahulu, kita boleh pakai motor. Rumah pertama dan kemudian baru beli kereta. Bukan x beli kereta. Cumanya untuk proses loan dengan bank nmpk macam beli rumah dahulu better
Apa pendapat peribadi En Wan mengenai pembelian apartment/condo di kawasan Bukit Antarabangsa/UK Perdana………
tengok keadaan, adakah kawasan sudah selamat? nak beli nak duduk atau nak buat aset untuk dapat duit?
Yeah aku juga pilih kereta , pasal realitinya kalau takde kereta tak boleh nak kesana – kemari, tapi jika diberi pilihan lain aku akan pilih kedai pejabat daripada rumah
wow, lagi terbaik tuh, dua dalam satu terus
nila punca perang semalam.. hehe..
bro sokong mana, rumah atau kereta
glad to tumble into this topic..sy juga mcm dlm dilema..kereta atau rumah? sy kerja belum kahwin, duduk rumah sewa..pergi keje tumpang dengan kwn.lama2 rasa membuak2 nak beli kereta tapi timbul isu rumah, hati berat nak beli rumah utk mak.. hakikatnya dua2 ni sy akui tidak boleh dapat dua2, sbb kemampuan tu tiada.. dua2 sy terdesak.. huhu masih berfikir ni.
bro berikan saya info berapa gaji bro sebulan, kerja apa sekarang dan ada bayar hutang apa skrg, maybe saya boleh beri cadangan.. 🙂
sy pun dlam situasi sama bro. cuma sy plan nak buat rumah.. xtau nak pilih mana dulu.
Aku ni dh bkerja… Tp gaji xde la meletop sgt… Azam tahun baru 2016 ni, last year utk status bujang… Aku cuma ada moto je… Mmg rmai yg suggest utk beli umah… Kalo xde umah n ddk kat umah mak, smpai bila kn? Tp tulah, kete pn penting jga… Mne tau emergency ke… Hmmm… Tlg bg suggest… Pening kepala aku…