Semalam saya pergi ke pejabat pos untuk mengambil barang. Dan ketika menunggu giliran tiba, tiba tiba ada seorang cina berlari keluar. Ketika itu ada jugalah orang lain yang berlari keluar juga. Saya memang tidak tahu apa sebabnya. Selepas ambil barang di kaunter pos laju dan keluar, barulah saya tahu yang sudah ada beberapa kereta sudah dikenakan saman parking kereta oleh penguatkuasa majlis perbandaran perda. Tersenyum saya dibuatnya. Rupa rupanya salah satu kereta yang kena saman parking adalah kereta saya sendiri.
Sebenarnya saya sudah beberapa kali dikenakan tiket kompaun atas kesalahan parking kereta ini. Ini kerana saya sejujurnya kurang faham dan tidak pasti akan tempat tempat yang perlu dipaparkan dengan yang tidak perlu dipaparkan kupon parking ini. Dari fikiran saya, saya hanyalah mahu parking kereta di petak parking sementara sahaja. Saya mahu singgah pejabat pos, ambil barang dan balik. Dan sudah tentulah saya perlu parking kereta sekejap. Itupun di petak parking yang betul. Tidak sampai 15 minit pun sudah kena saman parking kereta.

Cara Bayar Bayar Saman Parking Kereta Majlis Perbandaran
Namun kita sebagai orang awam tidak boleh menyalahkan pihak majlis. Penguatkuasa hanya menjalankan tugas. Dan kita sebagai orang awamlah yang patut alert dan ambil tahu tentang perkara seperti ini. Dan ya, saya menyalahkan diri sendiri atas kelalaian sendiri. Atas sebab ini, saya telah membuat carian maklumat berkenaan isu ini. Saya dapati bayaran saman parking kereta perlu dibayar kepada pihak majlis perbandaran iaitu yang berdekatan tempat tinggal kita. Nasib baik kos bayaran kompaun letak parking kereta oleh pihak majlis perbandaran tidak begitu tinggi seperti surat saman kereta dari polis.
Macam saya, saya tinggal di Bandar Perda Pulau Pinang. Dan majlis perbandarannya adalah Majlis Perbandangan Seberang Perai dan saya perlu pergi ke sini untuk membayar saman parking kereta. Saya pun singgah ke sana, pergi ke kaunter untuk bayaran, ambil nombor giliran, tunggu no giliran dipanggil dan berikan resit kompaun saman parking dan berikan wang duit. Selesai. Itu sahaja.

Tahukah anda, dalam dunia online internet ini, anda sebenarnya boleh membuat bayaran saman parking kereta majlis perbandaran ini secara online melalui website majlis perbandaran sendiri. Anda boleh membuat bayaran menggunakan akaun online banking atau debit kad atau menggunakan kad kredit. Untuk pengguna yang berdekatan dengan seberang perai, buat masa ini website majlis perbandaran seberang perai hanya menerima kaedah pembayaran secara kad kredit sahaja jika anda mahu membayar saman kompaun parking kereta anda secara online.
Panduan Bayar Kompaun Letak Kereta Secara Online
- MPSP – sila klik link ini untuk membuka website Majlis Perbandaran Seberang Perai
- Pergi kepada Perkhidmatan Dalam Talian dan klik Kompaun Letak Kereta dan klik Menyemak/Membayar Kompaun Letak Kereta
- Masukan No Pendaftaran Kereta dan klik Cari
- Website akan memaparkan maklumat kereta, nombor kompaun, tarikh, masa, lokasi dan juga amaun yang perlu anda bayar
- Boleh klik Bayar untuk membuat bayaran kompaun saman parking kereta secara online
Di atas ini adalah panduan cara menyemak kompaun letak kereta yang anda kena dan anda boleh buat bayaran secara online. Buat masa ini majlis perbandaran seberang perai hanya menerima kaedah bayaran online dengan kad kredit sahaja. Saya pasti majlis perbandaran atau majlis bandaraya lain ada juga menerima kaedah bayaran melalui online banking. Itu anda kena semak dan check sendiri di website mereka masing masing. Apa pun sebagai peringatan bersama, silalah beli kupon letak kereta dan elakkan kereta anda dari dikenakan saman parking kereta oleh penguatkuasa majlis ok. Bye.