Saya memang sukakan sambal. Masih sukakan sambal yang pedas tetapi bukan yang terlalu pedas. Dan kalau anda pecinta “sambal”, anda pasti perasan yang sambal yang dikatakan sedap itu memiliki rasa yang berbeza. Lain orang masak, lain rasa namun tetap sedap kalau kena dengan resepi dan cara memasaknya. Sebab itulah tidak hairan kalau YouTuber terkenal seperti Khairul Aming berjaya menjual produk sambal nyet beliau di Shopee lebih dari 300K botol. Saya sendiri pun terkejut yang beliau boleh menjual sambal secara online sebanyak itu.
Kalau bercakap pasal sambal, saya ada sedikit kenangan ketika zaman sekolah rendah dahulu. Sampai sekarang saya ingat tentang sambal tersebut. Ceritanya di sekolah rendah kami bersebelahan dengan sebuah rumah. Rumah ini dengan sekolah hanya terhalang dengan pagar sahaja. Dan makcik rumah ini ada menjual nasi lemak . Yang peliknya, setiap kali kami membeli nasi lemak, jarang kami meminta nasi lebih. Kebanyakkkan budak budak masa zaman kami hanya meminta sambal lebih. Entah kenapa, sambal nasi lemak tersebut ada rasa pedas tetapi sedap.
Review Sambal Nyet Berapi
Setuju tidak kalau saya katakan setiap hidangan makanan boleh menjadi sedap mungkin kerana nasi, lauk dan juga sambal. Dalam hal ini, sambal menjadi faktor kenapa orang hendak membeli makanan tersebut berulang kali. Bak kata orang, sambal yang sedap boleh menambahkan seleralah. Oleh kerana telah menjadi viral sambal nyet dari Khairul Aming, jadi terasa hendak jugalah beli sambal ini. Owh sebelum saya terlupa, nama sambal dari Khairul Amin ini adalah Sambal Nyet Berapi ya. Anda boleh beli dan dapatkan di Shopee kalau mahu. Ianya adalah kedai online dari Khairul sendiri. Bukan tiruan.
Anda mungkin salah seorang yang kalau makan suka tambah sambal. Tambah selera katanya. Kalau tidak pedas, kurang sedap katanya. Bila makan nasi, hendak ada sambal. Bila makan makanan bersup, kena ada sambal. Bila hendak cicah makanan bergoreng seperti cucur pun kena ada sambal. Kalau kena sambal yang sedap menurut lidah dan tekak anda memang boleh makan bertambah dan berulang kali. Adakah itu anda? Jika ya, anda patut cuba sambal nyet dari Khairul Amin ini.
Saya sendiri telah berjaya membeli sambal nyet berapi ini. Memang susah hendak beli lagi lagi kalau time promosi memang selalu habis stok. Untuk maklumat anda, sambal nyet berapi ini berjaya terjual sebanyak 10,000 botol dalam masa 3 minit sahaja ketika kempen bertarikh 10.10 baru baru ini. Memang hebat bukan? Sebab itulah tidak hairan kalau jualan keseluruhan sambal Khairul Aming berjaya dijual lebih dari 300K botol. Harga sebotol dalam RM16. Anda kiralah sendiri berapa keuntungan yang beliau dapat. Jual sambal sahaja tau.
Beli Sambal Nyet Khairul Aming Online
- Shopee – Kedai online official dari KhairulAming
- KhairulAmingInsta – Instagram KhairulAming
- Lazada – website online shopping paling popular di Malaysia
Saya kongsikan beberapa gambar dari botol dan juga sambal ini. Dari luar ianya adalah sambal yang hampir sama sahaja dengan sambal sambal lain di kedai yang biasa kita makan. Cumanya yang boleh kita nilaikan adalah dari segi rasa. Saya telah mencuba rasa dan ianya kena dengan tekak dan lidah saya. Rasa pedas saya berikan skor 8.5/10. Agak pedas juga menurut lidah saya. Mungkin itulah sebabnya kenapa sambal ini nama “berapi”. Dan rasa kesedapan sambal nyet berapi ini adalah 8/10. Overall saya berpuas hati dan recommend kepada yang ingin mencuba beli dan merasainya sendiri.
Di atas ini saya kongsikan video overview botol bekas dari sambal nyet berapi ini. Saya tunjukkan sekali isi sambal tersebut. Hanya ini yang boleh saya tunjukkan kepada anda. Cuma berkenaan rasa saya hanya boleh katakan menurut lidah dan tekak saya sendiri. Jadi review komen samada pedas sangat atau tidak, sedap atau tidak adalah subjektif ya. Anda kena beli sendiri dan cuba rasa. Tetapi saya masih tidak dapat melupakan rasa sedap sambal nasi lemak ketika zaman sekolah rendah dahulu. Rasa terliur lah pula. Kenangan….