Sebelum ini kami telah melakukan scan baby jenis 2D. Biasalah anak pertama ini rasa teruja untuk melihat perkembangan janin dan tumbesaran bayi di dalam perut isteri. Beberapa hari lepas isteri ada mengajak untuk ke klinik ultrasound untuk membuat scan baby. Pada kali ini kami ingin buat scan 5D baby. Bila buat bacaan di internet tentang scan 2D, 3D, 4D, 5D dan juga detail scan, maka kami berpendapat yang kami juga perlu lakukan scan ini untuk mengetahui status terkini bayi dalam kandungan samada sihat, ada kecacatan dan lain lain.
Kami ke Klinik Putra di Butterworth Pulau Pinang. Bila buat carian di internet, rupa rupanya cawangan klinik Putra ini ada sangat banyak. Sesampai sahaja di depan klinik tersebut, terus ternampak banner besar berkenaan servis scan untrasound 3D, 4D, 5D. Itu bermakna, saya memang sampai ke klinik yang betul untuk buat ujian scan ultrasound bayi ini. Mesin untuk buat scan pada perut ibu mengandung untuk check keadaan janin dalam kandungan namanya adalah mesin “untrasound” ya. Harap jangan keliru.
Pengalaman Buat Scan 5D + Detailed Scan Ultrasound
Baiklah, saya kongsikan cerita pengalaman saya pernah menemani isteri buat scan 2D dan juga 5D ini. Jadi apa bezanya. Ini adalah berdasarkan pengalaman tau. Kalau salah maafkan saya. Untuk lebih tepat sila rujuk doktor ya. Ujian scan ultrasound ini 2D ini dipaparkan dalam bentuk warna hitam putih sahaja. Ianya macam paparan xray namun dalam bentuk live visual. Doktor biasanya menggunaakan kaedah scan 2D untuk buat pengukuran saiz janin. Jadi dapat tahulah berapa saiz bayi dan berapa usia kandungan.
Cumanya orang zaman sekarang dan yang mempunyai bajet biasanya akan buat scan 3D, 4D dan juga 5D. Bila tanya doktor, scan 3D dan juga 4D lebih kurang sama sahaja. Untuk lebih jelas ambil 5D. Atas sebab itulah kami pilih 5D dan juga mahu buat detailed scan. Detailed scan bermaksud ujian yang lebih detail akan dilakukan. Ianya akan check saiz kepala, perut, tulang kaki, air ketuban, kadar denyutan jantung dan banyak lagi. Semua maklumat ini akan menentukan janin atau bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat, stress, normal atau ada kecacatan. Semua ini boleh check melalui detail scan ini.
Ketika kami memilih mahu buat scan 5D dan juga detailed scan. 5D akan memaparkan bentuk imej bayi dalam kandungan dalam bentuk lebih realistik. Seronok jugalah melihat bayi kami berdua sudah membesar dengan baik di dalam kandungan perut isteri. Sebenarnya scan 3D, 4D, 5D atau 6D rupanya lebih kepada hendak memberikan kepuasan kepada para ibu bapa untuk melihat bayi yang sedang dalam kandungan itu bagaimana rupa bentuknya. Itu sahaja. Yang penting sekali adalah “detailed scan”. Ini lebih penting. Sebab apa?
Anda mahu lihat anak anda semata mata atau anda mahu ketahui status kesihatan anak anda? Ketika saya milih scan 5D dan juga detail scan, saya tanyakan kepada doktor kenapa beliau juga gunakan banyak paparan 2D hitam putih. Rupa rupanya scan 2D inilah digunakan untuk buat detail scan. Jadi kepada pasangan yang hanya buat scan 2D pun janganlah kecewa. Jangan cakap dekat doktor mahu buat scan 2D, tetapi mahu buat detail scan. Ini lebih penting. Tetapi kalau ada bajet mahu buat scan 5D pun dipersilakan cuma campurkan sekali dengan detailed scan ya.
Saya tidak dibenarkan merakam bagaimana doktor sedang gunakan alat dan scan pada perut isteri saya. Namun saya dibenarkan merakam skrin yang terpapar di dinding. Itulah dia proses scan 5D dan juga detail scan. Selepas habis scan, doktor akan bercerita sedikit apa yang ok dan apa yang tidak ok. Jadi dari situlah kita akan buat apa yang sepatutnya untuk memberikan tumbesaran janin bayi agar lebih sihat. Usia kandungan 18-24 minggu digalakkan untuk buat scan ultrasound ini ya. Kos saya buat scan 2D sebelum ini berharga RM30 dan kos untuk buat scan 5D termasuk detailed scan adalah RM150. Kadar harga mungkin berbeza dari klinik ke klinik yang lain. Call dahulu lebih mudah. Bye.