Ketika saya menyertai program emas Quantum Metal, selalu sangat dengar tagline JOM BUAT GCA dan “selamatkan belanja hangus” setiap bulan. Sebenarnya apa maksud dari tagline ini? GCA adalah singkatan kepada Gold Convert Account Quantum Metal. Dan GCA ini adalah sebuah akuan yang menawarkan fasiliti untuk kita melakukan pajak emas secara online. Dan teknik kaedah ini membolehkan anda untuk menyelamatkan perbelanjaan bulanan anda yang hangus begitu sahaja setiap bulan. Jadi memang ada kaitan lah antara pajak emas dengan selamatkan wang gaji bulanan anda itu. Berminat untuk tahu? Teruskan membaca.
Begini ceritanya. Majoriti dari kita, setiap bulan selepas dapat gaji selalu bising wang habis sebab bayar itu dan ini. Anda biasa dengar cerita orang atau cerita sebenar dari diri anda sendiri. Baru ja tadi dapat gaji RM3000. Terus bayar hutang seperti rumah, kereta, bil telefon, bil api air, bagi mak ayah, bayar loan ptptpn dan banyak lagi. Baki gaji tinggal bawah RM1K ja. Itu belum kena bayar bil sekolah anak, bayar barang dapur dan lain lain. Inilah dia perbelanjaan hangus anda setiap bulan. Kalau saya ajak anda beli emas, anda mampu atau tidak? Jawapannya sudah tentu adalah tidak mampu!!!!. Ini adalah fakta.

Selamatkan Belanja Hangus Dengan Backup Emas
Jadi macam mana hendak selamatkan belanja hangus anda setiap bulan ini? Jawapannya adalah anda kena backup komitmen bulanan anda dengan emas. Ini adalah salah satu cara ya. Macam mana hendak backup dengan emas, kalau hendak beli emas pun tak ada duit extra. Ya, sebab itulah dalam Quantum Metal ada akaun yang dikhaskan untuk fasiliti pajak emas online iaitu akaun GCA ini. Dan macam mana pula pajak emas boleh selamatkan komitmen kita setiap bulan? Jom saya terangkan.
Saya buat contoh ringkas sahaja supaya anda mudah faham. Katakan anda beli kereta Proton S50 high spec dan kena bayar loan kereta RM1000 setiap bulan. Seperti biasa, selepas dapat gaji anda pasti akan bayar loan bulanan kereta anda. Cumanya kali ini berbeza sedikit. Selepas dapat gaji, anda beli emas di Quantum Metal dan kemudian pajak semula di Quantum Metal. Duit hasil selepas pajak, baru anda bayar loan installment kereta Proton S50 anda itu. Masih tidak faham? Jom saya ringkaskan lagi.
Beli Proton S50 Guna GCA Quantum Metal
- GCA dari Quantum Metal (fasiliti pajak online) menawarkan kadar pajak setinggi 91%
- Anda beli emas digital Quantum Metal dengan harga RM1200
- Anda pajak semula emas digital ini melalui akaun GCA dan dapat semula RM1000
- Setelah dapat wang pajak ini, barulah bayar bil komitmen bulanan anda contohnya kereta Proton S50 ini
Info. Katakan anda beli emas pada pukul 9 pagi. Anda boleh pajak semula on the spot pada pukul 9.10 pagi. Dan wang selepas pajak emas ini akan dapat dalam 1-3 hari bekerja sahaja. Jadi apa kaitan kena buat pajak dengan selamatkan selamatkan belanja hangus (komitmen bulanan).
Berbalik kepada pertanyaan saya di atas tadi, anda mampu untuk membeli dan buat simpanan emas setiap bulan? Majoriti dari kita sudah tentu tidak mampu. Cara mudah adalah dengan buat pajak GCA ini. Setidaknya anda berjaya beli emas setiap bulan dan boleh bayar bil komitmen bulanan tanpa gagal. Dengan cara ini, hutang bulanan komitmen anda tetap terbayar seperti biasa dan dalam masa yang sama telah berjaya beli emas.

Wang dapat selepas pajak mesti kena bayar dan pulang balik betul? Mesti ada tempoh untuk ambil balik emas kita betul? Jangan bimbang, dalam program pelaburan emas Quantum Metal tidak ada tarikh untuk tebus emas yang telah kita pajak. Anda boleh tebus bila bila masa secara sikit demi sedikit atau penuh. Cara saya, tidak perlu tebus pun. Hanya tunggu emas naik dan terus minta Quantum Metal jual. Duit itu nanti 100% tolak hutang pajak dan baki keuntungan kita dapat. Mudah dan senang. Tidak perlu pening pening kepala.
Buat duit dengan emas mudah sahaja. Beli sewaktu rendah, jual semula ketika harga tinggi. Hendak beli dan kumpul emas setiap bulan pakai duit sendiri memang payah. Cara mudah adalah dengan buat pajak guna akaun GCA ini lah. Beli emas, kemudian pajak semula. Emas dapat, bayaran komitmen bulana pun dapat. Sekali jalan.
Pembaca sekalian. Cuba tanya diri sendiri. Anda bayar loan kereta berapa lama? 9 tahun betul? Anda bayar loan rumah berapa lama? Berpuluh tahun betul? Bayar lain lain bertahun tahun. Apa yang anda dapat? Tiada. Wang habis bayar sara hidup setiap bulan bertahun tahun. Bayangkan kalau setiap bulan buat pajak emas, kalau bertahun? Tiba tiba hendak pakai duit, rupanya duit pajak emas sudah untung sebab harga semasa emas sudah melambung tinggi. Terus jual dan dapat untung. Mudah sebenarnya. Yang susah adalah cara kita fikir.
Register Quantum Metal
- [ QuantumMetal ] – sila klik link ini untuk mendaftar jika anda belum daftar jadi ahli QM.
- [ WhatsappQuantumMetal ] – jom masuk Whatsapp group kendalian kami di sini jika ada apa apa yang kurang faham berkenaan proses pendaftaran, cara tukar pindah link referral tajaan Quantum Metal dan apa apa tentang melabur emas dalam Quantum Metal ya.
Kesimpulan. Sebenarnya perbelanjaan bulanan anda boleh anda selamatkan dengan cara backup dengan pembelian emas. Untuk tidak terasa modal keluar beli emas, jadi anda buat sahaja pajak emas seperti ini. Paling tidak anda dapat selamatkan belanja hangus bulanan anda. Saya tidaklah boleh bercerita dari A-Z dalam artikel kecil ini. Saya minta anda register Quantum Metal melalui link pendaftaran di atas ini. Selepas itu masuk ke dalam group Whatsapp kendalian saya. Nanti saya terangkan kepada anda sampai anda faham. Berminat? Jom daftar sekarang.