Kedai yang menjual produk dan barangan peralatan elektrik rumah iaitu SEC telah memberikan mesej pesanan sms dengan menyatakan barang yang saya beli di website Ezbuy Malaysia telah sampai. Terkejut juga saya. 2 minggu sudah sampai. Selalunya 1 bulan paling lama baru sampai. Barang yang saya beli itu adalah seluar jeans murah untuk lelaki iaitu produk buatan luar negara dari China dan Korea. Dan kedai elektrik SEC di kawasan saya telah menjadi satu tempat persinggahan sementara barang yang dibeli dari website Ezbuy Malaysia.
Kenapa saya beli seluar jeans murah dari China secara online? Tidak lain tidak bukan adalah untuk dipakai pergi kerja sahaja. Kalau cantik dan lawa, saya pakai juga untuk jalan jalan. Oleh kerana tujuan utama hendak pakai untuk pergi kerja, jadi saya memerlukan seluar jeans yang berharga murah dan dalam masa yang sama kualitinya juga memuaskan. Saya beli terus 3 helai pasang jeans lelaki tersebut. Murah sangatkah? Tidaklah terlalu murah, tetapi bolehlah.
Pengalaman Beli Seluar Jeans Murah Untuk Lelaki Buatan China Secara Online
Mesti akan ada soalan yang bertanya begini iaitu kenapa tidak beli seluar jeans murah di Malaysia sahaja. Bukankah ada banyak jeans murah murah di pasaraya shopping complex. Ya, pertanyaan anda itu ada benarnya. Tetapi saya juga berpengalaman beli seluar jeans yang murah di pasaraya. Kebiasaanya kualiti agak rendah mutunya dan warna pula terlalu cepat pudar. Ada seluar jeans dari Thailand yang nampak cantik dan baru, tetapi warna cepat turun apabila dibasuh. Saya tidak suka jeans jenis macam ini.
Mesti ada yang tanya kenapa saya beli seluar jeans di website Ezbuy betul? Untuk pengetahuan anda, website Ezbuy Malaysia adalah sebuah website yang dibina untuk pembeli dari Malaysia. Produk barangan yang mereka jual adalah dari China. Dan harga yang dipaparkan pula adalah dalam ringgit Malaysia. Jadi kalau anda hendak beli barang murah dari China secara online melalui website, anda boleh memudahkan urusan pembelian online anda dengan membeli di website Ezbuy sahaja. Setuju? Faham?
Website Online Shopping Popular Malaysia
- Shopee – website online shopping popular di Malaysia
- Lazada – website online shopping paling popular di Malaysia
Semua seluar jeans murah dari China yang saya beli ini harganya di bawah RM100 sahaja. Gambar di atas ini adalah gambar sebenar. Alah, seluar jenis kain jeans yang saya beli ini hanya untuk dipakai ketika bekerja sahaja. Buat apa hendak pakai yang cantik cantik dan mahal harganya. Lagi pun hendak pakai hari hari. Namun saya tidak mahulah yang jenis terlalu “low quality”. Dari pengalaman saya, kita boleh dapatkan seluar jeans yang agak bagus kualitinya tetapi dengan harga lebih murah. Dan itu semua ada di China. Klik link di atas yang saya berikan untuk anda beli juga jeans murah ini secara online kalau anda berminat. Bye.