Ada banyak sebab kenapa rakyat Malaysia disekat iaitu disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia dari dibenarkan untuk ke luar negara. Dan salah satu sebabnya adalah masalah tidak membuat bayaran balik pinjaman PTPTN dengan betul. Dan ada banyak sebab juga kenapa rakyat Malaysia untuk ke luar negara. Boleh jadi atas alasan pekerjaan. Dan biasanya atas sebab ingin berjalan jalan ke luar negara. Atas alasan “mampu” untuk membiayai kos untuk ke luar negara, maka tidak hairanlah kalau anda perlu membuat semakan status perjalanan luar negara dengan pihak imigresen terlebih dahulu sebelum membuat perancangan ke luar negara. Jelas?
Seperti yang saya katakan tadi, alasan anda dikenakan sekatan perjalanan luar negara oleh Imigresen ada banyak sebab. Dan PTPTN adalah salah satu darinya. Anda mungkin mempunyai rekod kesalahan politik yang sedang dibicarakan di mahkamah Malaysia. Atau ada mempunyai kesalahan seperti jenayah, kes jalanraya seperti JPJ dan banyak lagi sebab. Mudah cerita, semua ini akan menyebabkan nama anda disenarai hitam oleh Imigresen iaitu kena blacklist.
Check Status Perjalanan Luar Negara (Senarai Hitam/Blacklist)
Kalau bercerita tentang perjalanan sempanan di Malaysia. Anda mungkin perlu melalui sempadan jalan darat. Contohnya sempadan antara Tambak Johor dengan Singapura, sempadan antara Padang Besar Perlis dengan Thailand dan lain lain. Kalau untuk pergi lebih jauh seperti ke Sabah, Sarawak, Indonesia, Japan, Korea, China, Arab Saudi, UK, US dan sebagainya perlu menggunakan perjalanan udara seperti kapal terbang. Macam mana cara anda untuk ke luar negara sekalipun, anda perlu melepasi pintu sempadan kawalan imigresen terlebih dahulu.
Mudah cerita, Jabatan Imigresen Malaysia akan terlebih dahulu membuat semakan tentang status perjalanan luar negara anda samada boleh atau tidak. Kalau tidak boleh dan nama anda termasuk di dalam senarai hitam (blacklist), anda akan terus disekat dari dibenarkan melintasi sempadan tersebut. Kalau anda lalu jalan darat seperti mahu ke Singapura, maka anda akan disuruh untuk berpatah balik. Kalau mahu ke Thailand dari Padang Besar, anda akan disuruh berpatah balik.
Kalau anda sudah mempunyai boarding pass tiket kapal terbang, mempunyai passport. Tetapi sistem imigresen menunjukkan nama anda di blacklist, maka anda tidak boleh naik flight anda ketika itu. Anda perlu balik dan selesaikan “kes” anda terlebih dahulu seperti bersihkan nama anda dari disenarai hitamkan oleh Jabatan Imigresen.
Cara Cara Semak Senarai Hitam (Blacklist) Imigresen
- Imigresen Malaysia – ini adalah website portal rasmi imigresen Malaysia
- Sila lihat pada menu “Semakan Dalam Talian”
- Sila klik pada “Semakan Status Kawalan Imigresen”
- Pada laman ini, sila masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik “Semak”
- Jika ditulis “Tiada Halangan”, itu bermakna nama anda tidak disekat untuk pergi ke luar negara dari Malaysia.
Contohnya di dalam kes ptptn misalnya, maka anda kena perlu membuat bayaran balik pinjaman ptptn sebanyak yang tertunggak minima, barulah nama anda dibersihkan dari blacklist ptptn dan status perjalanan luar negara menunjukkan “Tiada Halangan” dan boleh untuk ke luar negara.
Tetapi rasanya kes ptptn kena blacklist sudah ditarik balik akan arahan tersebut oleh kerajaan baharu. Jadi kes kes sekatan perjalanan ke luar negara oleh imigresen melibatkan isu isu selain dari ptptn rasanya. Kalau hendak tahu status perjalanan luar negara semasa anda, lawat sahaja mana mana jabatan imigresen dan buat semakan di sana. Kalau hendak mudah, anda boleh check status perjalanan luar negara anda secara online melalui website imigresen sendiri di internet. Di atas ini saya tunjukkan caranya. Selamat mencuba ya.