Pertama kali saya dengar dan kenal dengan semut cali ini adalah ketika saya belajar di sebuah universiti di Pulau Pinang. Ramai lah kawan kawan yang kena dan menerima kesan dari serangga kecil ini. Nama panggilan “CALI” adalah satu panggilan yang biasa dan menakutkan bagi kebanyakkan mahasiswa ketika itu. Bila ada cali di tilam, dinding, meja study atau dipakaian sahaja terus dikibas kibas dan dibuang dengan segera. Boleh dikatakan setiap bilik dorm mahasiswa pasti akan ada penyembur racun serangga seperti ridset.
Cali sangat sangat tertarik dengan cahaya lampu. Jadi untuk mengurangkan semut cali masuk ke rumah anda, memang kena kurangkan cahaya lampu dalam rumah ketika waktu malam. Bukanlah tidak boleh buka lampu langsung. Cumanya anda kena pastikan cahaya lampu yang anda buka itu tidak keluar dari rumah yang boleh menarik perhatian cali. Contohnya kalau anda buka lampu di dalam bilik rumah anda, sila pastikan tingkap tersebut ditutup kain langsir yang agak tebal.

Apa Itu Semut Cali
Sebenarnya cali tidaklah menggigit. Ianya hanya akan lalu pada tubuh anda dan bila rasa terancam akan mengeluarkan sejenis cecair yang akan membuatkan kulit kita terasa seperti kesan melecur selepas beberapa jam. Biasanya selepas kena cecair toksik dari serangga bernama cali ini, dalam 24 jam anda sudah boleh rasa kesan seperti sakit pedih, melecur dan tanda bernanah pada permukaan yang kena cali tadi. Nasihat saya, kalau anda ternampak cali pada mana mana bahagian kulit di tubuh badan anda, sila cepat cepat basuh dan bilas dengan air ya.

Apa hendak buat kalau nampak cali pada kulit contohnya pada tangan anda? JANGAN SESEKALI menepuk dengan niat untuk membunuh cali tersebut. JANGAN!!!. Dalam badan semut cali ada bahan cecair kimia yang bertoksik yang menyebabkan kulit anda terasa sakit dan melecur dalam masa 24 jam. Kalau badan cali pecah, bahayalah. Yang perlu anda buat adalah tiup cali bagi jatuh dari kulit badan anda dan baru bunuh dengan apa apa jenis spray penyembur yang terbukti boleh membunuh cali tanpa pecahkan badan cali. Kulit badan anda yang terkena cali cepat cepat anda basuh.
Saya kini tinggal di rumah apartment tinggi bersebelahan dengan bendang penanaman padi di tingkat 16. Bayangkan pada tingkat tinggi seperti itu pun masih ada semut cali. Jadi memang kena hadap masalah cali ini bila tiba musim menuai padi dan membakar jerami padi. Ketika itu banyak cali yang lari dan sudah tentulah akan ke rumah penduduk sekitar. Memang tidak ada ubat atau cara paling berkesan untuk mengelak dari cali masuk ke dalam rumah. Cuma dua benda sahaja iaitu spray racun serangga dan kurangkan penggunaan lampu pada waktu malam.

Cara Bunuh Semut Cali
- [ Spray Baygon ] – saya sudah guna dan terbukti berkesan 100% untuk membunuh cali dengan jayanya
- [ Spray Camay ] – salah satu produk tempatan yang boleh menghalau dan juga membunuh cali
Dari pengalaman peribadi saya membunuh cali ini adalah, spray baygon memang bertindak pantas. Cuma nasihat saya, sila tekan spray sedikit sahaja. Ini kerana semut cali sangat sangat bertindak balas dengan spray baygon walau terkena cuma sedikit. Jadi sangat membazir dengan tekan spray banyak banyak. Nanti ada kesan berminyak pula pada permukaan yang anda spray. Satu kerja pula kena lap selepas spray.

Ubat Sapu Krim
- [ Fobancort ] – krim sapuan yang sesuai untuk mengurangkan dan meredakan kesan toksik cali
- [ Germacort ] – krim sapuan yang sesuai untuk mengurangkan dan meredakan kesan toksik cali
Biasanya kita tidak perasan pun kalau cali naik dan lalu ke atas badan kita ketika kita sedang tidur. Kalau cali ada keluarkan cecair toksik dari badan mereka, kulit badan kita akan rasa tidak balas rasa sakit pedih hanya selepas beberapa jam. Kalau anda lihat tempat yang anda rasa pedih ada kesan seperti merah merah, murah ada tanda rengsa atau kesan melecur, terus sapu sahaja ubat cream yang saya cadangkan di atas ini. Boleh beli secara online atau dapatkan di farmasi. Tujuan ubat ini adalah untuk memastikan kesan melecur tidak bertambah ketara dan boleh sembuh dengan segera.
Saya pernah ke satu farmasi dan memberitahu tentang semut cali ini. Malah saya membawa sendiri sample semut cali yang telah mati ke farmasi berkenaan. Jadi masalah bila ahli farmasi berkenaan tidak tahu tentang kewujudan semut cali dan masalah dan akibat dari cali tersebut. Jadi ahli farmasi tidak boleh memberikan ubat sapu yang sesuai dengan masalah lecur akibat dari cali. Jadi jika anda berada dalam situasi ini, sila sebutkan sahaja ubat sapu yang telah saya kongsikan dengan anda ini iaitu ubat krim FOBANCORT. Harap maklum.
Di tempat lain nama semut cali juga disebut sebagai charli, charlie, semut semai, tomcat, kumbang rove atau rove beetle dalam bahasa english. Walau apa pun namanya, anda lihat gambar di atas, jadi akan kenal lah apakah gambaran sebenar SEMUT CALI ini. Kalau anda nampak, sila jangan terus pukul ya. Sila spray sahaja. Kalau rumah anda tinggal berdekatan dengan bendang sawah padi, sila pastikan rumah anda ada spray baygon dan pastikan lampu kurang keluar dari tingkap rumah pada waktu malam. Harap maklum. BYE.