Sebenarnya, setiap keluarga mempunyai keperluan yang berbeza. Kalau saya kata anda kena beli itu dan ini, saya pasti akan ada barang yang anda tidak bersetuju untuk membelinya setiap bulan. Kehdendak anda tidak sama dengan saya dan begitulah sebaliknya. Cumanya, mungkin saya boleh memberikan sedikit idea tentang senarai belanja dapur yang patut anda beli setiap bulan dan paling tidak ianya menjadi keperluan yang memadai dan mencukupi untuk keluarga anda dalam sebulan.
Biasanya bila kita bercakap tentang senarai belanja dapur, ianya bermaksud barang barang makanan untuk dimasak. Ini kerana, inilah dia benda yang sememangnya anda akan beli setiap bulan iaitu barang keperluan dapur. Kalau anda bersama pasangan anda jarang memasak di rumah, dan suka beli lauk pauk yang sudah siap masak dari luar, maka artikel ini bukan untuk anda. Anda sudah dikira dalam kategori pasangan yang mampu. Tetapi saya percaya, majoritinya akan makan makanan yang dimasak di rumah. Betul?.
Cara Menjimatkan Perbelanjaan Senarai Belanja Dapur Bulanan
Untuk makluman anda, untuk membeli belanja dapur setiap bulan. Anda akan perasan yang anda akan membeli sekurang kurangnya 2 benda penting. Yang pertama adalah bahan basah seperti ikan, ayam, daging, sotong, udang dan sebagainya. Dan yang kedua pula adalah barang kering seperti minyak masak, tepung, bawang, beras, sabun basuh dan sebagainya. Dan bajet untuk persediaan ini anda perlu sediakan pada setiap bulan Kedua dua benda/barang ini adalah bahan yang memang anda akan beli setiap bulan.
Tips yang pertama adalah, sila tentukan bajet barang basah dan barang kering yang anda mahukan berdasarkan kemampuan anda. Mudah cerita, anda kena belajar tetapkan bajet anda. Biasanya saya akan beli stok barang kering untuk sebulan sekaligus. Bajetnya adalah RM200 sebulan. Dan bahan basah pula saya akan beli 2 minggu sekali. Setiap kali pergi beli ikan, ayam dan sebagainya termasuk sayur, saya akan habis RM100. Maka sebulan barang basah akan habis RM200. Jumlah keseluruhannya adalah RM200 + RM200 = RM400.
Barang Keperluan Dapur Rumah (Kering)
Gas memasak, beras, tepung gandum, gula pasir, garam, ajinomoto, serbuk kunyit, serbuk kari, serbuk kurma, tin sardin, perencah sup bunjut, perencah tomyam, tin susu pekat manis, sabun basuh baju, sabun basuh cuci pinggan, bihun, bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili kering, kulit kayu manis, kicap, sos cili, sos tiram, minyak masak, uncang teh, milo, biskut, roti, telur, maggie dan lain lain
Barang Keperluan Dapur Rumah (Basah)
Ikan, ayam, sotong, udang, daging, kerang, sayur sayuran, cili api, cili hijau/merah, santan, nugget, kunyit hidup, lengkus, asam jawa dan lain lain
Tips yang kedua adalah keperluan membuat senarai belanja dapur list barang yang mahu dibeli. Biasanya setiap bulan akan ada barang yang mungkin anda tidak perlu beli lagi kerana masih ada dan sebagainya. Jika sudah terbiasa beli, anda akan perasan yang anda akan kekal membeli barang dapur yang sama setiap bulan. Jadi tidak akan ada yang ter-miss atau tertinggal untuk dibeli. Bagi saya suami kena ambil peranan untuk membeli barang dapur ini lebih lebih lagi barang kering. Supaya dapat belajar dan tahu akan senarai keperluan dapur yang patut disediakan.
Tips yang ketiga adalah berkenaan harga. Kalau bolehlah, sila berbelanja barang dapur samada kering atau basah di kedai atau pasar atau pasaraya yang menawarkan harga yang murah. Kalau anda masih tidak tahu kedai mana yang murah, silalah kerap membeli barang di tempat yang berbeza. Anda akan perasan akan perbezaan harga. Di tempat saya ada pasaraya Mydin yang memang terkenal menawarkan harga murah. Jadi saya selali beli barang dan belanja dapur di situ untuk lebih penjimatan.
Tips yang terakhir adalah anda patut membeli barang secara pukal iaitu secara bundle yang banyak. Ada sesetengah barang memang dijual murah kalau anda beli 2 atau 3 atau 6 atau lebih secara banyak. Contohnya anda beli tisu gulung, pampers anak, botol spray nyamuk, minyak masak dengan botol besar dan sebagainya. Jangan takut untuk membeli botol yang besar kalau keluarga anda kuat menggunakan produk tersebut. Contohnya botol minyak masak dan sabun basuh. Anda akan perasan, kalau anda beli yang 1liter, harganya begini, kalau anda beli yang 3liter harganya begitu dan lain lain. Lagi besar lagi jimat. Kalau keluarga anda banyak guna, sila beli yang besar terus. Lebih jimat dan tahan lama.
Webiste Untuk Beli Dan Dapatkan Barang Dapur Secara Online?
- Lazada – anda boleh berbelanja barang dapur secara online di sini
- 11Street – anda boleh berbelanja barang dapur secara online di sini
- Shopee – anda boleh berbelanja barang dapur secara online di sini
- HappyFresh – anda boleh beli barang belanja dapur secara delivery sampai rumah
Kalau rumah anda ada kawasan tanah sedikit. Anda rajinkan lah diri menanam pokok yang bermanfaat dan berguna untuk masakan anda seperti pokok serai, pandan, cili api, bawang, kacang panjang, sayur dan sebagainya. Jadi tidaklah anda berasa tension terpaksa pergi ke kedai berulang kali hanya kerana mahu membeli barang yang sedikit cuma. Sedikit idea buat anda. Ada barang yang anda boleh beli secara pukal tanpa perlu ke kedai tetapi dijual murah. Caranya adalah dengan membeli barang secara online. Anda boleh membeli tuala wanita, tisu kotak, mee maggie dan sebagainya dengan mudah dan murah. Cubalah. Saya harap penulisan ringkas berkenaan senarai belanja dapur ini dapat memberikan sedikit idea berguna kepada anda. Bye.