Kepada yang minat dengan isu isu yang berkaitan dengan ketenteraan pasti akan mengikuti selalu akan perkembangan tentera di seluruh dunia bukan? Pasti anda suka untuk singgah membaca blog blog pertahana samada tempatan, jiran tetangga dan luar negara. Setuju atau tidak, dengan melalui blog selalunya kita akan mengetahui dunia luar terutaanya tentang ketenteraan dengan lebih luas, terbuka dan jarang diketahui secara umum lagi lagi tentang ketenteraan negara sendiri. Saya juga begitu. Saya malah banyak tahu tentang aktiviti tentera negara sendiri melalui blog pertahanan tempatan dan juga luar negara.
Kenapa perlu mengikuti dan membaca blog pertahanan. Bagi yang suka membaca perihal ketenteraan adalah disebabkan samada ahli keluarga dari kalangan tentera, atau diri sendiri tentera ataupun disebabkan MINAT semata mata. Saya juga adalah dari golongan yang minat tentang dunia ketenteraan walaupun saya tiada latar belakang tentera. Kenapa hendak tahu tentang ketenteraan. Tujuan utama adalah “ILMU”. Dan dari ilmu itu kita akan mampu melihat suasana ketenteraan dari pelbagai sudut. Senang cerita kita akan lebih faham sebab dan akibat sesuatu tindakkan itu lebih dari orang yang hanya pandai berkata kata.
Senarai Blog Pertahanan
Contoh begini. Ada orang mempertikaikan kenapa kita negara Islam tidak hantar tentera pergi berperang dan membantu negara Islam. Sebagai orang awam, saya tentu bersetuju dengan kenyataan ini. Betul juga ya, kenapa tidak begitu dan begini. Tetapi selepas memahami sedikit sebanyak akan hal ketenteraan dari hasil bacaan di blog pertahanan, saya melihat ianya lebih dari itu. Kita tidak boleh begini dan begitu atas disebabkan beberapa faktor yang memang tidak boleh kita lakukan. Susah nak cakap tentang ini. Senang cerita, orang yang terlibat dalam tentera lebih tahu dari kita yang hanya pandai bercakap. Namun begitu, Alhamdulillah kita Malaysia ada juga membantu iaitu dari segi kewangan pembangunan. Anda tahu?
Kepada yang minat tentera, pasti banyak blog pertahanan yang anda baca bukan. Kadang kadang baca sebab hendak tahu perkembangan semasa ketenteraan di dunia mahupun di rantau negara kita. Apabila ada konflik berlaku dengan negara jiran akibat dari konflik ketenteraan, yang suka membaca blog pertahanan selalunya akan faham dengan lebih baik tentang keadaan yang berlaku. Dibawah ini ada 6 blog pertahanan yang saya suka baca iaitu.
- http://www.janes.com/defence (Dunia)
- http://www.asiandefencenews.com/ (Asia)
- http://www.asian-defence.net/ (Asia)
- http://militaryofmalaysia.net/ (Malaysia)
- http://malaysiamilitarypower.blogspot.com/ (Malaysia)
- http://defense-studies.blogspot.com/ (Indonesia)
Ada banyak lagi, Tapi cukup hanya 6 senaraiĀ blog pertahanan yang saya selalu ikuti ini. Kenapa? Kerana senarai yang saya beri ini ada kaitan dengan perkembangan semasa di negara asia ini. Kalau anda ada blog ketenteraan yang menarik untuk dibaca boleh kongsikan dengan saya untuk saya lawati. Selamat membaca