Sesetengah blogger di Malaysia memang menggunakan web hosting luar negara. Saya tidak tahu kenapa dan mengapa. Ini kerana, bagi pendapat saya, sebagai blogger Malaysia yang berblogging di Malaysia, sudah tentu mempunyai banyak pilihan web hosting tempatan. Mungkin ada sebab tersendiri. Namun begitu, saya pernah juga “dipaksa” untuk menggunakan hosting dari luar negara seperti A2Hosting untuk projek membuat website viral dan di katakan hosting tersebut agak kuat untuk menarik artikel untuk membina autoblog. Sampai sekarang saya masih tidak nampak di mana sebabnya. Mungkin anda boleh jelaskan kepada saya.
Kalau bercakap pasal buat duit online, saya bersetuju dengan ramai internet marketer yang web hosting luar negara memberikan pendapatan yang sangat menarik. Siap ada recurring income lagi. Tetapi web hosting Malaysia masih lagi tidak sampai ke tahap itu lagi. Komisen affiliate yang diberikan pun sangat rendah. Jadi bagaimana dengan prestasi hosting luar negara. Adakah memuaskan?
Web Hosting Luar Negara Yang Bagus
Ya, saya juga perasan yang pakej yang ditawarkan oleh penyedia web hosting luar negara agak menarik. Sistem server mereka pun hebat. Tetapi ianya bukan sesuatu yang pelik. Syarikat penyedia hosting yang besar, mempunyai bajet yang tinggi, international pula. Sudah tentu tawaran syarikat yang besar lebih bagus. Cumanya, secara peribadi, saya yang sudah berpengalaman berblogging di Malaysia dan menggunakan web hosting Malaysia, setakat ini tidak merasakan kekurangan yang ada pasa syarikat penyedia hosting tempatan.
Senarai Promosi Web Hosting Luar Negara Sempena Black Friday
- Bluehost – Web hosting luar negara antara yang paling popular
- A2 Hosting – Saya sendiri pernah menggunakannya. Sangat berpuas hati
- Hostgator – Web hosting luar negara antara yang paling popular
- DreamHost – Web hosting luar negara antara yang paling popular
- WP Engine – Sangat popular di kalangan blogger yang suka buat duit online
Itu hanyalah pendapat saya sahaja. Anda bebas untuk memilih syarikat web hosting luar negara yang anda mahukan. Anda mungkin mempunyai pandangan anda sendiri. Baiklah, tanpa membuang masa. Saya kongsikan dengan anda akan senarai beberapa penyedia web hosting dari luar negara yang menurut saya popular di kalangan blogger dan internet marketer samada dari Malaysia atau luar negara. Inilah 5 web hosting yang selalu saya nampak di promosikan di mana mana. Saya harap anda berpuas hati dengan perkongsian ini. Selamat berblogging
1 Comment
Syarikat hosting kat Malaysia kalau boleh bagi recurring komisen kat ejen affiliate memang best la… baru la semangat nak promosikan. Tapi tu la… kebanyakkannya cuma bagi one time komisen je