Untuk pengetahuan anda, ranking blog anda boleh jatuh jika blog anda mempunyai banyak artikel yang tidak berkualiti. Maksud tidak berkualiti adalah “low quality content” yang mempunyai kandungan patah perkataan yang sangat sedikit. Saya perasan ada sesetengah blogger akan menge-post artikel yang sangat sedikit bilangan patah perkataan seperti “Wordless Wednesday”, pengumuman ringkas dan sebagainya. Artikel sebegini dikira sebagai “low quality content” dan tidak layak untuk carian di search engine Google. Jadi adalah lebih baik jika anda dapat setting artikel sebegini sebagai No Index.
Saya rasa anda pun tahu, setiap artikel yang anda publish akan diindex oleh crawler bot seperti Google, Yahoo, Bing, Ask, Yandex dan sebagainya untuk di index dalam hasil carian serp engin carian. Sejak Google memperkenalkan panda, penguin dan sebagainya, ianya adalah bertujuan untuk memberikan hasil carian yang lebih berguna. Kepada yang melanggar arahan selalunya akan dikenakan penalti, Google sandbox dan sebagainya yang mengakibatkan blog anda KEHILANGAN TRAFIK sehinggalah anda menyelesaikan masalah itu. Jika itu berlaku, maka anda sendiri yang susah. Jadi anda perlu ketahui artikel manakah perlu anda set sebagai no index.
Cara Setting No Index Menggunakan Plugin SEO Yoast
Di dalam blog anda seperti WordPress (Blogspot saya tidak pasti), anda boleh pilih dan set-kan artikel tertentu sebagai “No Index”. Ini akan membuatkan artikel yang di set sebagai No Index tidak akan dipilih untuk di index di dalam engine carian Google. Dengan kata lain Google akan mengabaikan artikel anda ini dan dengan cara ini ianya tidak akan memberikan kesan kepada ranking blog anda. Ini adalah cara yang paling selamat. Saya tahu ramai yang mengabaikannya. Mungkin kerana tidak tahu.
Kepada pengguna plugin SEO by Yoast, anda boleh menggunakan setting No Index yang telah disediakan. Semasa anda menaip artikel (artikel yang tidak mahu di index), anda pergi kepada setting SEO Yoast anda dan tekan “Advanced”. Di situ akan terdapat setting yang diperlukan untuk anda lakukan No Index. Lihat di bawah;
Meta Robots Index : noindex (sila pilih tetapan ini)
Mudah sahaja bukan. Dengan cara ini, kita melakukan tetapan noindex secara terpilih terhadap artikel yang kita tidak mahu ianya di index oleh Google. Sekarang ini, kualiti adalah satu benda yang penting di lihat oleh Google. Kepada yang menggunakan plugin selain Yoast, saya rasa anda boleh cari tetapan noindex tersebut. Anda kena rajin lihat setting yang ada pada plugin tersebut. Saya percaya ianya ada. Saya harap anda kini sudah tahu akan kepentingan, tujuan dan cara menggunakan tetapan No Index. Selamat berblogging.
2 Comments
Ilmu yang sangat berguna, terima kasih atas perkongsian ini.
sama sama tuan