Adakah anda seorang pemilik kereta Perodua Viva? Adakah anda menghadapi masalah suis aircond iaitu suis setting untuk meningkatkan sejuk dan mengurangkan sejuk (lihat gambar). Semasa anda adjust setting tersebut terjadi keadaan di mana kadang kala ianya sejuk kadang kala ianya tidak berfungsi iaitu tidak sejuk. Dengan kata lain suis setting penyejuk aircond tersebut disyaki ada masalah. Adakah ini berlaku kepada anda? Jika YA, inilah yang terjadi kepada viva saya kini.
Sebenarnya masalah suis tombol setting penyejuk aircond viva saya ini sudah berlarutan beberapa bulan. Saya biarkan sahaja kerana masih berfungsi (sejuk) jika suis tombol suis tombol setting penyejuk aircond saya pusing sampai maksimum. Walaupun berfungsi, ianya tetap kurang sejuk dan lambat sejuk. Ianya lebih parah ketika waktu hari panas. Siapa sanggup tunggu dalam kereta yang mempunyai pendingin hawa yang lambat sejuk. Akibatnya terpaksa berpeluh di dalam kereta viva ini.
Kos Membaiki Setting Penyejuk Aircond Viva
Dan seminggu yang lepas saya mengambil keputusan menghantar ke bengkel untuk melihat adalah benar setting penyejuk aircond viva kereta saya ini rosak. Dan selepas di lihat, ternyata ianya benar. Masalah lain berlaku. Kerosakkan tersebut datangnya dari papan elektronik atau “board” yang sambungan dengan suis tersebut. Mahu tidak mahu TERPAKSA menukar keseluruhan panel setting dengan yang baharu.
Untuk maklumat anda, jika anda menghadapi kerosakkan suis setting penyejuk aircond seperti saya. Anda terpaksa menukar keseluruhan panel tersebut. Maksud panel adalah setting kipas aircond, setting kelajuan kipas, setting penyejujuk. Lihat gambar. Anda dan saya terpaksa menukar keseluruhan dengan yang baru kerana set tersebut datang sekali. Ianya tidak datang dalam keadaan terpisah pisah.
Website Beli Barang/Produk Aksesori Kenderaan
- Lazada – anda boleh mencari produk, barang dan aksesori kereta di sini
- Shopee – anda boleh mencari produk, barang dan aksesori kereta di sini
Harga bagi menggantikan keseluruhan panel setting penyejuk aircond perodua viva ini berharga RM250. Ianya adalah original dari perodua. Sejak memakai kereta, memang terasa mahal akan kos alat ganti kenderaan apabila rosak. Mahu buat apa lagi. Kita pakai kereta jadi itulah kos yang perlu kita tanggung. Tujuan artikel ini adalah untuk berkongsi dengan anda akan pengalaman saya serta kos yang perlu anda hadapi jika anda menghadapi masalah setting penyejuk aircond yang rosak seperti saya ini. Apa apa pun selamat memandu kereta dengan selamat.
28 Comments
Oh kereta saya pun sama. Kalau sejuk, sejuk sangat. Bila selalu berhenti tengahari ambil hantar anak sekolah, dia berangin aje tapi tak sejuk. Memang terseksa. Mujur dah servis ok sikit
selalu kalau mcm tu memang kena servis la
Huhu..Viva saya tak pernah lagi ada masalah macam ni..tapi bila cuaca panas, memang kela laras sampai ke maksimum la..baru sejuk..
kena check mana tahu gas dah habis
Sya pnya ada msalah yng sma..klau sya letak smpai tahap maksima,aircond trus x caj langsung..angin jer kluaq.. klua setting tngh2 baru doa caj..adakah kta pnya msalah yng sma?
sama jer tuh bro, rosak la tuhh, kena pi tukar
Knp penutup air terbuka tgah drive
Knp penutup air terbuka tgah drive temprture naik myk enjin selalu kurang
salam., aircond viva dah tak sejuk lansung. kata mechanic viva biasa problem dekat compressor. betul ker? kos 500 lebih
ya betul, saya pernah kena, dan aircond ada kena mengena dengan compressor dia, kalau kereta dah pakai lama, memang kena tukar. Dan YA harga dia lebih kurang RM500
Kete viva. Haritu dh tukar valve dgn cooling coil, and do some service but compressor xtukar lgi. Aircond still tak sejuk jugak.
Then compressor mngeluar kan bunyi mcm besi bergesel dlm tu bile tekan button A/C dlm kete tu.
But now compressor dah senyap bile tekan button AC dlm tu. And compressor xjalan langsung pon.
Kena tukar compressor? and tak hidup tu sebab ape ye?
bro, compressor maybe problem dan compressor aircond sangat penting bro, rosak kena tukar mahal tau kalau ori, lebih baik jangan guna dan pergi check dulu. takut efek kat lain lain kalau terus guna dan abaikan
Salam tuan, sy mpunyai masalah yg sama Viva 1.0. Utk info sy dah tukar cooling coil and valve tu cost 650. Then masalah sma dtg balik slpas 1bulan. Kdg2 panas kdg2 sejuk. Timing turun naik mcm xstabil 2 3 Kali dia kuar bunyi dkt compressor. Sy nk tnya suis thermistor or thermostat tu dkt mna ye kena tukar ke suis or compressor ye?
Tq tuan utk feedback
apa apa pun kena check RELAY kat suis circuit, takut relay yang rosak
bleh tnya berkenaan dgn window kreta viva sy tak,ia rsak x boleh buka pinti n tgkap ble trun kn jatuh kbawah terus pintu stay x bleh bkak..bgaimana cranya nk buka pntu tu..
Maaf mal, saya x tahu bagaimana,
Salam tuan. Saya mengunakan viva tahun 2006 1.0 baru2 ni sya ingt kan gas kereta saya problm then saya terus pergi ke kedai dan kdai pun check dahulu sebelum nak isi gas… sebelum tu dia nk isi tp gas masih ada lg dia cakap. Dan dia pun check chip untuk aircond yg warna warni tu kat panel tu.. dia ckp putus patut x jalan aircond.. lepas tu dia tukar chip yang baru bila cuba buka aircond pun x boleh rupa2nya chip tu putus jga.. dan dia check2 compressor bahagian magnet rosak… boleh jd ke tuan.. ada kah betul?
aircond memang ada kaitan dengan compressor Ari, tu penting, compressor tu la yang akan buat kerja bagi sejuk, kalau rosak memang kena ganti baru seketul, biasa memang bila dan bertahun tahun lamanya dan memang akan sampai masa kena gati benda tu, sbb dia dah bekerja bertahun tahun
AIRCOND VIVA SY KJP JE SJUK LPS 2 PANAS XRASE AIRCOND..APA MSLH YE
masa x sejuk cuba tgk kat meter kat kawasan temperature, adakah naik tinggi, jika ya takut sensor relay rosak
kena tgk adakah tempat pulas setting kasi sejuk tu rosak ke x
atau gas aircond dah habis atau x
tuan, board / papan elektronik yang rosak tu, yang kecik kat sambungan setting penyejuk tu ke?
ya betul bro
Nk tanya nk sejuk pulas kiri atau kanan..komfius..kdg2 pusing kanan smpai max..sejuk..pusing max ke kiri sejuk jgk..
assalam tuan, klau sy tukar compressor, adakah termasuk coil skali or kna tukar asing2 part2 lain?
Apa mslh bila on air cond compressor on tp langsung ada rasa..blower mcm xon..tp bila biar dia pndai pl on sndri.
takut blower rosak atau suis “relay” problem, better bawa bengkel check
On Aircon tidak pandai berhenti compressor walaupun 10 minit, kenapa ya
gas abis