Baru baru ini syarikat telekomunikasi tempatan yang baru iaitu Altel telah mula meningkat naik. Akan tetapi sebenarnya Altel telahpun mula menjalankan operasinya sejak tahun lepas lagi. Tetapi entah kenapa tahun ini iaitu 2014 ini nampaknya satu tahun yang baik buat syarikat penyedia talian komunikasi ini. Salah satu yang diberi perhatian adalah berkenaan Sim Kad Altel. Heboh di laman maya Facebook berkenaan kad sim dari Altel ini. Rata ratanya memberikan review yang positif berkenaan prestasi talian Altel lebih lebih lagi berkenaan capaian dan kelajuan internet yang diberikan.
Kenapa Sim Kad Altel ini dikatakan memberikan perkhidmatan talian internet terlaju? Maaf saya sendiri belum mencuba akan prestasi kelajuan internet melalui Altel ini. Dari maklumat yang bersebaran di internet. Altel mampu memberikan kepuasan menikmati kelajuan internet yang maksimum adalah kerana Altel satu satunya syarikat di Malaysia yang diberikan (LESEN) kepercayaan untuk mengoperasikan spektrum LTE (4G) yang paling tinggi berbanding pesaing yang lain seperti Maxis. Celcom dan juga Digi. Jadi tidak hairan kenapa ianya sangat laju.
Internet Lebih Laju Dengan Sim Kad Altel
Saya tidak pasti samada maklumat ini benar atau tidak. Menurut maklumat di internet ada dua versi maklumat iaitu Sim Kad Altel ini beroperasi menggunakan talian Celcom. Maklumat yang lain pula, Sim Kad Altel hanya menggunakan menara pemancar (tower) milik Celcom tetapi line adalah dari pihak Altel sendiri. Saya sendiri kurang pasti. Nampaknya maklumat yang lebih dipercayai adalah Altel menggunakan talian Celcom. Mudah cerita, dimana ada Celcom, disitu ada Altel.
Kenapa saya bertukar kepada Sim Kad Altel? Sebenarnya saya bukanlah jenis individu yang sering menggunakan pelbagai kad sim. Masalah timbul apabila semasa raya (pulang ke kampung), smartphone yang saya gunakan untuk melayari internet dari talian Maxis mempunyai masalah untuk sambungan. Mudah kata, saya langsung tidak boleh menggunakan internet mungkin kerana capaian kawasan Maxis untuk internet tiada. Akan sebab itu saya mencari sim kad dari penyedia talian yang lain iaitu Celcom. Oleh kerana Altel menggunakan talian Celcom, maka saya memilih Sim Kad Altel berbanding Celcom kerana lebih murah.
Untuk maklumat anda. Sim Kad Altel hanya dijual dengan harga RM7 sahaja dan mempunyai nilai kredit tersedia sebanyak RM5. Bagi saya ianya satu pakej telekomunikasi yang murah. Tambah nilai boleh diisi serendah RM10, RM30, RM50 dan RM100. Rate panggilan dan sms adalah seperti dibawah
Saya rasa plan talian panggilan telefon dan SMS boleh dikira biasa atau hampir sama dengan penyedia talian telekomunikasi yang lain. Untuk golongan muda (warga muda), nampaknya mereka lebih berminat untuk mengetahui akan plan pakej internet yang ditawarkan. Sekarang mesej pesanan ringkas banyak dilakukan melalui talian internet lagi lagi dengan kehadiaran Whatapps, Line, Viber, Kakaotalk dan sebagainya. Dan sudah tentu Facebook dan Twitter juga mempengaruhi orang muda untuk mendapatkan pakej internet yang terbaik. Dibawah ini pula adalah pakej plan internet yang ditawarkan oleh Sim Kad Altel;
Bagi saya, plan broadband Sim Kad Altel boleh dikira murah kalau hendak dibandingkan dengan 3 jenama yang lain. Dan setakat ini hanya Sim Kad Altel Prepaid sahaja dikeluarkan. Dan mungkin di masa akan datang Sim Kad Altel Post Paid pula bakal menyusul. Kita nantikan.
Di Malaysia sudah sangat banyak syarikat telco yang bertapak dengan pelbagai jenama. Antara perkara yang menjadi permintaan warga kini adalah mahu pihak telco menyediakan satu pelan pakej internet yang jauh lebih murah. Kalaupun harga mungkin tetap sama tetapi mereka mahukan bandwidth data yang lebih besar dari yang ada sekarang. Diharap syarikat telco akan mempertimbangkan permintaan ini untuk masa hadapan. Adakah anda sudah memiliki Sim Kad Altel? Bagaimana dengan pengalaman anda bersama Sim Kad Altel? Kongsikan disini.
6 Comments
insyaallah akan beli satu nanti..
asalnya nak guna nombor sama dan tukar pada altel
tapi jauh la tempat nak tukarnya…
tunggu tunggu
Harga sim kad pek permulaan pun murah. Setakat ini tidak mengalami masalah kerana mempunyai liputan.
ramai yang berpendapat sama
celcom punya line memang ok sket la. still leh dapat walaupun slow.
altel tak cuba lagi.
tapi aku tau..altel memang kiranya line celcom la gak.
sama jer bagi aku