Bemobile adalah salah satu syarikat telekomunikasi jenis mobile virtual network operator (MVNO) di Malaysia. Maksud mvno adalah syarikat telco yang menumpang rangkaian dari telco utama. Rasanya anda pasti kenal dengan telco seperti Halo Telco, OneXOX, RedOne dan juga TuneTalk betul? Jadi Bemobile adalah sebaris dengan telco tersebut dan sudah tentulah kemunculan simkad Bemobile adalah untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk buat duit iaitu menjana pendapatan tambahan. Berminat?
Jadi sebelum kita ke arah potensi untuk menjana pendapatan, sebenarnya apakah kelebihan yang dimiliki oleh sim kad Bemobile ini? Kalau tidak ada kelebihan atau paling tidak hampir sama dengan pesaing yang ada di pasaran, kenapa pula pengguna smartphone ingin beralih arah menggunakan simkad Bemobile pula betul? Sudah tentu ada tuan puan. Inilah dia strategi pemasaran. Kalau tiada kelebihan, siapalah yang mahu gunakan simkad ini semata mata untuk buat duit. Jadi sebelum boleh tarik user baru untuk guna dan pakai simkad Be Mobile, paling tidak pelan telco mestilah menarik. Setuju?

Telco Simkad BeMobile
3 Produk Asas Utama Bemobile
- Simkad BeMobile – perkhidmatan telekomunikasi mobile 4G & 5G (prepaid & postpaid)
- Dnar Exchange – Digital asset & Blockchain (Digital gold exchange)
- PayPlz – perkhidmatan pembayaran atas talian (QR pay & Gold reward account)
Apa yang anda faham dari apa yang saya kongsikan di atas ini? Pertama sekali sudah tentulah anda akan dapat menggunakan simkad Bemobile. Kedua, anda boleh melakukan jual beli emas secara digital melalui teknologi blockchain. Ketiga, pembayaran apa apa bil boleh dilakukan secara online dan anda akan dapat reward dalam bentuk emas digital di dalam akaun emas anda. Menarik bukan?
Account Holder (User) – Selepas anda mendaftar di dalam program Bemobile, anda akan dianggap sebagai pengguna biasa. Anda boleh langgan pakej atau apa apa pelan telco ketika menggunakan simkad Bemobile.
- dapat ganjaran iaitu reward/rebat dalam bentuk emas digital dari pembelian barang dan pembayaran apa apa bil termasuk bil bulanan langganan telco
- boleh beli emas serendah 0.02 gram dan simpan emas
- tidak boleh buat duit dan menjana pendapatan dengan sim kad bemobile
Harga simkad BeMobile adalah RM10. Jadi kos permulaan sebagai pengguna biasa (user/account holder) cumalah serendah RM10 SAHAJA.
Dealer – Anda kena “upgrade” dari User kepada Dealer dengan melanggan pakej V1 (USD50) atau V2 (USD100).
- menjana pendapatan aktif dari jualan simkad dan pengaktifan simkad
- menjana pendapatan pasif dari langganan pelan telco oleh downline anda
- bonus overriding dari kenaikkan pangkat dari jumlah total langganan downline (minima kena jadi Area Dealer)
Untuk menjadi agen atau dealer kepada telco Bemobile, anda kena upgrade akaun anda dari “Acount Holder” kepada “Dealer V1@V2” dengan bayaran yuran sebanyak USD50/minima.
Stokist Center – Sebagai distribution center seluruh Malaysia
- menjana pendapatan pasif setiap bulan dalam bentuk royalti sebanyak 2.5%
- royalti diperolehi dari stok simkad yang anda miliki apabila diaktifkan pada setiap bulan
- dapat membeli stok simkad dengan harga borong
Kalau anda lihat perkongsian di atas ini, dapatlah kita simpulkan yang model bisnes perniagaan telco Bemobile adalah ingin mengetengahkan konsep guna handphone, bayar bil dan boleh menabung emas. Cukup 1 gram atau 1 dinar emas, boleh convert tukarkan kepada emas fizikal. Menarik bukan?
Pengguna simkad Bemobile perlu untuk upgrade status anda dari USER kepada DEALER jika berminat untuk buat duit dan menjana pendapatan aktif dan pasif dengan telco Bemobile. Sila lihat pakej dealer di bawah ini.

- Dealer V1 – yuran keahlian adalah sebanyak USD50
- USD35 sebagai yuran keahlian
- USD15 sebagai mobile account (dapat 6 simkad)
- layak komisen dari urusniaga telco sahaja
- Dealer V2 – yuran keahlian adalah sebanyak USD100
- USD35 sebagai yuran keahlian
- USD15 sebagai mobile account (dapat 6 simkad)
- USD50 yang ditukarkan kepada emas digital di dalam akaun emas anda
- layak dapat komisen dari urusniaga telco dan komisen 2.5% dari nilai belian emas
Area Dealer – Untuk menjadi Area Dealer, anda kena ada sekurang kurangnya 5 dealer yang anda taja secara langsung di bawah anda. Dan dari 5 dealer itu pula kena ada total minima 100 dealer di bawah mereka. Jika cukup syarat ini, pangkat anda dari Dealer V1 atau V2 akan diupgrade menjadi Area Dealer.
Master Dealer – Untuk menjadi Master Dealer, anda kena ada sekurang kurangnya 4 area dealer yang anda taja secara langsung di bawah anda. Dan dari 4 area dealer itu pula kena ada total minima 1500 dealer di bawah mereka. Jika cukup syarat ini, pangkat anda dari Area Dealer akan diupgrade menjadi Master Dealer.
Merchant – Untuk menjadi Merchant, anda kena ada sekurang kurangnya 3 master dealer yang anda taja secara langsung di bawah anda. Dan dari 3 master dealer itu pula kena ada total minima 7500 dealer di bawah mereka. Jika cukup syarat ini, pangkat anda dari Master Dealer akan diupgrade menjadi Merchant.

Komisen Penajaan (Register/Pengaktifan Simkad) – Pendapatan Aktif
- Level 1 – 20%
- Level 2 – 10%
- Level 3 – 10%
Di atas ini adalah komisen penajan berbentuk “Member Get Member”. Katakan anda Ali memperkenalkan simkad Bemobile kepada Ahmad, maka Ahmad adalah pengguna simkad Level 1. Maka Ali layak mendapat komisen penajaan sebanyak 20%. Oleh kerana harga simkad berharga RM10 dan telah diaktifkan untuk Ahmad, maka komisen yang Ali dapat adalah RM10 x 20% = RM2.

Komisen Dealer (Reload/Topup/Langgan) – Pendapatan Pasif
- Level 1 – 6%
- Level 2 – 2%
- Level 3 – 4%
Di atas ini pula adalah komisen dari hasil reload topup dan langgapan ahli downline kita. Katakan kita berjaya dapat daftarkan 10 pengguna simkad Bemobile terus di bawah rangkaian. Ini bermakna 10 user ini adalah downline anda yang bertaraf Level 1. Katakan ke semua user ini melanggan pakej telco Bemobile berharga RM49 sebulan. Maka komisen yang anda dapat adalah sebanyak RM49 x 10 user x 6% komisen level 1 = RM29.40 sebulan. Ini baru kalau ada dapat 10 user untuk level 1. Kalau lebih? Kalau rangkaian Level 2 dan Level 3 anda berkembang? Lagi tinggilah komisen anda. Jelas?
Saya sudah kongsikan secara ringkas komisen tajaan pengaktifan simkad dan komisen langanan pakej bulanan dari downline anda. Sekarang saya kongsikan apakah pelan panggilan (call) dan data internet yang ditawarkan oleh telco Bemobile ini.

Pakej Panggilan & Data Internet BeMobile
- BeFlexible (RM10)
- panggilan percuma sesama rangkaian sahaja (Bemobile & Bemobile)
- high speed internet data 10GB
- kadar panggilan 20 sen/minit ke rangkaian berbeza
- kadar sms 10 sen/sms
- BeConnected (RM19) – untuk aplikasi kereta sahaja
- data always connectted for IOT/Devive only
- Hardware (BeConnected OBD) – deposit RM79
- BeUnlimited (RM49)
- panggilan percuma ke semua rangkaian
- internet tanpa had
- speed internet 6Mbps
- hotspot 5GB
Ke semua plan telco Bemobile adalah dalam bentuk pakej langganan bulanan. Dan validity simkad adalah sepanjang 36 bulan. Dan simkad Bemobile menyokong rangkaian 4G dan 5G. Harap maklum.
Booster Plan
- RM15 (B1) – Unlimited calls ke semua rangkaian
- RM30 (B5) – Booster internet (unlimited data at 3Mbps)
- RM10 (B2) – Booster speed internet (10GB data)
- RM20 (B3) – Booster speed internet (30GB data)
- RM30 (B4) – Booster speed internet (50GB data)
Ke semua pakej booster plan di atas validity sah selama 30 hari.
Adakah plan telco BeMobile ini menarik bagi anda? Bagi saya ianya subjektif. Oleh kerana saya kini memang menggunakan simkad dari telco lain dengan bayaran bulanan RM79 sebulan, maka pelan telco Bemobile yang paling mahal berharga RM49 sebulan ini adalah sangat berbaloi bagi saya. Kalau hendak murah pula, pengguna boleh langgan pakej RM15 untuk mendapatkan panggilan percuma ke semua rangkaian. Jadi mak ayah boleh gunakan simkad ini untuk anak anak berhubung dengan keluarga dengan mudah dan murah. Memang jimat.
Telco Bemobile melancarkan simkad jenis prepaid dan postpaid dengan sokongan 4G+5G ya. Simkad ini menggunakan rangkaian dari pencawang Celcom. Dengan kata lain, di mana ada line signal Celcom, di situlah simkad Bemobile ini boleh digunakan. Anda boleh untuk menggunakan nombor baru dan mengekalkan nombor telefon anda sekarang.
Beli Simkad Bemobile
- [ Whatsapp ] – ini adalah group Whatsapp kendalian saya untuk saya uruskan pertanyaan, pembelian dan pendaftaran (register) ahli baru BeMobile
***Info sebenar masih terhad dan info lebih lengkap belum ada. Telco Bemobile belum dilancarkan secara rasmi. Anda boleh masuk ke group Whatsapp saya untuk info terkini dan lock posisi anda untuk menjadi yang terawal.
Pendapat saya, plan pakej simkad Bemobile adalah berbaloi dan mampu milik kalau dibandingkan dengan pesaing yang lain. Jadi pelan telco Bemobile kalau hendak bersaing dengan pakej call dan internet bagi saya tidak ada masalah. Kalau hendak buat duit pula pun ada banyak cara. Jual simkad dapat duit. Aktifkan simkad dapat duit. Downline langgan pakej telco kita dapat duit. Bayar apa apa bil dapat reward dalam bentuk emas digital. Siap boleh beli dan simpan emas. Mudah cerita, pakai simkad murah jimat dan dapat kumpul emas pula. Menarik? Whatsapp saya untuk beli simkad Bemobile dan register. Jom join rangkaian saya!!!.