Semasa mula mula program buat duit dengan Telco BeOne mula diperkenalkan, sangat ramai yang mahu join. Lagi lagi kepada individu yang memang berhajat untuk menjana pendapatan dengan produk telco seperti ini. Maka sudah tentu ramai yang mahu serius dengan mendapatkan simkad BeOne untuk MNP. Akibatnya stok simkad mnp telah habis dan hanya tinggal stok untuk simkad BeOne nombor baharu sahaja yang tinggal. Saya sendiri hanya mendapat stok simkad mnp sebanyak 2 keping sahaja dari keseluruhan stok simkad sebanyak 100 keping sim yang saya order.
Sebelum itu, sebenarnya apa itu MNP? Maksud mnp adalah “Mobile Number Portability”. Bahasa mudahnya adalah ianya sebuah simkad yang dikhususkan untuk mereka yang mahu mengekalkan nombor telefon mereka yang lama. Simkad yang sudah ada nombor telefon memang tidak boleh diubah. Kita hanya boleh ubah rangkaian telco kita sahaja. Contohnya mahu tukar dari rankaian Celcom ke BeOne ini misalnya. Proses ini boleh dilakukan kepada mana mana nombor telefon. Sedangkan proses memindah nombor telefon memerlukan sim khas untuk tujuan tersebut.

Simkad BeOne untuk MNP
Cara Register Simkad BeOne Untuk MNP Guna Apps
Contohnya begini. Katakan nombor telefon semasa saya adalah 017-4836797 dan menggunakan rangkaian dari Halo Telco. Saya mahu berpindah dari Halo Telco ke BeOne kerana mahu buat duit menjana pendapatan dengan sim ini. Maka saya ada 2 pilihan, mahu pakai guna nombor baru atau kekal nombor lama. Kalau saya masih mahu pakai nombor telefon yang lama, maka saya memerlukan sim jenis mnp. Upline saya mesti menjual kepada saya simkad BeOne untuk MNP dan kemudian barulah simkad tersebut diaktifkan dan didaftarkan. Jelas?
Ada 3 langkah yang perlu anda lalui. Langkah pertama adalah anda perlu membeli simkad dari saya. Langkah ke-2 adalah saya akan daftarkan anda terlebih dahulu sebagai pengguna biasa (USER). Dan langkah ke-3 pula adalah saya akan memohon anda untuk di naik taraf untuk menjadi dealer (BSE). Dan selepas anda berjaya menjadi dealer iaitu BSE sahaja barulah anda boleh mendaftar orang lain untuk berada di bawah network rangkaian anda ya.
- [ Whatsapp Group ] – sila masuk ke group ini. Nyatakan niat anda untuk membeli dan menggunakan simkad prepaid BeOne MNP ini. JIKA anda ingin menjadi pengguna user biasa semata mata, kos sekeping simkad adalah RM5 tidak termasuk kos pos ya. Tetapi jika anda ingin menjadi dealer, bayarannya adalah RM50 dan tidak termasuk kos pos. Dan selepas pembayaran dibuat, baru saya akan teruskan proses pendaftaran simkad anda dan simkad akan dipos ke rumah anda ya. Sila buat bayaran di sini [ Mohamad Azuan ; Maybank : 157091146349 ]
Langkah Kedua. Proses ini adalah proses untuk mendaftar dan mengaktifkan simkad anda menggunakan apps aplikasi BeOne. Saya menggunakan langkah seperti ini untuk mendaftarkan simkad anda. Harap maklum.
- [ BeOne 1Reg ] – ini adalah apps apk aplikasi pendaftaran untuk simkad BeOne. Sila masukkan “Agent ID” dan juga “Password” untuk login ya.
- Pada menu, sila klik pada “Activation MNP”.
- Sila isikan ke semua info yang diminta.
- Sila pastikan downline anda berikan nama ibu.
- Sila pastikan anda downline anda berikan gambar IC depan/belakang yang sempurna dan jelas
- Sila pastikan email yang diberikan adalah dari “gmail” dan bukannya “yahoo”.
- MNP type adalah nama telco lama anda dan status sim samada prepaid atau postpaid.

Nombor siri dan caller ID BeOne ada di belakang pek sim BeOne jenis MNP
-
- Serial No adalah nombor siri yang ada pada pek simkad MNP anda.
- Caller ID
- Package – pilih BeONE (MNP Only)
- Akhir sekali jika siap dan info adalah betul, sila klik “SUBMIT”.
- Siap. Sekarang simkad anda sudah berstatus sebagai pengguna biasa iaitu user ya.
Langkah Ketiga. Langkah ini adalah proses untuk menaik taraf anda dari user biasa kepada dealer iaitu BSE. Step ini adalah untuk anda yang telah membuat bayaran RM50 ya sebagai agen dealer. Saya menggunakan langkah seperti ini untuk menaik taraf anda dari user biasa kepada dealer BSE ini. Harap maklum.
- Jika saya adalah upline anda, maka saya akan minta info anda di bawah ini;
- Nama Penuh :
- Nombor IC :
- Alamat BEP – No 630, Jalan Baiduri 1, Taman Bukit Intan, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan (Sila Jangan Ubah Alamat Ini)
- Email (sila pastikan email adalah gmail)
- Nama Bank :
- Nama Pemegang Akaun :
- Nombor Akaun Bank :
- Nombor Phone BeONE :
- ID Upline : 8891161 (Sila Jangan Ubah Nombor Ini)
- Nama Upline : Mohamad Azuan Bin Razali (Sila Jangan Ubah Nama Ini)
- Gambar IC depan belakang
- Gambar resit bukti topup RM10 kepada downline (Saya yang akan sediakan)
- Gambar resit bukti bayaran RM10 kepada BEP (Saya yang akan bayarkan)
- Semua info ini saya perlu diberikan kepada BEP!!!
- Jika pihak BEP reply OK, maka tahniah anda sudah berjaya menjadi dealer BeOne iaitu BSE ya.
Jika dilihat semula perbezaan untuk mendaftarkan simkad BeOne MNP dengan simkad BeOne nombor baru tidaklah berbeza sangat. Tambahan hanya pada isi nama ibu dan isi maklumat tambahan berdasarkan pek simkad BeOne untuk MNP. Ini sahaja.
Bagi saya, jika kita serius mahu menjana pendapatan iaitu buat duit dengan telco BeOne ini, lebih baik kita beralih dan gunakan simkad BeOne untuk MNP. Lebih baik kita kekalkan nombor telefon kita yang lama dan biasa kita guna. Sebab biasanya kita akan topup kredit, langgan plan data dan kita lebih faham tentang simkad tersebut dan memudahkan lagi kita untuk mempromosikan kepada orang lain pula. Saya harap anda sebagai pembaca faham dan dapat ikuti step langkah cara mendaftar dan mengaktifkan simkad BeOne jenis MNP ini ya. BYE!!!
Leave a Reply