Facebook Twitter Instagram
    Trending
    • Buat Pelaburan Unit Trust Melalui i-Invest KWSP
    • Laptop Murah Bawah RM1000 Untuk Student
    • Beli XRP Dan XLM Dan Simpan Di Ledger
    • Cara Transfer Duit Wise Ke Akaun Bank
    • Kenapa Kena Pakai Crypto Hardware Wallet
    • Penapis Udara Storm Coway
    • Akaun Simpanan Maybank Yippie Untuk Kanak Kanak
    • Prestasi Saham Selepas Sebulan Guna Gotrade Malaysia
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest RSS
    MyRujukan
    Leaderboard Ad
    • Home
    • About Me
    • Contact Me
    • Privacy Policy
    MyRujukan
    You are at:Home»Info»Beli Dan Pakai Simkad Postpaid Digi

    Beli Dan Pakai Simkad Postpaid Digi

    1
    By admin on 10/03/2023 Info, Servis/Perkhidmatan, Telekomunikasi

    Saya adalah pengguna simkad postpaid Unifi mobile. Dan sehingga kini saya amat berpuas hati. Cuma biasalah ada sesetengah kawasan rangkaian line Unifi tidak begitu kuat. Contohnya ketika di tempat saya bekerja. Setelah survey dibuat, nampaknya rangkaian Digi agak baik ketika di dalam tempat kerja saya. Dan atas sebab inilah kenapa saya ingin membeli dan menggunakan simkad postpaid Digi. Ya, saya akan pakai dua simkad sekaligus atas alasan ingin menjadikan simkad Digi fokus untuk urusan urusan berkaitan bisnes dan buat duit. Kenapa?

    Sebenarnya ramai yang akan bertanya soalan seperti syarikat telekomunikasi iaitu “Telco” manakah yang mempunyai line rangkaian yang terbaik di Malaysia. Jujur saya katakan yang soalan tersebut sebenarnya kurang patut untuk dipertanyakan. Line rangkaian iaitu network yang terbaik sebenarnya adalah satu perkara yang subjektif. Baik atau tidak line rangkaian di tempat anda tidak bermakna ianya juga baik di tempat yang lain. Mudah cerita, baik atau tidak rangkaian telco tersebut bergantung kepada pencawang dan keluasan capaian signal tersebut.

    Simkad postpaid Digi 40
    Simkad postpaid Digi 40

    Simkad Postpaid Digi 40 (5G Ready)

    Contohnya, di tempat anda hanya ada pencawang Unifi sahaja. Jadi anda kata line Unifi bagus. Apa yang anda kata itu betul tetapi belum tentu line Unifi bagus di tempat dan kawasan saya. Contohnya dalam kes tempat kerja saya. Line Unifi memang tersangat slow. Hanya dapat 1-2 bar sahaja. Kadang kadang boleh tiada line langsung. Tetapi line Digi di tempat kerja saya adalah bagus. Siap dalam full bar lagi. Jadi keperluan ingin pakai dan gunakan simkad dari telco yang mana sebenarnya bergantung kepada tempat dan kawasan yang anda ingin gunakan simkad tersebut. Jelas ya.

    Saya beli simkad Digi postpaid kerana rakan saya sendiri menggunakan line Digi dan beliau boleh membuat panggilan telefon dan mengakses internet dengan laju di tempat kerja. Jadi saya pilih simkad postpaid Digi. Oleh kerana saya lebih ingin menggunakan simkad Digi ini untuk digunakan untuk urusan bisnes (Whatsapp) dan juga di tempat kerja sahaja, jadi saya memilih pakej pelan Digi Postpaid 40. Bagi saya sudah memadai. Kenapa?

    Digi Postpaid 40

    • [ DigiPostpaid ] –  sila klik link ini untuk ke halaman postpaid digi
    • bil bulanan RM40
    • 30GB kuota data internet
    • unlimited call ke semua rangkaian
    • 10 sen/sms
    • free unlimited social
    • free 5G booster

    Pelan simkad postpaid Digi 40 ini di datangkan dengan jumlah kuota data bulanan sebanyak 30GB. Simkad postpaid Digi ke semuanya adalah dari internet kelajuan tinggi (high speed internet). Secara peribadi saya bimbangkan penggunaan internet yang laju akan menyebabkan kuota data internet yang ditawarkan mungkin tidak cukup. Mungkin! Akan tetapi oleh kerana penggunaan simkad Digi 40 ini untuk tujuan Whatsapp dan di tempat kerja, jadi tiada isulah kalau kuota data ini akan cepat habis.

    Kelebihan simkad postpaid adalah biasanya pelan internet unlimited memang tidak ada sekatan FUP. Kalau simkad prepaid, walaupun ianya unlimited memang akan ada FUP kuota data internet. Kebanyakkan orang tidak tahu kerana tidak membaca syarat syarat terma penggunaan. Cuma di dalam kes saya, saya mahu mencuba dahulu samada jumlah kuota data bulanan sebanyak 30GB ini mencukupi atau tidak untuk saya. Lagipun saya hanya guna untuk Whatsapp dan di tempat kerja sahaja.

    Saya ulang sekali lagi ya, tidak ada simkad dari mana mana syarikat telco yang lebih baik dari yang lain. Yang berbeza hanyalah pelan pakej telco samada prepaid atau postpaid. Dan perbezaan utama kenapa sesetengah line telefon lebih baik dari line telco yang lain adalah kerana capaian rangkaian berdasarkan pencawang di satu satu tempat. Jadi anda beli dan pilihlah simkad yang anda mahukan berdasarkan capaian signal telco mana yang lebih kuat di tempat anda. Dalam kes saya, saya memilih simkad postpaid Digi kerana capaian signal lebih baik ketika saya di dalam bangunan di tempat kerja saya. Terbaik Digi.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    admin
    • Website
    • Facebook
    • Twitter

    Blog MyRujukan Dot Com ini adalah sebuah blog ke-2 selepas blog (wanwidget.com). Penulisan saya kini memberi tumpuan sepenuhnya 100% di MyRujukan.com sahaja. Blog ini berkongsi tentang rujukan, panduan, kerjaya, cara buat duit melalui blog dan juga bisnes online. Banyak juga tips berblogging yang saya kongsikan di sini. Pengalaman berblogging hampir 5 tahun. Sila email segala pertanyaan di "moham29577@yahoo.com". Sekian

    Related Posts

    Buat Pelaburan Unit Trust Melalui i-Invest KWSP

    Cara Transfer Duit Wise Ke Akaun Bank

    Kenapa Kena Pakai Crypto Hardware Wallet

    1 Comment

    1. Mrhanafi on 12/03/2023 4:08 pm

      Tempat saya agak perlahan Digi dan laju Maxis

      Reply

    Leave A Reply Cancel Reply

    Copyright © 2023 ThemeSphere. Powered by WordPress.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.