Wanita dengan hadiah dan juga kecantikkan memang tidak boleh dipisahkan. Sejak 2-3 bulan lepas isteri telah bersemangat untuk mengurangkan berat badan. Bila ada orang puji yang badan beliau nampak lebih kurus dan cantik, lagilah beliau bertambah semangat. Setiap minggu pasti akan check berat badan semasa di tempat kerja. Malam pula akan makan sedikit atau tidak makan langsung. Beliau juga ada memberikan hint yang kononnya hendak saya sebagai suami menghadiahkan beliau sebuah jam tangan pintar. Atas sebab ingin support isteri, maka saya belikan isteri sebuah smartwatch terbaru dan terkini iaitu Amazfit GTS 4 Mini.
Sebenarnya saya tidak beritahu pun yang saya akan belikan smartwatch ini. Biasanya, hadiah mestilah dalam bentuk surprise. Jadi saya ada masa untuk membuat carian dan perbandingan tentang jam tangan pintar manakah yang terbaik lagi lagi untuk seorang wanita. Bila kita sebut wanita, rasanya lebih berbaloi kalau jam tangan smart watch tersebut juga ada fungsi kesihatan yang berkaitan dengan wanita. Jujur cakap, saya sendiri pun tidak tahu tentang kualiti smart watch dari jenama Amazfit ini. Jadi kita buat perbandingan terlebih dahulu lah.

Review Amazfit GTS 4 Mini Malaysia
Rakan sekerja saya rupanya telah membeli dan menggunakan jam tangan pintar dari Amazfit Bip dan Amazfit T-Rex. Beliau ada 2 smartwatch amazfit dari yang murah dan juga mahal. Dan perkongsian beliau memudahkan pencarian saya berkenaan jam pintar ini. Cumanya beliau boleh rumuskan begini. Smartwatch Xiaomi kategori murah. Smartwatch Apple dan Garmin dalam kategori mahal iaitu premium. Smartwatch Amazfit dalam kategori sederhana premium. Mudah cerita produk Amazfit ada juga yang murah, sederhana dan juga mahal. Terbaik. Ada banyak pilihan juga brand Amazfit ini.

Soalannya, kenapa saya pilih Amazfit dari versi GTS 4 Mini? Kalau anda buka website Amazfit Malaysia, produk smart watches Amazfit terbahagi dalam 4 kategori utama iaitu Lifestyle, Adventure, Performance dan juga Essential. Sudah pastilah saya dan isteri bukan dalam kategori pengguna yang tegar. Hanya mahukan jam tangan pintar yang cantik, kemas dan nampak premium. Jadi pilihan smart watch yang saya pilih untuk isteri saya adalah dalam kategori Lifestyle/Fashion iaitu mementingkan gaya.
Dan sebelum ini pun isteri ada mengatakan yang beliau mahukan jam pintar dengan rekaan petak berbanding rekaan bulat. Jadi bila saya buat survey, maka akhirnya saya ditemukan dengan Amazfit GTS 4 Mini. Pasti akan ada yang tanya, kenapa tidak beli sahaja Amazfit GTS 2 Mini kerana lebih murah. Jawapan yang saya boleh berikan adalah, perbezaan harga cuma RM100 akan tetapi perbezaan tahun ianya dikeluarkan adalah 2 tahun. Jadi sudah tentulah saya akan pilih GTS 4 Mini kerana hardware yang pasti lebih latest dan terbaik.

Warna Amazfit GTS 4 Mini
- Midnight Black
- Flamingo Pink
- Mint Blue
- Moonlight White
Saya beli jam tangan pintar amazfit dengan pilihan warna Flamingo Pink kerana ianya sesuai untuk wanita.
Bateri Amazfit GTS 4 Mini
- 8 days – penggunaan berat
- 15 days – penggunaan biasa
- 21 hours – penggunaan GPS secara terus
- 45 days – mode penjimatan bateri
Untuk penggunaan biasa untuk sekali cas penuh, hanya untuk melihat jam sahaja memang boleh dapat lebih dari 30 hari. Bagi saya ini yang paling penting.

Sensor Amazfit GTS 4 Mini
- Heart Rate – check kadar degupan jantung
- Blood-Oxygen Saturation – check SpO2 iaitu kadar kepekatan oksigen dalam darah
- Stress Level – check kadar tekanan
Dalam zaman Covid-19 ini, ke semua maklumat di atas ini adalah sangat penting. Dari kadar degupan jantung boleh menunjukkan samada di dalam keadaan normal atau tidak. Dan kadar kepekatan oksigen dalam darah pula dalam menunjukkan samada kita telah ada simtom simtom samada terkena virus wabak atau tidak. Contohnya sifat Covid-19 bila menyerang, memang kadar kepekatan oksigen dalam darah akan turun bawah 90% dan menyebabkan kegagalan organ penting seperti jantung, buah pinggang dan paru paru.
Kelebihan Amazfit GTS 4 Mini
- skrin saiz 1.65″ dengan HD Amoled
- kapasiti bateri sebanyak 270 mAh
- water resistant 5 ATM
- 5 satellite positioning systems
- 120+ sports modes
- menstrual cycle tracking
- pengecas jenis magnetic charger
Sebenarnya ada tersangat banyak fungsi dan kelebihan menggunakan smart watches ini. Saya cuma senaraikan yang penting bagi saya sahaja. Anda boleh baca lebih lanjut berkenaan GTS 4 Mini ini di website rasmi Amazfit Malaysia. Lagi pula ini adalah jam tangan pintar buat kami yang baru pertama kali beli. Jadi hendak cerita lebih lebih pun belum cukup faham.

Website Beli Smart Watches
- Shopee – anda boleh mencari dan beli smartwatch di sini
- Lazada – anda boleh mencari dan beli jam tangan pintar di sini
Kalau anda ingin beli jam tangan pintar ini untuk wanita atau isteri, rasanya Amazfit GTS 4 Mini adalah pilihan terbaik. Warna yang ditawarkan cantik cantik. Ada fungsi yang sesuai untuk track berkenaan kesihatan wanita. Saiz yang kecil dan ringan juga. Fungsi yang lebih dari itu nanti anda sendiri pandai pandailah godek untuk cuba. Saya sendiri sebagai seorang lelaki, sukakan smartwatch Amazfit dari siri model GTS 4 Mini adalah kerana paparan skrin amoled yang memang cantik. Rekaan minimalis seakan akan Apple Watch itulah yang membuatkan ianya tampak premium.
Amazfit GTS 4 Mini dilancarkan pada Ogos 2022 di pasaran Malaysia. Dengan kata lain, GTS 4 mini ini adalah produk terbaru dari Amazfit. Dan ianya dijual dengan harga RM399. Dan sistem operasi untuk jam tangan ini menggunakan Zepp Os ya dan bukannya android atau sistem Apple. Namun jangan bimbang. Sistem operasi Zepp Os berfungsi dengan lancar, ringan dan baik. Dan ketika menggunakan skrin sesentuh terasa responsif. Untuk pengguna yang baru sahaja menggunakan jam tangan pintar seperti ini, saya boleh berikan skor 8/10. Terbaik Amazfit.