Semasa tengah kerja, sempat jugalah rakan sekerja menunjukkan jam tangan beliau yang terbaru. Oleh kerana menarik, maka saya tengok tengoklah dan bertanya apa yang saya hendak tahu. Rupa rupanya ianya adalah sebuah jam tangan pintar yang bernama Xiaomi Amazfit Bip. Tujuan rakan saya membeli jam tangan tersebut adalah kerana minat dengan teknologi dan juga fungsi yang ada pada jam tersebut. Lagi pula harganya pula tidaklah terlalu mahal. Jadi memang berbaloi untuk membeli dan memilikinya.
Kali pertama saya kenal dengan jam tangan pintar iaitu smartwatch adalah ketika adik lelaki saya membeli smartwatch generasi pertama buatan Samsung iaitu Samsung Galaxy Gear. Ada rasa teruja, terasa ianya menarik tetapi lama kelamaan terasa ianya kurang berbaloi dan tidak praktikal untuk dimiliki. Kerana apa? Kerana masalah bateri iaitu jangka hayat penggunaannya. Semua orang boleh faham yang telefon pintar smartphone kita memang selalu kena cas bateri. Tetapi kalau jam tangan pun kena selalu cas, saya merasakan ianya tidak praktikal untuk digunakan. Itu adalah apa yang saya rasalah.

Jam tangan pintar dari Xiaomi Amazfit Bip
Xiaomi Amazfit Bip Review
Oleh sebab itulah antara soalan pertama yang saya tanya kepada rakan saya berkenaan Xiaomi Amazfit Bip adalah tentang ketahanan bateri selepas ianya di cas penuh. Hendak tahu apa kata rakan saya? Ia boleh bertahan sehingga 30 hari untuk masa “standby”. Saya agak terkejut. Wahh, lama juga. Dan selepas saya bertanya berkenaan ketahanan masa, saya juga bertanya tentang fungsi dan kelebihannya. Dari apa yang beliau kongsikan kepada saya, saya memang bersetuju dengan fungsi yang ditawarkannya. Bagi saya, ianya sudah berbaloi untuk dimiliki ketika ini. Kenapa?

Review Smartwatch Xiaomi Amazfit Bip
Kalau dulu orang beli smartwatch kerana hendak bergaya sahaja. Selepas penat kena cas bateri selalu dan tengok apa apa yang menarik di smartphone melalui smartwatch, saya berpendapat pasti ramai yang mula berasa bosan dengan smartwatch tersebut. Namun smartwatch terkini selain ianya menjadi “rakan kecil” kepada smartphone, ianya lebih berfungsi untuk urusan penjagaan kesihatan terutamanya lifestyle kita. Saya sangat suka dengan idea membantu memantau kesihatan kita menggunakan teknologi.
Website Untuk Beli Smartwatch Pilihan Anda
- Lazada – ada banyak smartwatch yang bagus dijual di sini
- Shopee – ada banyak smartwatch branded yang murah dan terbaik dijual di sini
Dulu saya pernah cakap, sesetengah orang kalau hendak bersenam, berjogging, kuruskan badan dan sebagainya, mereka memerlukan sesuatu untuk merasa mereka mereka boleh lakukannya. Ada kasut sukan baharu mesti mereka akan lebih rajin untuk berjogging. Ada basikal di rumah, pasti mereka akan mahu bersama rakan yang melakukan aktiviti berbasikal. Ada penimbang berat badan, pasti mereka akan mudah untuk memantau berat badan di rumah. Tetapi kalau ada Xiaomi Amazfit Bip? Sudah tentu mereka akan semakin rajin untuk berolah raga.
Tahukah anda, alat seperti Xiaomi Amazfit Bip ini boleh memantau jumlah pergerakkan kaki anda. Kalau anda berjogging, anda akan tahu berapa jumlah jarak yang telah anda lakukan. Kalau anda berbasikal, ianya boleh tahu berapa jumlah jarak dan kayuhan anda. Kalau anda tidur, ianya boleh mengesan jumlah jam tidur termasuk kadar denyutan nadi dan jantung anda. Bukankah ini dapat membantu memantau kesihatan anda dengan lebih berkesan? Bagi saya, alat yang bernama Xiaomi Amazfit Bip ini memang patut ada sebagai salah satu cara untuk anda mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Selamat mencuba.
[…] yang hanya menggunakan Samsung Galaxy Gear ini tidak sampai sehari. Rakan saya beli dan pakai Smartwatch Xiaomi Amazfit Bip. Katanya bateri lebih tahan lama. Katanya lah. […]